Ini sedikit maklumat mengenai Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang boleh cikgu kongsikan. Semoga Berjaya!!
Pendidikan Teknikal
Bidang teknikal dikhususkan kepada murid yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau Tingkatan 6.
Pendidikan Vokasional
Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Latihan Kemahiran
Bidang kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali).
Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang
tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan
dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh
industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri
atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Di samping itu
juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang
lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan
kemahiran swasta.
Syarat Khusus
BIL.
|
PROGRAM
|
KATEGORI
|
KURSUS
|
PENCAPAIAN
MINIMUM
|
1.
|
Pendidikan
Vokasional
|
A
|
1.Teknologi Mekatronik
2. Penyelenggaraan Pesawat
3. Perakaunan
4. Pengurusan perniagaan
|
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran
berikut:
|
B
|
1. Teknologi Elektrik
2. Teknologi Elektronik
3. Teknologi Automotif
4. Sistem Komputer dan Rangkaian
5. Sistem Pengurusan Pengkalan
Data dan Aplikasi Web
6. Teknologi Pembinaan
7. Pembuatan Peralatan - Metal
Stamping Die
8. Pembuatan Peralatan – Mould
|
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran
berikut:
|
||
C
|
1. Pelancongan
2. Seni Kulinari
3. Bakeri dan Konfeksioneri
4. Fesyen dan Pembuat Pakaian
5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak
6. Kosmetologi
7. Teknologi Penyejukbekuan dan
Penyaman Udara
8. Pemesin Industri
9. Teknologi Kimpalan
10. Hotikultur Hiasan
11. Landskap
12. Mekanisasi Pertanian
13. Agroindustri Tanaman
14. Agroindustri Ruminan
15. Agoindustri Poltri
16. Bioteknologi
17. Herba
18. Pemprosesan Hasil Pertanian
19. Akuakultur
20. Florikultur
21. Kesetiausahaan
Pentadbiran
22. Insurans
23. Perbankan
24. Pemasaran
25. Pengurusan Peruncitan
|
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran
berikut:
|
||
2.
|
Pendidikan Teknikal
|
-
|
1. Kejuruteraan Mekanikal
2. Kejuruteraan Elektrik
3. Kejuruteraan Awam
4. Sains Pertanian
5. Perdagangan
|
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran
berikut:
|
3.
|
Latihan Kemahiran
|
-
|
1. Mekanik Penyejukbekuan &
Penyamanan Udara
2. Juruteknik Elektrik
3. Pemesin Am / Juruteknik
Pemesinan
4. Jurukimpal / Juruteknik
Kimpalan
5. Mekanik Kenderaan Motor /
Mekanik Automotif
6. Pelukis Pelan
Kejuruteraan Mekanikal
7. Furniture Maker
8. Jurubina Bangunan
9. Jurubina Bangunan Berasaskan
Kayu
10. Jurukerja Paip / Pemasangan
Perpaipan dan Kumbahan
11. Pelukis Pelan Senibina
12. Juruteknik Elektronik
Industri-Peralatan
13. Pembuat Pakaian Wanita /
Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
14. Pembantu Penyedia
Makanan / Demi Chef
15. Jurukecantikan
16. Pekerja Ladang Pertanian /
Juruteknik Ladang Pertanian
|
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran
berikut:
|
73 Ulasan
Cara Mendaftar Online ada Tak ,
BalasPadamBagaimanakah cara nk permohonan ke kolej vokasional 2014?
BalasPadamnk daftar mcm mana ea? tolong reply ok. tq
Padamcuba bukak link yang disediakan di atas
BalasPadamkemudian log in masuk guna no ic dan angka giliran PMR anda jer..
Mudah kan?.. ;)
asa
BalasPadamslm, sekolah menengah teknik mana yang ada kursus sains pertanian
BalasPadamcikgu teknologi makmal perubatan xde?
BalasPadamcikgu lepas daftar ni dia kata permohonan anda telah diterima..dah dpt ke tu?
BalasPadampelancongan tu macam mane??
BalasPadamRespon Please :)
Ckgu kalau salah isi brang mlalui internet tp dh anta nk buat mcm mne erk ,,?
BalasPadamboleh saya tahu bagai mana cara pembelajaran di vokasional ini ?
