About Me

Hits 1 000 000, Traffik 10 000 dan Alexa Rank Bawah 1 000

Alhamdulillah! Sampai juga cita-cita saya nak jadikan blog setahun jagung saya nih mencecah hits 1 000 000 sebelum sambutan ulang tahun kelahiran blog yang pertama, iaitu pada 18 November 2013 nih nanti. Hu3.. Baru nak 1 juta, orang lain dah berjuta-juta hits. Tuh pun nak bising. Hu3.. Bagi saya yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging nih, saya rasa ini adalah satu pencapaian yang dah cukup baik buat saya dan blog saya nih.

Hits 1 000 000, Traffik 10 000 dan Alexa Rank Bawah 1 000

Dalam 3 minggu ini juga traffik yang masuk ke blog ini juga secara puratanya mencecah sehingga 10 000 view sehari. Tak tahu ler yang 10 000 view tuh kategori banyak ke sket ke pada pandangan anda. Tapi saya rasa dah OK kalau dapat maintain harian sebanyak tu. Sumbangan utama untuk trafik ke blog ini dah tentu lah pasal perkembangan terkini dunia pendidikan (PBSMR dan Ujian Kompetensi ICT Guru), soalan spot PMR, soalan percubaan PMR dan SPM. 

Tak lupa juga penyumbang utama trafik yang datang daripada PBS Band 6 dan juga Jawatan Kosong Pembantu Am Pejabat KPM. Juga entri kontroversi pasal ePenyata Gaji. Hu3.. Semuanya menjadi penyumbang utama sehinggalah mencatatkan rekod traffik harian yang paling banyak pada 7 Oktober, iaitu 25, 550 hits untuk satu hari.

Hits 1 000 000, Traffik 10 000 dan Alexa Rank Bawah 1 000


Banyak juga perbincangan melalui komen yang saya rasa turut membantu pembaca lain. Macam yang berlaku pada entri pasal Jawatan Kosong Pembantu Am Pejabat KPM dan juga SISC+. Perkongsian melalui komen adalah sangat hebat dan penuh dengan pertukaran info yang sangat berguna. Kadang-kadang sampai tak sempat saya nak membalas komen mereka. Terima kasih banyak-banyak kepada yang anda-anda yang sudi mengkongsikan info-info tersebut!

Lebih menggembirakan bila Alexa Rank yang pening kepala nih (sekejap naik, sekejap turun) pun menunjukkan peningkatan yang baik. Hari tuh masa traffik banyak-banyak, sempat juga dia naik sampai ranking 3 +++. Tak faham.. Patut nya makin mengecil lah kan?. So, tak ler ambik kisah sangat. Namun dalam seminggu kebelakangan ni, bila dah perasan Alexa Rank makin mengecil, ok, mula ambil port balik. he3...

Hits 1 000 000, Traffik 10 000 dan Alexa Rank Bawah 1 000

Hasilnya, dah 4 hari jugak ler merasa Alexa Rank untuk blog nih berada pada tahap 9++, bawah 1 000! Yeah! Angka pun berubah-berubah jer setiap hari. Masih terlalu jauh nak dibandingkan dengan blog-blog hebat daripada blogger-blogger super duper senior. Tapi, untuk newbie cam saya nih, dah kira ok dah.. Walaubagaimanapun, sentiasa ja bersedia kalau-kalau ranking tuh nak membesar semula. Redho jer..

Dengan rekod dan kejayaan peribadi seperti ini, semoga saya lebih bermotivasi dan diberi kekuatan untuk berkongsi ilmu dan info bermanfaat dengan para pengunjung blog ini. InshaAllah, saya masih dan akan terus sentiasa belajar selok belok dunia blogging dan juga percaya sikap istiqamah itu lebih membawa kejayaan berbanding pulun pada permulaannya sahaja. Teruskan menyokong yer!! ;)


Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. hebatnya...tahniah cikgu hilmi..

    BalasPadam
  2. Hebatnya, cikgu. Tahniah! Bilalah saya nak capai tahap ni.

    BalasPadam
  3. Terima kasih.. dok merangkak lagi nih..
    Moga kita diberi kekuatan untuk berterusan
    Itu jer.. ;)

    BalasPadam
  4. tahniah cikgu ! banyak tu hits sehari, blog CN pon baru 4k jer sehari ;)

    BalasPadam
  5. Terima kasih Jia Rizaira.. blog baru je nih..

    BalasPadam
  6. TQ CN.. blog cikgu pun bleh tahan per.. tengok ranking pun makin bagus..

    BalasPadam
  7. Well done, Cikgu! This site is becoming a resource centre!

    BalasPadam
  8. Blog baru tapi dah mencapai tahap blogger otai hehe..terbaiklah cikgu

    BalasPadam
  9. Tarik blog maintain, komen maintain dan pastikan pembaca setia juga turut maintain...

    Jangan jadi macam blog bro ek :)

    BalasPadam
  10. Memang best dapat berkhidmat pada orang lain...teruskan!

    BalasPadam
  11. tahniah, tak lama lagi leh turun lagi banyak lahh..

    BalasPadam
  12. ada masa,...rajin pulak..teruskan usaha...kawe tulis yg berkaitan je..blog demo macm2 ada..

    BalasPadam
  13. Terima kasih semua yer atas sokongan dan dorongan..
    InshaAllah akan meneruskan minat untuk berkongsi maklumat ;)

    BalasPadam

  14. Satu usaha yg sangat baik hasilnya. Semoga lebih berjaya lagi. Memberi semangat kpd saya terus berusaha sedaya upaya utk website saya. Tahniah.

    BalasPadam
  15. taniah cikgu. kdg2 sy jeles gn cikgu sbb rajin buat entri baru

    BalasPadam