Sukan sofbol kini menjadi sukan teras dan kekuatan
politeknik yang kian mendapat tempat di hati warga insititusi pengajian
tinggi itu.
Kerana itu Majlis Sukan Politeknik (MSP) bukan saja sedang merangka pelan tindakan bersepadu dan secara terancang malah berjaya menyiapkan tiga gelanggang Skin Diamond (Polimas, Politeknik Ibrahim Sultan(PIS) dan Politeknik Sultan Azlan Shah,PSAS) bertaraf antarabangsa demi barisan pemain untuk pasukan negara. Pengerusi Sekretariat Pembangunan Sukan Sofbol MSP Mohammed Tahir Mohammed berkata MSP paling menonjol dalam sukan sofbol dalam setiap penyertaan di sebarang kejohanan setakat ini.
“MSP A dan MSP B muncul juara peringkat kumpulan pada kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan ke-39 di UTM baru-baru ini.
“Pasukan lain bertanding adalah dari Brunei, Selangor, Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur, Terengganu dan Pahang,” katanya.
MSP kategori lelaki kali ini diperkuatkan dengan bekas pemain kebangsaan Rasidi Mohd Sidek sebagai ketua jurulatih dibantu Khairulizwan dan diurustadbir oleh Mohd Asmedi Yaacob daripada Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.
“Dalam kejohanan ini, hanya MSP A mampu menewaskan pasukan elit Brunei yang juga juara bertahan 3-2 pada peringkat kumpulan.
“Namun perjalanan MSP A terkandas di suku akhir atas masalah teknikal. Akhirnya Brunei menjuarai kejohanan ini dan mengekalkan rekod kejuaraan mereka,” katanya.
MSP mengadakan kejohanan sofbol inter-politeknik dan itulah medan terbaik mereka menguji kekuatan pasukan baru nanti.
“Kami akan berusaha mencungkil potensi di kalangan pelajar daripada 32 politeknik seluruh negara. Malah kami bangga ramai kalangan pemain MSP telah menyarung jersi pasukan negeri dalam SUKMA,” ujar Mohammed Tahir lagi.
Katanya, MSP akan menganjurkan Kejohanan Sofbol Jemputan Antarabangsa di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.
Politeknik yang kerap mendominasi sukan sofbol adalah Polimas, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Politeknik Port Dickson, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Merlimau, Melaka dan Politeknik Melaka, termasuk Politeknik Muadzam Shah.

Artikel ini disiarkan di myMetro pada : 2013/05/02
4 Ulasan
yeah..hidup bebudak poli ^_^
BalasPadammemang suka main sofbol dari dulu lagi. hehe
BalasPadamwah.. tak sangka yer.. ramai jugak peminat sofbol nih.. ;)
BalasPadamThe article highlights how softball has become a cornerstone for Polytechnic citizens, emphasizing its role in fostering teamwork, discipline, and physical fitness. It effectively showcases how the sport has been embraced within the community, offering both recreational and competitive opportunities, and strengthening school spirit and unity.
BalasPadam