BalasPadamcikgu , sya ibu pada anak sya yg memohon ke vokasional dan aliran kemahiran itu ditentukan di sekolah itu mengikut keputusan PMR atau pilihan sendiri . terima kasih
BalasPadamcikgu,saya tak berjaya saya nak mohon rayuan aliran kemahiran jurusan eletrik atau penyediaan makanan bagaimana caranya
Padamboleh cuba buat rayuan terus kepada KV yang dipohon.. ;)
PadamJika prmohonn dtolak..boeh walk in
Padamcikgu, anak saya dpt 2a 4b 2c. adakah anak saya layak mendapat belajar dalam kejuruteraan elektrik atau elektronik?
BalasPadampuan boleh cuba memohon.. kadang2 banyak faktor lain (lokasi sekolah, subjek ditawarkan, gred subjek tertentu) yang juga mempengaruhi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus.. semoga berjaya yer!
BalasPadamada elaun tak ?
BalasPadamcikgu boleh saya tanya bagaimana nak tahu kalau nama kita dipilih untuk masuk vokasional apa yang perlu dibuka
BalasPadamBakeri dan konfeksioneri ada di vokasional mana.?
BalasPadamASSALAMUALAIKUM CIKGU?..anak saya perempuan, diterima KV A.Setar dalam diploma sistem komputer...saya masih berbelah bagi untuk menerima tawaran ini...dia sekarang di SMK biasa ambil kelas sains..kos ini sesuai tidak dengan anak saya..dalam PMR 2013 dia mendpt 4a 4b 1c....nak minta pandangan cikgu dengan peluang di masa depan terima kasih...jasa cikgu dikenang.
BalasPadamWaalaikumsalam Cikgu Foziah..
PadamSekiranya anak puan memang betul2 berminat dengan kursus sistem komputer ini, bagi saya tak jadi masalah. Kalau anak puan sekadar nak cuba, takut juga bila setengah pengajaran nanti dia patah balik ke sekolah biasa.
Sebab mengikut kefahaman saya, sistem pembelajaran di KV sekarang lebih menjurus kepada penyediaan pelajar yang mempunyai kemahiran dan laluan untuk terus bekerja. Sebab tu diorang takdak ambik SPM lagi. Itu pun antara perkara yang puan perlu pertimbangkan juga lah.
Dari segi peluang kerja untuk masa depan, sekiranya pembelajaran anak puan adalah lebih kepada bidang khusus dalam ICT, macam pengaturcaraan, coding, penghasilan apps, saya rasa mungkin masih ada ruang untuk relevan dengan kehendak masa depan.
Pendapat saya, lebih baik puan tanyakan dengan guru KV yang puan kenali supaya dapat gambaran yang lebih jelas mengenai sistem pembelajaran dan juga peluang kerjaya untuk masa depan.
All da best, dan selamat berjaya buat Cikgu Foziah dan anak.. ;)
assalammualaikum , macam mana hendak tahu permohon vokasional 2014 berjaya ? adakah dia hantar ikut email or die massage kat number phone saya ? tlog bls :)
Padammenurut sumber dari seorang rakan guru yang mengajar di sebuah KV, keputusan akan diketahui pada 13 Jan ini. boleh buat semakan melalui internet dan juga cetak surat tawaran melalui sana juga.. Selamat berjaya!
PadamSlm cikgu,sy nk tahu kv mn yg ade kursus sistem komputerdan rangkaian...t/kasih..
BalasPadamCg, sye mndpt 6a2b dlm percubaan pmr dan mendpt 8a dlm pmr,knapa permohonan sye xberjaya?kecewa sangat..teringin sngt nk masuk smt :(
BalasPadamSweet Ninety One.. cuba lah buat rayuan dalam masa yang terdekat ini di sekolah teknik yang berdekatan.. InshaAllah ada rezeki kot..
BalasPadamassalamualaikum.cikgu...mcam mane care pembelajaran di KV yer... bidang elektrik??kalo bdak perempuan sesuai ke?.,,,pekerjaan ape yg sesuai dgn bidang ini?
BalasPadamAssalamualaikum cikgu hailmi .. sy mmproleh kputusan sbnyk 2a 5b 2c dlm PMR .. adkah sy lyak untuk mngambil kursus penyelenggaraan pesawat atau kejuruteraan awam .. dan vokasional mnakah yg ptut sy mohon .. kerjasam ckgu sy hargai .. terima kasih :)
BalasPadamSalam andy fxu.. sama ada anda layak atau tak untuk mengikuti sesuatu kursus di KV bergantung kepada banyak perkara.. keputusan, jumlah tempat dan lokasi KV juga menjadi faktor penentu kepada rezeki anda untuk belajar di KV. Cikgu cadangkan anda cuba saja, kemudian tunggu keputusan. Tak dapat, boleh kemukakan rayuan di KV yang berdekatan. Selamat berjaya!
