Tak kira sama ada anda adalah seorang guru atau ahli masyarakat, saya rasa kita semua patut ambil tahu mengenai perkara ini memandangkan bidang pendidikan adalah penting dalam menentukan hala tuju sesebuah bangsa dan negara. Jom kita tengok satu persatu semua transformasi tersebut (tidak mengikut susunan)
1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Pada permulaannya, agak kontroversi juga PPPM ini. Ini kerana ada pihak yang didakwa tidak berpuas hati dengan pelan pembangunan tersebut kerana akan mendatangkan kesan buruk kepada pihak tertentu. Namun, PPPM tetap juga dilancarkan pada September 2013 setelah mengambilkira pendapat dan hujah semua pihak. Pelan dengan 11 anjakan utama ini sedang dalam pelaksanaan.
Info Lanjut PPPM
2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR)
PBSMR adalah penilaian yang akan menggantikan PMR bermula pada tahun 2014. Secara ringkasnya boleh lah kita katakan bahawa bermula tahun depan, hanya ada lebih kurang 4 subjek sahaja yang akan dinilai di peringkat pusat, iaitu Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Tambahan juga jika sekiranya pelajar tersebut mengambil subjek bahasa yang lain seperti Bahasa Cina, Bahasa Iban, Bahasa Arab dan lain-lain. Bagi subjek lain, penilaian akan dijalankan di peringkat sekolah dalam bentuk tugasan.
Info Lanjut PBSMR
3. Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
Ini adalah sistem online yang paling glamer dalam banyak-banyak yang ada. Penuh dengan kontroversi nya yang tersendiri. Sudah lah pelaksanaan PBS sendiri pun dikatakan bermasalah, SPPBS ini jauh lebih bermasalah lagi. Permasalahan ini juga merupakan masalah besar sehingga mendapat perhatian di Parlimen dan respon daripada menteri yang berkenaan. Kita doakan supaya semua masalah selesai menjelang 2014. Amin!
4. 1 Murid 1 Sukan (1M1S)
Dasar ini juga banyak ditekankan sepanjang tahun 2013. Dasar ini kemudiannya diperkembangkan kepada lebih banyak lagi sukan, seperti sukan sofbol, ragbi dan gimnastik. Malah semua sekolah juga diwajibkan untuk mengadakan Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan bagi menggalakkan penyertaan murid dalam bidang sukan.
Info Lanjut Kem Sukan 1M1S
5. Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Dasar MMI ini juga mencetuskan banyak polemik semasa dilaksanakan. Pelaksanaan yang tidak seragam di peringkat sekolah juga telah menimbulkan banyak masalah. Ramai guru yang menolak untuk menjalankan aktiviti luar disebabkan oleh dasar baru ini. Senang cerita, membebankan. Sudah lah keluar membawa pelajar, bagi tujuan rasmi, kelas pula terpaksa diganti dan dibebankan dengan tugasan lain lagi. Semoga ada huraian yang lebih jelas berhubung pelaksanaan dasar ini di peringkat sekolah.
Info Lanjut MMI
6. Logo, Misi dan Visi Baru KPM
Ke arah nak mentransformasikan pendidikan Malaysia, KPM juga telah melancarkan logo baru bagi menggantikan logo yang sedia ada. Kiranya macam logo rasmi la. Lagipun kalau kita tengok program KPM sekarang nih, semuanya gunakan logo yang baru ini. Macam-macam pandangan. Ada yang suka. Tak kurang, ada juga yang tak suka. Tak lama lepas tu, KPM lancarkan pula visi dan misi KPM yang baru. Yang ini tak ramai komplen, sebab tak ada gambar. Ada perkataan jer. ;)
7. Ujian Kompetensi ICT
Ujian bagi menguji tahap kompetensi para guru dalam pentadbir dalam ICT. Ujian dibuat berperingkat mengikut zon. Mungkin juga bagi nak mengelakkan kesesakan sistem dalam talian. Ada juga beberapa kontroversi yang timbul macam, bentuk soalan yang ditiru daripada sumber lain (hanya ubah nama dan tempat). Ada juga yang mendesak nak tahu markah. Ada yang mintak tolong orang lain jawab kan sebab tak nak pergi kursus pasal ICT lepas nih (mungkin).
Info Lanjut Ujian Kompetensi ICT
8. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
KBAT atau juga dikenali sebagai HOTS (Higher Order Thinking Skills) pada mulanya dititikberatkan pada subjek Sains dan Matematik. Bermula pada penghujung tahun 2012, aktiviti kursus dan bengkel KBAT hebat dijalankan pada 2013. Ini juga disebabkan oleh pencapaian Malaysia dalam ujian Sains dan Matematik antarabangsa TIMSS dan PISA yang jatuh merudum belakangan ini. Tapi sekarang, hampir semua subjek telah diKBATkan. Kita tunggu hasilnya nanti.
