Saya kongsikan bahan ini yang saya ambil daripada laman sosial dengan gambar yang sangat menarik perhatian saya. Semoga menjadi manfaat kepada semua guru dan mungkin juga orang lain yang memiliki suasana kerja yang hampir sama!
1) Rakan Kerja Positif
Ciri-ciri
- guru cemerlang
- bersikap positif
- bersemangat
- dedikasi
- rajin
- sangat membantu
Tindakan
- dekati dan dampingi mereka
- cari peluang untuk bergaul dengan mereka
- jadikan mereka sebagai mentor anda
Rakan sekerja yang patut kita jadikan contoh jika mahu berjaya. Jadikan kejayaan dan kesungguhan mereka bekerja sebagai dorongan motivasi kepada kita untuk diikuti. Mengidolakan sahaja guru-guru sebegini tanpa ada tindakan yang berkesan daripada kita, tidaklah mendatangkan apa-apa manfaat untuk kita. Jika kita ada contoh guru yang sebegini, cubalah berbaik dan tiru / ikut apa yang mereka buat. InshaAllah, kejayaan juga akan menanti kita!
2) Rakan Kerja Neutral
Ciri-ciri
- menyiapkan tugas untuk mendapatkan gaji
Tindakan
- ceduk pengalaman mereka
- jadikan sebagai rakan untuk berkongsi idea
Guru-guru sebegini adalah guru yang boleh dijadikan ikutan pada permulaannya. Ini kerana guru sebegini biasanya akan menyiapkan semua tugasan, tetapi tanpa ada kelebihan. Jika anda mahu lebih berjaya, jadikan pengalaman guru-guru ini sebagai dorongan untuk membuat kerja dan tugasan dengan lebih baik.
3) Rakan Kerja Negatif
Ciri-ciri
- jemu dengan tugas
- bersikap negatif
- mengamalkan 3C (condem, complain, criticize)
- suka mengkritik
- suka melihat kesilapan orang lain
- sering membantah atau tidak bersetuju dengan rakan sekerja,malah pihak pentadbir
Tindakan
- hati-hati dengan mereka kerana tindakan mereka akan meracuni kerjaya sendiri dan orang lain
Golongan guru sebegini adalah golongan yang patut dijauhi. Sudahlah tidak menyumbang kepada perkembangan sekolah, guru-guru sebegini juga lebih cenderung akan mengutuk kita jika kita berjaya melakukan perkara yang lebih baik daripada mereka. Dalam hati mereka, cuma ada, benci, bosan, dengki dan iri hati dengan orang lain. Tidak mustahil juga golongan sebegini dapat mengumpulkan kelompok bagi menjejaskan usaha murni anda. Berhati-hatilah dan biarkan mereka dengan sikap 'busuk' mereka!
Semoga input ini boleh memberi kita sedikit panduan dalam menghadapi hidup yang lebih bermakna dan berkat sebagai seorang guru. Pilihan sentiasa ada di tangan kita untuk menjadi guru yang lebih baik, statik setempat atau yang lebih buruk! Wallahualam, Selamat Beramal.. ;)
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
9 Ulasan
Ermm...baru tau yg guru ada kriteria mcm nih jugak yer.
BalasPadamApapun, ambe suka yg jns positif dlaam konteks sbg bkn seorang guru.
Yg positif ni lebih mudah utk kita berinteraksi dan tukar pendapat.
Lebih suka dengan cikgu yang positif.
BalasPadamWaktu sekolah dulu, lepak dengan cikgu macam ini banyak berlajar tentang kehidupan dari berlajar sekadar nak lulus exam...
Ramai memember berjaya walaupun exam xde la gempak mana.
Ada yang ke oversea, ada yang punyai business sendiri dan ada yang jadi orang kenamaan. Simple je, buat apa2 untuk masa depan bukan untuk gaji bulan depan
ha3.. cikgu pun ada yang macam2 yer..
BalasPadamSemoga lebih ramai ckgu2 yang positif
Setuju..
exam tak gempak, tak semestinya tak ble berjaya dalam hidup.. ;)
mmg 3 3 ni ada kt mana 2tmpt kerja kn sbnrnya.. kita ajelh kna jadi diri s3ndiri dan sntiasa ikut yg positif...
BalasPadamsetuju tu Puan Maria.. kat mana2 pun ada, bukan kat Bilik Guru saja.. inshaAllah sentiasa cuba menjadi positif.. ;)
BalasPadamLimitednya ketegori ni. Tapi memang wujud golongan-golongan tu. Biasalah ada yang baik ada yang buruk.
BalasPadamCikgu juga manusia...
BalasPadamInfo berguna.sgt hrp dpt menjadi guru positive.dpt membantu org lain n xmenyusahkn ;)
BalasPadamINshaAllah.. jadi guru positif dan mempositifkan orang jugak.. ;)
Padam