BalasPadamTapi cikgu .. tarikh permohonan dah tamat.. apa yang perlu sy lakukan? :/
BalasPadamAndy fxu boleh cuba terus walk in ke KV yang berdekatan bagi bertnyakan hal tersebut..
BalasPadamAssalamualaikum.cikgu.adik sy dterima masuk ke kolej vocasional muar dlm jurusan teknologi binaan.die tidak disediakan asrama.tetapi kami sekeluarga menghadapi masalah untuk penghantaran dan pengambilan die ke kolej.oleh itu sya membuat keputusan untuk menukarkan die ke kolej voca di banting dekat dengan tempat tinggal saya.adakah kesukaran untuk mendapatkan tempat di kolej lain sedangkan tawaran di kolej berbeza?
BalasPadamSaya ingin membuat rayuan terhadap penempatan asrama . Adakah ia akan melibatkan tempoh masa yang lama?kerana dalam masa yang sama adik saya tidak mengambil surat berhenti sekolah tigkatan 3 kerana bimbang tidak di tempatkan di asrama.
BalasPadamAnak perempuan saya mendapat smt jb dlm sains pertanian. sebelum ini anak saya belajar sains tulen. Nak minta nasihat benarkan ianya tidak bersesuaian.
BalasPadamsaya sedang dalam proses untuk pengambilan pt klo nk daftar ke kv bleh ke? reply
BalasPadamcikgu, ada tak kursus fotografi?
BalasPadamCikgu, ada take kursus siramik?
BalasPadamMaaf Arvin.. cikgu tak pasti.. boleh terus tanya dengan KV berkenaan jika berminat dengan kursus berkenaan
PadamAssalamualaikum Cikgu Halimi. Anak saya PT3 dapat 2A 1B 2C 2D 1F.
BalasPadamAda peluang minta KV tak? Dia gagal Sains
Salam puan... saya cadangkan pohon je.. inshaAllah kalau ada rezeki dia..dapat lah tu. kita sama2 doa yer
PadamAslm.Cikgu Hailmi,Sya mendapat 2F dlm result pt3. Dan sya mendapat panggilan utk temuduga me kolej tersebut..Apa perlu sya lakukan kerana jika mempunyai F, tidal bleh masuk kolej tersebut....Adakah sya patut pergi ke kolej utk temuduga tersebut ataupun tidak
PadamSalam.. cikgu nasihat, pegi saja ke temuduga dan berikan yang terbaik semasa temuduga.. mana tahu ada rezeki anda untuk ke KV..semoga berjaya yer
PadamAslmlkm cikgu, kv ada elaun/pinjaman ptptn/biasiswa tak? Apa bentuk bantuan kewangan untuk kv ea? Tq.
BalasPadamassalam cikgu, boleh terangkan apa silibus yg akan diajar dalam kursus perbankan itu nanti.. t.q
BalasPadamSalam cikgu . Sy berminat utk msuk KV ni tapi sy terlambat utk mohon . Xde permohonan baru ke cikgu ? Sy mnat penyelenggaraan pesawat , sy xde gagal dlm mane2 subjek . tq
BalasPadamboleh atau tidak pelajar kv pindah semula ke sekolah asal?
BalasPadamrasanya xde masalah.. tapi kena cepat2 belajar balik lah apa subjek yang dah tertinggal tu
PadamAssalammualaikum cikgu. KV Ada elaun x
BalasPadamSalam.. macam tak ada
PadamCikgu Bahagian seni kulinari lelaki boleh mohon tak?
BalasPadamboleh..
Padamslm sejahtera cikgu.sy nk tanye adekah kite perlu membayar apa2 yuran pengajian di kv?
Padamsalam sejahtera.. maaf cikgu tak dapat nak jawab soalan tu.. mungkin saudara/i boleh rujuk terus dengan KV berdekatan
Padamsalam sejahtera.......cikgu, saya ingin ambil kursus teknologi kimpalan....tapi sains dan matematik saya gagal.......boleh ke saya masuk?
PadamSalam cg.. Sy dari terengganu.. Tpi sy berminat untuk memohon kv di perak.. Besar tk peluang sy nk dpat masuk kv kat sane?
BalasPadamBergantung kepada pengambilan. Kena cuba dulu yer. Selamat maju jaya!
PadamAssalam cikgu..ank sya lepasan pt3 dn dia ska sgt course penghawa dingin.sya musykil..lepas abis spmv,mna hala tju dia? Boleh smbung kepringkat lbh tggi@ kja trus?
