Jadual SPM pada tahun ini, taklah berapa cun sangat. Untuk minggu ini, ada 3 subjek utama aliran Sains; Fizik, Kimia dan Biologi diadakan untuk 3 hari berturut-turut. Tak sempat untuk pelajar melakukan persediaan akhir dengan baik. Tidak seperti pada subjek-subjek lain pada minggu lepas. Hanya 2 subjek sahaja untuk satu minggu.
Walaubagaimanapun, pelajar sendiri sebenarnya haruslah lebih awal membuat persiapan. Bukannya menunggu pada saat-saat akhir seperti ini. Maka program terakhir Panitia Kimia ini juga hanyalah sebagai tambahan bantuan kepada mereka.
Seawal jam 7.00 petang, semua pelajar yang menetap di asrama dah berkumpul di makmal. Beberapa orang pelajar harian juga datang bagi pecutan akhir ini. Guru-guru pula, Cikgu Mackie Juing, Cikgu Belle Mahonie dan juga saya sendiri. Aktiviti yang kami lakukan adalah lebih kepada memberi ingatan akhir kepada pelajar, supaya menjawab dengan lebih baik. Elakkan melakukan kesalahan yang boleh mengurangkan markah.
Selesai taklimat dan pesanan tersebut, pelajar bebas untuk belajar tajuk yang masih belum mereka kuasai. Para guru akan bergerak dari meja ke meja bagi membantu pelajar sekiranya ada sebarang pertanyaan.
Kelihatan ada juga antara mereka yang dah tepu dengan bahan Fizik. Namun melihatkan rakan-rakan mereka yang masih terus bertungkus lumus, timbul juga semangat mereka untuk belajar Kimia dengan lebih tekun.
Calon SPM 2013 aliran Sains semasa mengikuti Kem Kimia 2013 |
Sebagai guru, saya hanya mengharapkan yang terbaik untuk pelajar saya. Tak ada yang lebih membanggakan bagi seorang guru, melainkan kejayaan muridnya. Di sekolah luar bandar seperti kami ini juga, pelajar bergantung hampir sepenuhnya kepada bahan dan sumber dari guru. Tiada pusat tuisyen berdekatan, malah kalau ada pun belum tentu mereka mampu untuk menanggung kosnya.
Untung kan kalau anda bersekolah di bandar, dan datang dari keluarga yang kaya? Banyak ilmu yang anda boleh perolehi dengan kelebihan anda itu..
Saya bangga dengan pelajar saya. Kekurangan seperti itu tidak pernah sesekali melemahkan semangat mereka. Hanya pendidikan sahaja yang mampu mengubah nasib mereka dan keluarga mereka. Semoga mereka terus berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi memburu impiah, dan saya sentiasa doakan yang terbaik buat mereka!
Perjuangan
10 Ulasan
soalan bocor juga untuk chemistry. some students dah ada paper sebenar walaupun exam blm mula. bgtau kami utk study solubility of salts, ikut je. bila tgk paper, sah itu yg keluar. utk paper 2, mereka dah ada jawapan, tinggal nak tulis je bukan nak fikir atau ingat.. this is real story, bukan direka. kami sendiri tgk dorang tunjuk jwpn selepas exam.
BalasPadam- miss anon-
tolong laporkan kpd lembaga peperiksaan. tak adil untuk cikgu2 n student yg bertungkus lumus study utk SPM
BalasPadammoga2 ada tindakan, jika ada laporan..
PadamSalm cikgu hailmi. Saya baru membuat blog. Jemput datang ye~~
BalasPadamhttp://cikguzuzu.blogspot.com/
salam kenalan juga buat cikgu zuzue.. ;)
Padamsalam cikgu hilmi.. nie kali ke 4 saya singgah sini... :)
BalasPadamterima kasih nur faizuddin.. jemput2 lah jugak yer datang sini selalu.. ;)
BalasPadamselalu :)
Padamsalam cikgu hilmi , singgah sini , saya ada buat satu segmen , hope kalau x keberatan join my segmen k : http://botak-gambus.blogspot.com/2013/11/segmen-aku-blogger-malaysia.html
BalasPadamok Faizuddin... cikgu dah join .. ;)
Padam