Perancangan awal saya hanya mahu menggunakan bas. Tetapi tanpa saya sangka, abang ipar juga mahu pulang ke Perlis atas urusan kerja di Taiping. Nak memudahkan kerja, maka saya tumpang sahaja abang ipar ke Taiping, sebelum balik ke Perlis.
Dalam pada saya mahu menunggu abang ipar menyelesaikan urusan kerjanya, saya meronda-ronda sebentar ke kawasan Taiping. Disebabkan saya jarang sekali ke Taiping, maka saya hanya meronda ikut sedap kaki. Dalam perjalanan saya tercari-cari tempat menarik di Taiping, maka terserempak lah saya dengan satu daya tarikan di Taiping, iaitu Zoo Taiping.
Ini adalah kali pertama saya ke Zoo Taiping. Sebenarnya Zoo Taiping ini lebih popular dengan Night Safari nya, iaitu masuk zoo tengok binatang pada waktu malam. Setakat dalam pengetahuan saya juga, Zoo Taiping merupakan zoo yang tertua di Malaysia. Maka, ini lah peluang untuk saya tengok apa yang ada kat dalam Zoo tersebut. Boleh lawan tak dengan Zoo yang ada kat Melaka?
Sebaik sahaja tiba, maka saya terus bergerak ke kaunter beli tiket. Harga tiket bagi dewasa adalah sebanyak RM16, manakala untuk warga emas dan kanak-kanak pula adalah RM8. Taklah terlalu mahal sangat dan saya rasa agak berpatutan dengan apa yang bakal saya lalui sekejap lagi.
Selesai membeli tiket, saya terus masuk ke dalam kawasan zoo. Di bahagian depan kawasan zoo, tersedia ruang beratur untuk menunggu giliran menaiki keretapi mini. Muatan lebih kurang dalam 24 orang bagi satu keretapi mini. Keretapi akan berjalan sebaik sahaja bilangan orang yang naik dah penuh. Maka keretapi kami pun memulakan perjalanan.
Keretapi mini tersebut akan membawa pengunjung mengelilingi kawasan zoo yang seluas hampir 34 ekar. Kalau nak berjalan kaki, berpeluh jugak ler jawabnya. Yang menariknya, sebab pemandu juga akan bertindak sebagai pemandu pelancong. Sambil melintas kawasan kurungan binatang, pemandu tadi akan menceritakan perihal binatang tersebut.
Ada juga lah haiwan yang teruja untuk saya lihat. Ada juga antaranya yang dah biasa saya tengok. Anda boleh tengok banyak lagi gambar-gambar antara binatang yang ada di Zoo Taiping.
Perjalanan memakan masa hampir 1 jam juga. Habis mengelilingi semua kawasan zoo, pemandu tadi menurunkan kami di pitstop yang terakhir iaitu kawasan lapang untuk berehat. Ada antara pengunjung yang belum puas, meneruskan lagi perjalanan mengelilingi zoo dengan berjalan kaki. Saya terus menuju ke pintu utama sebab atas faktor masa yang terhad.
Di bahagian luar juga baru perasan rupanya disediakan beberapa kedai makan dan kedai menjual cenderahati kenang-kenangan. Jangan lupa juga untuk bergambar kenang-kenangan dengan replika binatang yang berada di sekeliling kawasan tersebut.
Secara jujurnya, saya amat menyarankan agar ibubapa yang berkemampuan untuk bawa anak bercuti ke Zoo Taiping ini. Sekurang-kurangnya boleh juga beri pengalaman baru kepada anak-anak untuk mengenali binatang-binatang tersebut dengan lebih dekat. Bukan sekadar menonton daripada kaca TV atau pun gambar. Anak kecil pasti sangat gembira dengan kunjungan ke tempat seperti ini.
Sememangnya pengalaman ke Zoo Taiping ini merupakan satu pengalaman menarik buat saya!
20 Ulasan
banyak kenangan sy kt zoo taiping ni. dulu, semasa sy pratikal kt seratas, hampir setiap minggu pergi ke zoo taiping sbb seratas berhadapan dengan zoo taiping. sekarang pun, at least setahun sekali pergi sini, bwk anak2 sedara berjalan.
