Hari Ibu disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei
setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk
masyarakat di Malaysia. Secara umumnya umat Islam tanpa usul periksa
menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia
Barat. Tahukah anda sejarah bermulanya ‘Hari Ibu’?
Asal Usul Sambutan Hari Ibu
Eropah
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut suatu
perayaan yang bernama Matronalia bagi memperingati dewi Juno, dan ibu
lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Orang-orang Greece pula menganggap ‘Hari Ibu’
sebagai perayaan musim bunga dan penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada
tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang
mereka namakan sebagai “Mothering Sunday”. Ia
dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa
selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini,
sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan
makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai
penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu
kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai
tuhan.
Perayaan ini bersamaan hari kenduri
Persembahan Nabi Isa di Kuil dalam mazhab Ortodoks Timur. Oleh sebab
Theotokos (Ibu Tuhan) amat penting dalam perayaan ini kerana membawa
Christ ke Kuil Jerusalem, perayaan ini dikaitkan dengan ibu. Namun
begitu, kini ramai orang Greece cenderung menyambut Hari Ibu mengikut
negara Barat yang lain.
Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat
England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah.
Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus
akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang
hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan
pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan
dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh
dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church.
Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi
manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak
dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara
kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan
penghormatan mereka terhadap gereja.
.
Amerika Syarikat
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut
seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis
sosial dan telah menulis puisi “The Battle Hymn of The Republic” (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan “Hallelujah” dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari
Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau
telah berjaya mempengaruhi Mother’s Church di Grafton, West Virginia
agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian
ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu,
Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya
telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli
politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.
Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari
tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun
1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan
Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad
kedua dalam bulan Mei.
.
Asia
Hari Ibu juga disambut pada hari yang
berbeza-beza di sebelah Asia kerana berbagai macam sumber asal-usulnya.
Di China, Hari ibu disambut sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada
Mencius. Di Thailand dirai sempena hari keputeraan Ratu Sirikit
Kitiyakara pada 12 Ogos. Manakala 1 Jun di Mongolia adalah Hari Ibu dan
pada Kanak-kanak Sedunia juga disambut serentak. Mongolia adalah
satu-satunya negara yang menyambut Hari Ibu dua kali setahun.
.
.
.
Hari Ibu Haram?
Haram
Para ulama berselisih pandangan mengenai persoalan hukum meraikan ‘Hari Ibu’ ini. Sesetengah ulama mengatakan ianya bersifat bid’ah atau berdosa malahan ada yang ‘extreme’
sehingga mengharamkannya. Memang benar ianya bid’ah dan haram sekiranya
itikad dan niat untuk meniru dan meraikan budaya-budaya di atas.
.
Harus
Manakala Profesor Tafsir dan Ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar, Dr Muhammad Bakar Ismail,
berpandangan sambutan Hari Ibu adalah harus kerana meraikan serta
memuliakan ibu seperti pada Hari Ibu adalah bid’ah dalam perkara adat
dan bukan ibadat.
Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh
oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama
daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan
kepada kemurnian dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang
yang berhak mendapat kebaikan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka
Islam memberkati dan memperakui adat sebegini.
.
Manakala jika adat ini lahir daripada
perkara sebaliknya, dan melakukannya juga membabitkan perkara yang buruk
dan dilarang Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan
berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.
Jika dilihat dari segi keharusan sambutan
ini, ia lebih banyak membawa kebaikan. Pertamanya, sesuatu perbuatan
itu mestilah disertakan dengan niat yang baik. Walaupun amalan itu pada
asasnya harus, namun ia boleh menjadi haram apabila disertai niat yang
bertentang syariat.
.
.
Doktrin Barat
Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi: “Hari
Ibu ini timbul kerana pihak orientalis atau doktrin barat memikirkan
inilah cara terbaik untuk menarik minat anak remaja barat menghormati
orang tua mereka.”
Umumnya kita tahu masyarakat barat amat
tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan dan mengkhususkan
hari-hari tertentu dapat memupuk remaja mereka menyayangi dan
menghormati orang tua mereka.
.
Di sini, ditakuti orang Islam mengikut
budaya barat ini secara buta-tuli dari segi cara sambutan dan adab
pergaulan ketika sambutan serta tidak mempedulikan nilai Islam dalam
meraikannya.
.
Persoalan
Kenapa perlu diadakan atau diiktikadkan
hanya satu hari untuk hari ibu??? Adakah satu hari itu saja dia jadi
ibu kita? Adilkah kita perlakukan begitu kepada insan yang
mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, kemudian berjerit perih dan
bertarung nyawa melahirkan kita, seterusnya berjaga malam menjaga ketika
sakit kemudian memenuhi apa saja kehendak kita bagai menatang minyak
yang penuh, tiba-tiba kita hanya meraikan kemulian mereka hanya sehari.
