Minggu lepas, sibuk sket dengan perancangan Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan dan juga persiapan Karnival Sofbol Merdeka. Walaubagaimanapun, masih sempat untuk menerima ketibaan tetamu istimewa jauh dari Belaga, iaitu Pasukan Sofbol SMK Bakun.
Semuanya
bermula apabila Cikgu Faizal daripada SMK Bakun yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan sofbol dengan pasukan sekolah saya. Perkenalan
dengan Cikgu Faizal hanya lah melalui kenalan yang saya kenali ketika
menumpang rumah untuk sesi Bengkel Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun
pada bulan Julai lalu. Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan
lancar dan mendapat sokongan daripada pihak kedua-dua sekolah. Atas cadangan pihak sekolah, maka perlawanan persahabatan ini telah diupgrade menjadi Karnival Sofbol Merdeka dengan menjemput rakan-rakan sofbol lain di Sibu.
Hari Jumaat
Dijangkakan ketibaan rombongan dari SMK Bakun akan tiba pada pukul 4/5 petang. Persiapan bilik rekreasi asrama untuk penginapan SMK Bakun juga telah disediakan sehari sebelum. Walaubagaimanapun, sehingga jam 6 petang, masih belum kelihatan kelibat rombongan SMK Bakun. Makanan malam dari dewan makan disimpan kerana bimbang mereka sampai lewat dan tiada makanan. Saya kemudiannya menerima panggilan telefon daripada Cikgu Faizal yang mengatakan mereka sudah terlepas, dan dah tiba di Terminal Bas Sibu yang terletak lebih kurang 40km dari sekolah.
Namun, perkara tersebut diuruskan semula oleh Cikgu Faizal yang seterusnya tiba di sekolah pada jam lebih kurang 9 malam. Walaupun susah kerana keadaan malam yang sudah gelap dan diiringi dengan hujan lebat yang turun mencurah-curah, akhirnya rombongan tersebut sampai dengan selamat ke tempat penginapan mereka. Saya seterusnya membiarkan Cikgu Faizal dan 10 orang lagi pelajarnya merehatkan diri setelah kepenatan mengharungi lebih kurang 6 jam perjalanan dari Sungai Asap, Belaga.
Hari Sabtu
Bermulanya Karnival Sofbol Merdeka. Perlawanan pasukan SMK Bakun merupakan perlawanan kedua pada hari tersebut menentang SMK Sibu Jaya. Maka kesempatan ini diambil oleh para peserta untuk memerhati dan belajar serba sedikit sebelum mempraktiskan sendiri pada perlawanan sendiri nanti.
Agak jelas kelemahan pada pasukan tersebut sebab kurangnya pengalaman bermain dengan mana-mana pasukan lain. Walau bagaimanapun, pada perlawanan akhir menentang pasukan SMK LBS B, pasukan SMK Bakun berjaya mengalahkan pasukan tersebut setelah menempuh 2 perlawanan pada awalnya. Cepat benar budak-budak tersebut belajar dan bangkit dari kekalahan!
Jom kita lihat aksi-aksi mereka ketika di padang
Setelah selesai semua perlawanan, pada sebelah malamnya, saya adakan sedikit sesi suaikenal pelajar-pelajar dari SMK Bakun dengan pelajar-pelajar saya. Boleh juga mereka saling kenal mengenal antara satu sama lain. Tambahan pula, pelajar SMK Bakun terdiri daripada orang Kayan dan Kenyah, manakala pelajar saya pula terdiri daripada orang Iban, maka ini lah peluang untuk mereka saling mengenali budaya masing-masing.
10 orang pelajar SMK Bakun adalah terdiri daripada:
1. Aaron Lirong Austine
2. Augustine Tang
3. Hezronandez Ahmad Sunnie
4. Stefarneo Dennis
5. Ruben Chau
6. Maxgregory Brih
7. Zackaria Udai Jating
8. Yoshia Tingang
9. Haeriyanto Lorong
10. Nick Calvin Untam
Kebanyakkan mereka adalah pelajar Tingkatan 2. Masih punya banyak masa untuk membina masa depan yang lebih baik dalam sukan sofbol jika terus berusaha. Walaupun malu-malu pada mulanya, namun semuanya dapat memperkenalkan diri dengan baik. Mereka semua (termasuk pelajar saya) mula rasa selesa antara satu sama lain, selepas mula ketawa bersama-sama. Sesi perkongsian pada malamnya juga berakhir selepas sesi lawatan ringkas waktu malam ke blok dan sekitar sekolah.
Hari Ahad
Tibalah masa untuk rombongan SMK Bakun berangkat pulang pada hari ini. Bas ekspres yang dinaiki mereka dijangka tiba pada jam 9.30 pagi. Maka selepas selesai sarapan pagi dan menyiapkan diri, maka saya dan beberapa orang pelajar menemani rombongan tersebut ke stesyen bas di luar sekolah. Makanan tengahari juga turut dibekalkan oleh pihak dewan makan yang sudi untuk masak lebih awal.
Sebelum berangkat pulang, sempat juga ada sedikit sesi fotografi kenang-kenangan bersama rombongan dari SMK Bakun. Boleh tengok gambar-gambar gembira mereka kat bawah ni.
Saya berharap semoga hubungan baik antara dua sekolah ini akan berterusan. Saya doakan juga pelajar-pelajar SMK Bakun yang datang berjaya dalam semua perkara dan tak lupa untuk mengkongsikan ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi sepanjang berada di sini dengan rakan-rakan lain di sana nanti. Sekaligus meneruskan perjuangan sofbol di bumi Belaga. Mana tahu, berkat usaha Cikgu Faizal dan juga pelajar-pelajar SMK Bakun yang datang ke sekolah saya, pasukan sofbol mereka akan terus maju dan dapat mewakili bahagian Bintulu / Kapit ke pertandingan sofbol MSS Sarawak suatu hari nanti!
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
8 Ulasan
Jemput sertai bloglist saya dalam Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com
BalasPadamrajinnya cikgu bt aktiviti hujung2 tahun ni...
terima kasih atas coretan ceritera ini. Moga hubungan muhibbah ini terus di perkukuh sampai bila-bila.
BalasPadaminshaAllah.. semoga berterusan.. ;)
BalasPadamsalam..boleh x emailkan kertas perancangan aktiviti cgu utk sy applykn d sekolh....msih kekurangan idea..=) aktiviti yang menarik utk dilaksanakan...insyaallah..keep up da good work..!!! mimie_wn@yahoo.com.sg
BalasPadamBila softball maju di smk bakun lagi. Sukan ini semakin pupus.
BalasPadamThe very best Jabodetabek private tutoring for kindergarten, elementary, junior high school. The best private teachers graduated from well-known state universities. The closest tutoring place online to your property at low priced ... visit https://privat-matematika.vercel.app/les-privat-matematika-kelapa-gading.html for more details
BalasPadamBest and Most affordable Jabodetabek Non-public Coaching, each of our employees as well as tutors can come to your property, placed your own personal analyze routine and might pick out any field involving review ... click https://kursus-akuntansi.netlify.app/ for more details
BalasPadamYou can expect private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With an incorporated and accelerated method, it's hoped that it is able to foster a generation of individuals with good morals... click for more detail https://biologi-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-biologi-di-jakarta-selatan.html
BalasPadam