About Me

Bercuti ke Thailand : Krabi

Untuk entri kali ini, saya nak ceritakan pengalaman saya berada di Krabi plak. Saya singgah ke Krabi, dalam perjalanan pulang dari Phuket ke Malaysia. Sebelum tu ada juga singgah di Phang Nga yang menemukan saya dengan Pulau Panyee dan Pulau James Bond. Destinasi seterusnya yang menanti adalah Krabi.

Bercuti ke Thailand : Krabi

Kalau tak salah saya, orang Thai menyebut Krabi dengan perkataan Kerbi. Betulkan saya kalau salah yer. 

Seperti juga Phuket, tarikan utama Krabi adalah pantai dan pulau-pulau nya yang cantik. Di Krabi, tarikan utama pelancong adalah ke Pantai Ao Nang dan juga Ko Phi Phi. Untuk entri ini saya fokuskan pada bandar Krabi ini dulu.


Bercuti ke Thailand : Krabi

Bercuti ke Thailand : Krabi

Bercuti ke Thailand : Krabi

Bercuti ke Thailand : Krabi

Bercuti ke Thailand : Krabi

Bercuti ke Thailand : Krabi

Krabi merupakan sebuah pekan kecil, tapi lengkap dengan segala kemudahan. Banyak juga pasaraya-pasaraya besar yang ada di Krabi ini. Mungkin industri pelancongan telah banyak membantu Krabi untuk lebih maju berbanding dulu.

Thai Hotel Krabi

Thai Hotel Krabi

Sebelah malamnya saya berkunjung ke pasar malam di tengah-tengah bandar Krabi. Tak tersangka terjumpa pula rakan baik masa belajar di USM dulu, Cikgu Husnil Arzi dan keluarga. Untuk aktiviti di pasar malam ini, lebih kepada beli belah t-shirt dan buah tangan untuk dibawa pulang. 

Pasar malam Krabi

Pasar malam Krabi

Pasar malam Krabi

Pasar malam Krabi

Pasar malam Krabi

Barangan di Krabi ternyata jauh lebih murah berbanding di Phuket. Maka saya mengesyorkan anda jika berkunjung ke Krabi, sila lah membeli belah lebih banyak berbanding ketika berada di Phuket.

Atas faktor kesuntukan masa, untuk kunjungan kali ini, saya hanya berkesempatan berkunjung ke Ao Nang Beach sahaja. Ko Phi Phi belum ada peluang lagi. InshaAllah pada masa akan datang kot. 

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Waaaahh!!! Enaknya krabi. Ada buat island hopping x?

    BalasPadam
  2. Memang ler best.. Island Hoping takde buat cikgu.. inshaAllah di masa akan datang kot.. ;)

    BalasPadam
  3. memang best Atiqah.. ble pegi jugak tu.. ;)

    BalasPadam
  4. Pulau phi phi ramai pelancong omputih hehehe..dah sampai krabi thn lepas

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer.. memang ramai.. saya blom sampai lagi.. setakat ke krabi ngan pantai ao nang ja..

      Padam
  5. Tak sangka gambar kami sekeluarga ada di paparan blog ini. From mrs arzi

    BalasPadam
  6. Percutian ke Krabi yg amat berbaloi

    BalasPadam
  7. he3.. memang ler kena ada pic tu sebb tiba2 terjumpa kat sana plak.. ;)
    Yer, memang best..

    BalasPadam
  8. antara phuket dan krabi...
    mana lebih cantik??
    and mana yang sesuai untuk honeymoon??
    mohon pendapat cikgu..
    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat cikgu ler... sila ke phuket!
      Pantai dia super lawa.. ;)

      Padam
  9. I've been a regular visitor to this site for a while now, and I must say, the quality of content has consistently been top-notch. It's become my go-to resource!

    BalasPadam