About Me

Rahsia Teknik Lari Atas Air : Liquid Mountaineering

Baru-baru ini, berlegar video di Youtube mengenai beberapa orang yang telah berjaya menemui rahsia teknik yang betul untuk berlari di atas permukaan air! Ya. Lari Atas Air, atau sukan yang mereka panggil sebagai Liquid Mountaineering. Sudah tentu aksi mereka berlari ini diadaptasi daripada seekor cicak yang berkebolehan untuk berlari di atas permukaan air dengan menggunakan konsep ketegangan permukaan air. Cicak tersebut juga dikenali sebagai Cicak Basilisk yang banyak ditemui di benua Amerika.

Rahsia Teknik Lari Atas Air : Liquid Mountaineering

Tak ada benda yang mustahil kan? Jadi, apa teknik yang mereka gunakan dalam melakukan aksi ini?. Jom kita tengok dulu video yang mereka hasilkan dan berjaya menjadi viral di internet.





Dah tengok aksi mereka?. Apa komen anda? 

Adakah benar dengan larian yang selaju demikian boleh menyebabkan manusia berlari di atas air?. Atau teknik larian yang boleh mempengaruhi kebolehan tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh Cicak Basilisk?

Rahsia Teknik Lari Atas Air : Liquid Mountaineering

Sebenarnya aksi mereka ini adalah tipu semata-mata. Malah sebuah syarikat, iaitu Hi-Tech Sport sudah mengakui bahawa itu adalah hasil kerja mereka yang bertujuan bagi mempromosikan sukan liquid mountaineering atau senang cerita, produk baru yang mereka hasilkan. Apa yang mereka lakukan adalah, meletakkan satu platform panjang dibawah lapisan air hingga tidak kelihatan oleh pandangan mata kasar. Teknik ini adalah teknik yang sama digunakan oleh para ahli silap mata.

Namun, secara logiknya adakah aksi ini mampu dilakukan oleh manusia? 

Jawapannya sudah tentu tidak. Ini kerana daya daripada ketegangan permukaan air terhadap kasut mereka haruslah juga mampu untuk menampung berat seseorang manusia itu jika dia hendak berlari di atas air!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. manusia biasa..memang tak leh buat. haha..

    BalasPadam
  2. hak3.. tol enTitan.. mmg xmampu punya..
    ini cuma iklan nak jual produk.. so tipu tipu tipu

    BalasPadam
  3. Nice! Thanks for sharing! Pandai juga orang buat business macam ini.

    BalasPadam
  4. Kreatif mempromosikan barang guna laman sosial.. ;)

    BalasPadam