About Me

Jom ke Padang Besar Perlis!

Masa cuti sekolah macam ni memang saya peruntukkan habis-habisan untuk meluangkan masa bersama keluarga. Sudah lah jauh berkhidmat, maka kesempatan seperti ini saya ambil untuk betul-betul meraikan masa bersama ahli keluarga. Itu lah yang beruntungnya jika berada berjauhan daripada keluarga. 

Kebetulan pula, pada awal cuti ini, ramai pula ahli keluarga saya yang juga bercuti. Maka aktiviti wajib yang akan kami buat bersama adalah, ke Padang Besar!


Jom Pergi Padang Besar Perlis!

Padang Besar ini adalah kawasan sempadan Malaysia - Thailand. Memang popular dengan barang-barangnya yang murah sama seperti kawasan beli belah sempadan lain seperti di Rantau Panjang, Kelantan dan juga Serikin di Sarawak. Jika nak dapatkan barang yang murah, boleh dapatkan di sini. Kebanyakkan barang dan peniaga juga dari Thailand. Kalau pandai tawar menawar, pasti lebih murah.

Banyak barangan yang dijual di Padang Besar. Terutamanya pakaian, jersi, jeans, makanan dan barang rumah. Memang rambang mata melihat barang-barang yang dijual di sana, terutamanya jika bagi pengunjung yang datang dari bandar besar. Jadi, jom kita tengok apa antara barang yang dijual di Padang Besar.

















3 Tips Beli Barang di Padang Besar
#1. Pilih Barangan Berkualiti
Jika berhajat nak beli apa-apa barangan, pastikan anda bagi perhatian pada kualiti barang yang nak dibeli. Ini kerana barangan dijual di sana, ada dalam pelbagai jenis gred dan kualiti. Pastikan kualiti yang dibeli adalah sepadan dengan harga yang dibayar. Jangan kerana nak dapatkan harga yang murah, nanti barang yang anda dapat pun boleh guna untuk 2 3 hari saja.

#2. Wajib Tawar Menawar
Ini acara wajib yer. Jangan tak tawar menawar ketika membeli di sini kecuali jika anda adalah anak tokey balak. Selalunya, macam peniaga lain juga, peniaga kat sini akan kenakan harga yang tinggi sket. Kemudian akan diturunkan pada harga yang lebih rendah jika ada tawar menawar. Maka jalankan tugas anda menurunkan harga dengan sebaik mungkin. Kalau kena gaya, memang murah!

#3. Pusing Sebelum Beli
Jika anda ada masa, maka sebaiknya anda bergerak ke seluruh kompleks Padang Besar terlebih dahulu. Oleh kerana kawasan dia pun tak besar sangat, maka survey-survey lah dulu kat mana ada pilihan dan barang yang lebih murah. Tapi kalau tak ada masa, lebih baik ambik saja, bayar dan balik.


Selalunya orang yang datang melancong ke Pulau Langkawi melalui Kuala Perlis akan menjadikan Padang Besar nih sebagai satu lagi destinasi persinggahan sebelum balik ke tempat masing-masing. Barangan yang ada di sini juga sesuai untuk seisi keluarga.

Kepada yang belum pernah sampai ke Padang Besar, saya sangat syorkan tempat ini untuk anda cuba datang. Boleh cuba rasa kelainan suasana beli belah di sini, di samping boleh jugak dapatkan harga terbaik bagi barangan kesukaan anda.  Jom mai Padang Besaq!

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Wah bestnya!teringin nak pegi Padang Besar lg.last pegi dec last year

    BalasPadam
  2. dulu masa pergi ke Langkawi pernah singgah kat sini...dah lama tak pergi..,..

    BalasPadam
  3. tahun lepas pegi padang besar and wang kelian. menakutkan giler pegi wang kelian tu! -___-

    BalasPadam
  4. SA nak pi bulan satu nanti insyaallah....dah lama x pi..last pi masa tahun 2001 kalau x salah...salam kenall...SA follow blog ni...

    BalasPadam
  5. jemput lah yer ke Padang Besar... bawak duit bnyk2 juga, untuk shopping banyak2.. ;)

    BalasPadam

  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam
  7. Hari Ahad ni sy nak ke Padang Besar. Thx bg info.

    BalasPadam
  8. Dengar kata barang kat sana harganya sama lebih kurang mcm kat kl..betul ke?

    BalasPadam
  9. sy nak tanya..padang besar ada hotel ke yg dkt2 kat sana

    BalasPadam