Hari-hari lain, kita diam membisu, tidak menghubungi dan tidak ada lagi
penghargaan buat ibu.
.
Firman Allah SWT :
Dan Tuhanmu telah
perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika
salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada
umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan
janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Surah al-Isra’, ayat 23)
.
.
Solusi
Kedudukan ibu sangat mulia di sisi Islam.
Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh ibu demi membesarkan kita.
Sepatutnya disambut hari ibu sekerap mungkin… setiap hari, minggu,
setiap bulan dan tahun kerana hari ibu memang sewajibnya setiap hari…
Raikanlah dengan setulus ikhlas terhadap insan mulia tersebut…
Dengan termaktubnya ‘Hari Ibu’.
Seharusnya dijadikan hari peringatan atau perayaan terhadap peranan
seorang ibu dalam keluarganya, baik untuk suami, anak-anak, mahupun
sesama manusia.
Ada bagus dan baiknya diadakan sambutan hari ibu ini, sekurang-kurangnya boleh juga menyedarkan ‘Si Tanggang Moden’
yang sibuk dengan sahabat, rakan perniagaan atau tugas seharian dan
orang ramai akan lebih mengenang dan menghargai jasa pengorbanan ibu..
.
Hak Ibu
Pengorbanan ibu kepada anak itu tidak
mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit dan kemewahan semata-mata.
Oleh itu, wajib anak berbuat baik dan berbakti kepada ibu mereka
terutama selepas meningkat dewasa dan bukannya menjadi anak yang
‘seperti kacang lupakan kulit’.
.
Firman Allah SWT:
“Dan
Kami perintahkan kepada manusia (supaya berbuat baik) kepada kedua
orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang
bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.” (Surah Lukman, ayat 14)
.
Islam meletakkan ibu ditempat yang paling
selayaknya, begitu juga dengan bapa. Jika Syurga Ibu/isteri di bawah
kaki Ayah/suami, tetapi dengan keinsafan yang lebih menebal.. tanpa ibu, siapalah kita… ‘Syurga anak itu adalah di bawah tapak kaki Ibu’.
.
Seorang ibu berhak mengambil haknya
terhadap anak-anaknya dan seseorang anak itu tidak boleh langsung
mempertikaikan hak ibu dan bapa mereka terhadap dirinya. Jihad adalah
perkara paling utama dalam Islam, namun kerana Ibu, jihad menjadi tempat
kedua bagi seorang anak.
.
Perkara ini dikatakan sendiri oleh
Rasulullah ketika ada seorang sahabat yang bernama Jahimah bertemu
baginda untuk bertanyakan pandangan untuk ikut serta dalam ekspedisi
jihad. Rasulullah bertanya, “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab:“Ya.” Lalu Rasulullah bersabda, “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.” (Shahih Sunan al-Nasai, no: 3104)
.
.
Sambutan Hari Ibu
.
Sambutan Hari Ibu
adalah tanda pengiktirafan anak terhadap pengorbanan ibu kepada mereka
dan sambutan yang dianjurkan bertujuan membahagiakan ibu.
Firman Allah SWT :
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ
“Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)
.
Peringatan dan perayaan boleh dilakukan
dengan membebas atau meringankan tugas ibu dari kerja domestik harian
yang dianggap kononnya merupakan kewajibannya, seperti mendidik,
menghantar anak-anak ke sekolah, memasak, mengemas dan urusan rumah
tangga lainnya.
.
Hari Ibu juga boleh menjadi wasilah untuk
merapatkan hubungan anak dengan ibu bapa serta mengeratkan hubungan
sesama adik-beradik. Sebagai hari istimewa, semua ahli keluarga
berkumpul dan dari situ terbitlah ikatan erat dan melahirkan suasana
penuh kasih sayang sejati, saling mencintai antara satu sama lain.
.
Sambutan Hari Ibu
yang memenuhi tuntutan Islam antaranya, sambutan yang dilakukan
sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang
Muslim terhadap Allah SWT dan tidak bersifat membazir. Di samping itu,
sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan solat berjemaah bersama
ahli keluarga, mengadakan majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan
nasihat yang baik serta dalam suasana mahabbah.
.
Oleh itu, penting bagi masyarakat Islam
membetulkan niat terlebih dulu dalam meraikan sambutan Hari Ibu ini
supaya sambutan dirahmati dan tidak terkeluar daripada landasan syariat
Islam yang digariskan Allah SWT untuk hambaNya.
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Sumber
2 Ulasan
semua pasti ade hikmahnya.. bukan setahun sekali.tapi hari-hari hari ibu..:)
BalasPadamya setuju tuh.. hari-hari adalah hari ibu.. ;)
BalasPadam