Info Lanjut KBAT
9. SISC+ dan SIP+
Jawatan baru di PPD ini juga giat dipromosikan oleh KPM sekarang. Pada peringkat awalnya, jawatan ini dikatakan bakal mengambil alih tempat Guru Cemerlang. Jawatan Guru Cemerlang pula akan dimansuhkan. Tapi tak dapat nak dipastikan sejauh mana kebenarannya. Tugas SIC+ dan SIP+ nih adalah lebih kepada 'doktor' yang akan menganalisa dan merawat sekolah-sekolah yang 'sakit', iaitu sekolah band 6 dan 7 yang berprestasi rendah di seluruh negara. Baru dibuka untuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Info Lanjut SISC+ dan SIP+
10. VLE FROG -1BestariNet
Ini juga adalah medium yang banyak diperhebatkan pada tahun 2013. Virtual Learning Environment ini, secara teori nya memang hebat dan penuh berteknologi masa depan. Jika berjaya dilaksanakan, memang jimat duit kertas peperiksaan dan latihan. Tetapi hakikatnya? Mengambil konsep dashboard dan blog, warga seisi sekolah akan dapat berinteraksi secara maya dalam hampir semua aktiviti. Permasalahannya timbul apabila melibatkan pelaksanaan di sekolah yang tidak mendapat liputan internet jalur lebar. Acaner?
Info Lanjut VLE FROG - 1BestariNet
11. Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA. Penilaian ini adalah berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
Info Lanjut PBPPP
12. Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK)
Time-Based Berasaskan Kecemerlangan TBBK ini sebenarnya telah mula diwar-warkan kepada pegawai bermula daripada tahun 2011 lagi. Kemudiannya melalui fasa tempoh peralihan sepanjang tahun 2012 bagi membolehkan pegawai melakukan persediaan dalam urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kepada kecemerlangan. Maka pada tahun 2013, bermula daripada 1 Januari bermulalah secara rasminya pelaksanaan TBBK ini.
Info Lanjut TBBK
13. iTHINK
iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Info Lanjut iTHINK
14. Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD)
Kursus CPD ataupun Continuous Professional Development Courses ini merupakan kursus 4 hari yang diadakan buat guru-guru yang dipostingkan bermula tahun 2009. Kursus ini adalah bertujuan memberikan input dan membangunakan secara berterusan profesionalisme guru baru. Kandungan kursus terdiri daripada banyak komponen, antaranya adalah inovasi, kajian tindakan, instruksional dan pencapaian.
15. Guru Muda 1 Malaysia (GM1M)
GM1M pula adalah ilham daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan yang bertujuan untuk mengumpulkan guru muda dalam menjayakan program transformasi pendidikan negara. Secara jujurnya, saya belum nampak ada aktiviti yang menguntungkan guru muda selain daripada dapat berhimpun. Mungkin boleh masukkan dalam aktiviti GM1M untuk menziarah rakan guru muda yang mengajar di kawasan pedalaman pula lepas nih. Tak semua guru muda ada peluang sebegini.
Info Lanjut GM1M
16. Professional Learning Communities (PLC)
Ini juga bakal menjadi pemacu kepada pendidikan Malaysia pada tahun mendatang. PLC ini adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai bagi semua komuniti yang berada di sekolah. Guru akan berbincang dan masuk mengajar sambil diperhatikan oleh rakan guru lain. Perbincangan selepas pdp akan diadakan dan penambahbaikan akan dilakukan bagi pdp seterusnya. Menurut mereka, sudah tidak relevan bagi satu kelas, hanya diajar oleh seorang guru. Perlu ada kerjasama daripada guru-guru lain dan membentuk komuniti yang berkesan.
Nak marah pun tak jadi sebab tengok baby yang kiut nih.. |
Hmmm... camna? Dapat ikut tak dengan semua perkembangan dasar-dasar baru dan penambahbaikan ini? Semoga kita semua dikurniakan dengan sifat istiqamah dan berterusan yang tinggi dalam memastikan supaya kita tidak termasuk dalam senarai pendidik yang ketinggalan.
Selamat maju jaya buat semua guru-guru Malaysia! Kita boleh!
13 Ulasan
Terbaek...sy yg menurut perintah
BalasPadamYer... saya pun yang menurut perintah..
BalasPadamKami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda
BalasPadambanyak transformasi.......
BalasPadambukan ke 'transformasi berjaya, rakyat sejahtera' yg dlm lagu tu... kui3
BalasPadamhak3.. baru perasan ada lirik tu dalam lagu..
BalasPadamTerima Kasih cikgu... maklumat yang amat berguna untuk semua guru lebih2 lagi bagi guru di luar bandar yang lambat dapat informasi...
BalasPadamInshaAllah.. mudah2an bermanfaat.. ;)
BalasPadamterima kasih cikgu...maklumat yg sgt berguna untuk kami yg bakal dtmuduga dan insyaAllah bakal menjadi seorg pndidik...
BalasPadamTerima kadih cikgu. Sangat berguna utk saya... semoga diberkati Allah danfipermudahkan rezeki,.. amin
BalasPadamAlhamdulillah.. semoga jadi ilmu yang berguna.. ;)
BalasPadamsangat berguna utk saya yg ingin mengetahuinya :)
BalasPadaminshaAllah.. mudahn jadi ilmu berguna
Padam