About Me

Kenangan Akhir Dengan Pelajar SPM 2013

Batch pelajar SPM pada tahun ini adalah antara batch yang menjadi kesayangan saya sepanjang saya berkhidmat 7 tahun di sekolah ini. Pada tarikh 27 November yang lalu, itu merupakan tarikh akhir SPM bagi pelajar aliran Sains. Manakala bagi pelajar aliran Sastera pula, masih ada peperiksaan sehingga berakhirnya SPM 2013, iaitu pada 5 Disember ini.


Kenapa mereka jadi kesayangan saya? Sebabnya, hampir separuh daripada mereka pernah diajar oleh saya sejak daripada mereka Tingkatan 2 dulu. Terutamanya pelajar kelas aliran Sains. Ada juga dalam kalangan mereka yang walaupun saya dah tak ajar, namun masih terlibat membantu saya dalam setiap aktiviti yang saya adakan di sekolah. Mereka yang paling banyak bagi support untuk saya.


Oleh sebab itu juga lah, ada antara mereka yang lebih senang untuk menceritakan masalah mereka kepada saya berbanding guru lain. Malah untuk mengisi permohonan ke Kolej Matrikulasi pun, mereka lebih selesa untuk 'menyusahkan' saya daripada pihak yang sepatutnya. Tapi saya ok jer. Tak pernah saya nak rasa terbeban untuk menolong mereka.


Pada hari terakhir mereka di sekolah saya ambil kesempatan untuk bergambar dengan mereka. Sebagai kenang-kenangan. Saya doakan mereka dapat keputusan terbaik, supaya tak perlu jumpa saya lagi tahun depan! Sebab saya nak mereka sambung belajar di Kolej Matrikulasi pula. Besar harapan saya buat mereka. Semoga Tuhan juga permudahkan urusan mereka.

Pelajar kelas 5A dengan pengurus kelas, Cikgu Loh Tuong Chin
Pada malam harinya, saya habiskan masa bersama sekumpulan pelajar lelaki, bekas pemain sofbol pasukan sekolah. Kami adakan majlis BBQ ringkas serta sambutan hari jadi salah seorang pemain. Kumpulan pelajar ini juga adalah kumpulan pelajar yang paling banyak menolong saya sepanjang 2 tahun kebelakangan ini. 

Menolong dalam erti kata melibatkan diri dengan banyak aktiviti yang saya anjurkan, termasuklah kena paksa masa persembahan KPOP untuk Hari Guru 2012, serta Flash Mob sempena tutup sekolah 2012. Maaf tak dapat nak kongsikan banyak gambar sepanjang majlis BBQ, sebab banyak gambar yang tidak menutup aurat.. hu3..


Esoknya pula saya menerima jemputan daripada Pengurus Kelas 5B, Cikgu Mackie untuk majlis perpisahan kelas 5B. Sekalipun saya tidak mengajar kelas ini, namun kebanyakkan daripada pelajar-pelajar ini cukup rapat dengan saya. Kalau tak salah saya juga, ini adalah Majlis ketiga bagi kelas tersebut dan juga merupakan majlis terakhir. Saya menerima jemputan sebagai tanda sokongan saya kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh Cikgu Mackie terhadap kelas ini, dan juga sebagai menghargai para pelajar.



Owh ya, tak perlu nak dibimbangkan mengenai makanan dan minuman. Semuanya dijamin halal, sekalipun hanya saya seorang sahaja yang Muslim. Mereka cukup menghormati dan memahami kehendak serta keperluan makanan halal mengikut Islam. Saya sendiri terlibat dalam penyediaan makanan tersebut dalam memastikan menepati kehendak. Berkali-kali mereka tanyakan saya mengenai beberapa perkara, agar semua makanan dan peralatan yang digunakan adalah halal digunakan bagi orang Islam.



Majlis berakhir pada jam 12 tengahari, selepas semua memberi ucapan perpisahan antara satu sama lain. Ada juga yang hampir mengalirkan air mata, memandangkan belum pasti bila lagi mereka akan dapat berkumpul sebegini.




Apa-apa pun saya doakan yang terbaik buat mereka semua. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi atau mana-mana IPTA. Ubahlah nasib anda, supaya dapat mengubah nasib keluarga anda. Semoga berjaya!


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Saban tahun, setiap guru akan berpisah dengan murid terakhir dalam satu-satu batch seperti ini, sedih akan terasa tetapi itulah guru.Murid kita bukan milik kita dan akan bersama kita selamanya.semoga mereka semua cemerlang dlm SPM 2013..:)

    BalasPadam
  2. Betul tuh Cik Matahari.. InshaAllah yang terbaik untuk mereka..
    Moga2 tahun depan pun dapat batch yang boleh disayangi.. ;)

    BalasPadam
  3. nnt jumpa lg waktu bg slip keputusan SPM....


    sy blogwalking blog cikgu hari ni :)

    BalasPadam