BalasPadamCikgu,saya dapat 6A 2B 1E 1F untuk PT3.Boleh ke saya mohon ke sekolah menengah teknik?
BalasPadamCikgu..smt mana yg ade aliran sains pertanian?
BalasPadamAssalam cikgu..
BalasPadamSaya ingin bertanye tentang anak saudara saya...adakah keputusan pbs atau pmr terus masuk didalam aplikasi on9 oleh kerana sebelum ini ruangan itu kosong..apabila keputusan sudah diumumkan...ruangan itubtadi sudah diisi.. saye keliru..tq cikgu
Assalamualaikum cikgu,sya sebenarnya keliru ni.sya nk tanya antara sekolah menengah teknik dengan kolej vokasional mane yang lebih baik.sya nk penjelasan daripada cikgu untuk sya memilih antara 2 tu.
BalasPadamAs Salam cikgu..bagaimana harus saya lakukan utk menjadi guru subjek kejuruteraan selenggaraan pesawat di sekolah vokasional @ politeknik sekitar Pulau Pinang @ Kedah..saya bekas juruteknik pesawat TUDM selama 13thn dgn pengalaman bekerja dgn 3 jenis pesawat yg berbeza spt Beechraft (transport) buatan Pratt & Whitney,F5E (Fighter Jet) buatan Northop Grunman & EC725 (helicoopter) buatan Eurocoopter..
BalasPadamAs Salam Cikgu..Saya Ingin Menanyakan Cikgu Tentang Elaun Yg Disebutkan Itu . Saya Pelajar Sem Akhir Kv . Pada Mulanya Ada Dinyatakan Elaun Akan Diberi Bagi Pelajar Kv Diseluruh Kv Malaysia.Ada Juga Dinyatakan Elaun Tu Akan Diberi.Dan Bukti Kukuh Adalah Bajet 2015 Tentang Kv Sebagai Anak Emas Bagi Kemahiran. Sebagai Maklum Cikgu . Adakah Diploma Yang Kami Terima Itu Berkualiti ? Dengan Kami Tidak Mempunyai Spm Ni . Tolong Detail Universiti Yang Menerima Pelajar Kv Ini.Kami Bergantung Pada U Manakah Untuk Menerima Kami Ini ?? Adakah Tahap Kv Sama Dengan Tahap Universiti Ini ?????? Hmmmm , Adakah Cerah Bagi Kami Untuk Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi Ini ?
BalasPadamSalam sejahtera,cikgu.Sebenarnya,saya nak tanya kalau seseorang pelajar kelepasan pt3 yang dapat gred yang agak kurang memuaskan,adakah pelajar itu dapat mohon untuk masuk kolej vokasional?Saya ingin tujukan soalan ini sebab ada golongan pelajar yang tidak mendapat gred yang bagus namun mempunyai bakat atau kemahiran dalam sesuatu yang mereka minati.Harap cikgu dapat memberikan penjelasan yang secukupnya :)
BalasPadamAssalamualaikum cikgu.saya dapat sekolah teknik aliran sains pertanian.tapi di sekolah biasa saya aliran sains tulen.boleh jelaskan kan tak mana satu yg lebih baik untuk saya pilih.tq ��
BalasPadamSalam cikgu.. esok adik sy daftar msok skolah vokasional bidang teknologi kimpalan.. so esok dia kna pakai bju skolah dgn kasut hitam atau putih?
BalasPadamTq cikgu
Assalamualaikum cikgu...saya nk tnye cikgu,kalau pelajar lepasan pt3 dari sekolah swasta nk mohon ke kv boleh ke?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamassalam cikgu saya nak tanya kalau smbung diploma kat kv boleh apply ptptn tak?
BalasPadamAssalamualaikum Cikgu, saya telah memasuki kolej vokasional tetapi saya telah berbincang dengan keluarga saya bahawa saya ingin pindah ke sekolah menengah harian biasa kerana saya menghadapi kesukaran untuk belajar sewaktu disana. Apakah langkah yang perlu saya dan keluarga saya lakukan untuk saya membuat permohonan pindah ke sekolah menengah harian biasa? Berapa lama kah masa proses permindahan yang diperlukan? Saya harap cikgu dapat memberi maklum balas. Jasa cikgu amat saya hargai. Terima kasih.
BalasPadamassalamualaikum cikgu,blh x buat pertukaran dr KV ke SMK balik?
BalasPadamAssalamualaikum cikgu.. Ye sy juga punyai masalah yg sama seperti soalan sebelum ini.. Blh bagi pencerahan x cikgu?? ..
BalasPadam