About Me

Guru Bahasa Iban Masih Tidak Mencukupi Di Sarawak

Lebih 1,000 guru diperlukan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Iban di seluruh Sarawak berbanding sekarang hanya 280 guru. Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak Bedui Une berkata, kekurangan tenaga guru untuk mengajar mata pelajaran tersebut amat ketara dan perlu diatasi segera.

Cikgu Bahasa Iban

“Setakat ini, hanya beberapa sekolah mengajar Bahasa Iban kerana kekurangan guru.
“Sekiranya masalah ini tidak ditangani, kita bimbang ia akan menjejaskan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Iban di kalangan generasi muda seterusnya pupus,” katanya pada penutupan Seminar Bahasa Iban di IPG Kampus Sarawak, di sini kelmarin.

Sehubungan itu, Bedui menggalakkan lebih ramai guru mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah menengah bagi memastikan bahasa ini terus terpelihara.

“Kita tidak mahu generasi muda khususnya kaum Iban tidak memahami bahasa Iban yang betul. “Malah, kita mahu penggunaan bahasa ini diperluaskan di kalangan kaum lain,” katanya.

Sementara itu, pengerusi penganjur Nelson Tandang berkata ini merupakan julung kali IPG Kampus Sarawak menjadi tuan rumah kepada seminar tersebut dan beliau berharap ia dapat dijadikan sebagai acara tahunan.

“Seminar ini mendapat sambutan menggalakkan apabila 150 peserta terdiri daripada ketua kaum, ketua rumah panjang, guru dan ahli-ahli persatuan dan organisasi mengambil bahagian,” katanya.

Sementara itu, seminar tersebut dikendalikan oleh dua penceramah iaitu Ketua Jabatan Bahasa Moden Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Dr Chemaline Osup  dan Padang Luna daripada Bahagian Pembangunan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Boleh diusulkan pada IPGM ataupun KPM.

    BalasPadam
  2. jadi..orang-orang sarawak kenala ramai yang nak jadi cikgu. hoho..

    BalasPadam
  3. dah ramai... cikgu bahasa iban jer yang kurang.. ;)

    BalasPadam
  4. bagaimana klau sya nak memohon guru bahasa iban?

    BalasPadam
  5. Hi,saya Nyaring Anak Selan dari Sarikei..Saya bekas pelajar spm tahun 2003 aliran Sains smk sungai paoh sarikei tetapi pada tahun tersebut spm bahasa iban belum ada lagi pada peringkat spm..Pada tahun 2001 iaitu pada peringkat pmr sahaja last ambil paper bahasa iban..Pada masa tu saya telah mendapat gred A untuk pmr 2001..Tetapi sayangnya pada peringkat spm matapelajaran tersebut tidak di ajar dan belum ada lagi pada peringkat spm..Namun begitu,saya telah mengambil peluang yang ada untuk mengambil peperiksaan bahasa iban spm untuk tahun lepas iaitu ujian pada 03/12/2015 dan juga untuk bm serta subjek sains biasa sebagai calon persendirian..Sekiranya gred bahasa iban yang bakal saya perolehi nanti mendapat keputusan yang baik atau mendapat A-/A/A+,adakah saya untuk memohon kursus bahasa iban untuk kursus ijazah perguruan?Saya bekas pelajar STPM 2005 smk meradong bintangor..TQ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. #Adakah saya layak untuk mengikuti atau memohon kursus perguruan ijzah bahasa iban nanti?Tq^_^

      Padam
  6. Saya ada ambik bahasa iban sampai form 5..sebab pertama kali bahasa iban ada masuk spm adalah tahun saya..klau nak mngajar bahasa iban blh ka tahap spm tu..

    BalasPadam