Sebelum kita belajar lebih jauh lagi, jom kita tengok dulu video Proses Sentuh untuk menghasilkan asid sulfurik secara industri.
Ini pula cara nak jawab dalam bentuk esei / karangan
Proses Sentuh
Proses Sentuh adalah bertujuan untuk menghasilkan asid sulfurik.
Bahan mentah yang diperlukan
Sulfur dalam bentuk cecair, udara dan air.
Proses Penyediaan
1. Sulfur dalam bentuk cecair dibakar dalam udara untuk menghasilkan sulfur dioksida.
S + O2 --------------> SO2
2. Sulfur dioksida dicampur dengan oksigen untuk menghasilkan sulfur trioksida.
2SO2 + O2 --------------> 2SO3
Suhu: 400C - 450C
Tekanan: 1 atmosfera
Tekanan: 1 atmosfera
Mangkin: Vanadium(V) Oksida V2O5
3. Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum.
H2SO4 + SO3 --------> H2S2O7
4. Oleum ditambahkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik.
H2S2O7 + H2O ----------> 2H2SO4
* Oleum dihasilkan sebagai hasil perantaraan kerana melarutkan sulfur trioksida secara terus ke dalam air adalah amat berbahaya kerana proses ini akan membebaskab banyak haba. (walaupun asid sulfurik boleh dihasilkan sebegitu).
* Tindak balas penghasilan sulfur trioksida daripada sulfur dioksida adalah satu tindak balas berbalik. Maka suhu, tekanan, mangkin dan nisbah bahan tindak balas adalah amat penting demi memaksimumkan kuantiti sulfur trioksida yang terhasil.
Cari juga maklumat:
Kegunaan asid sulfurik?
Kesan penghasilan asid sulfurik kepada persekitaran?
Klik di SINI
5 Ulasan
cikgu..cikgu mengajar dlm bahasa melayu saje ke cikgu??maafla kalau saya tanya tapi sekolah saya pakai BI so saya x faham sikit..
BalasPadamgoogle translate kan ade :)
Padamassalammualaikum cikgu....
BalasPadamdisini ada pertanyaan...dimana proses haber bagi sulfur dan ammonia??
google kan ada :)
PadamHahahah....google kan ada gaissss...hahahhaha....
BalasPadam