BalasPadamowh.. praktikal kat sana ka.. saya pun rasa macam best ja sampai Zoo Taiping nih.. inshaAllah ada masa nak bawa keluarga juga datang ke sini ramai-ramai..
Padamtengah cuti ni. kenalah harus jalan-jalan. haha
BalasPadamDah penat bekerja.. Harus wajib berjalan cuci mata, cuci otak.. ;)
PadamHaha taiping tempat ex! Hahaha sabar je lah :D Mcm best je, mcm menarik je; tapi kena tunggu hati sembuh btl2 baru leh gi sini. Hahaha tp tak blh layan sgt perasaan tu kan :D Kekeke
BalasPadamharga tiketnya agak mahal berbanding dengna Zoo Melaka...tak pernah lagi pergi zoo taiping hanya lalu di tasik taiping jer....tapi jom singgah ke Zoo Melaka...banyak binatang di sini....
BalasPadamJom
Padamsekarang zoo melaka pun da mahal... tempat xterurus dan kotor...
Padamsaya pun belum pergi ke sana,
BalasPadamboleh bawa anak2 nie...thanks
Jom.. boleh pergi ramai-ramai nih..
BalasPadamBawak anak2 lagi bagus.. ;)
x pernah pi sini lagi..selalu pi zzoo negara or pi zoo melaka jer...
BalasPadamCuba lah datang ke sini.. x rugi punya.. ;)
BalasPadamEsok hari lahir adik ipar sy berumur 5 tahun. Cadangnya nak bawa ke zoo taiping. Singgah di blog ni utk baca review. Lepas baca.. mcm tak sabar lak nak pergi. Tempat pun nampak cantik!
BalasPadamBest! Memang boleh bawa ke Zoo Taiping nih.. Mesti dia akan suka.. ;)
PadamBlh la
BalasPadamHi ADMIN. Terima kasih sudi share pengalaman. Kalau2 berminat nak cuba lawat Night Safari Singapore pula, boleh la hubung kami untuk dapatkan tiket promosi.. :) Mari dapatkan tiket promosi Singapore seperti USS/ SINGAPORE ZOO/ GARDEN BY THE BAY/ SEA AQUARIUM/ NIGHT SAFARI/ RIVER SAFARI/ ADVENTURE COVE WATERPARK/ CABLE CAR dan banyak lagi! Pasti lebih murah dari harga kaunter & OPEN DATE! Tiket Night Safari SG MYR 141 per adult sahaja (est SGD44) termasuk FREE Unlimited Tram Service worth SGD5 // Tiket USS, MYR 211 per adult sahaja (est SGD66 only). Pakej USS with 2 ways transfer via bus from DANGA BAY JB - USS juga ada.
BalasPadam.
Lawati LOVE TRAVEL page di >>> http://lovetravel-love.blogspot.com & >>> www.facebook.com/lovetravel86
JESSICA, LOVE TRAVEL
(whatsapp: +6012-7760219)
Email: jessica.travel8686@gmail.com .TQ
Tak pernah sampai Zoo Taiping, next time boleh la bawa anak-anak ke sane.
BalasPadamIdeal in addition to Most economical Jabodetabek Exclusive Instruction, each of our workers plus trainers occur to your home, set your own personal examine program which enables it to pick virtually any area of study ... click https://privat-inggris.netlify.app/ for more details
BalasPadamMaybe you will discover a cheaper fee compared to the table above, make sure again about the qualifications in the teacher / Kindergarten teacher recommended for you ... for more information https://matematika-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-matematika-terdekat-di-sawah.html
BalasPadamIs it time to set about a transformative language chance to learn? Take a look at Executive-Education.id's language you are studying course. From cultural immersion to expert guidance, our program offers a holistic approach to language acquisition. Explore the advantage of a brand new language, broaden your horizons, and achieve edge against your competitors in today's interconnected world. Go to https://kursus-korea.github.io/kursus-bahasa-korea-matraman.html for more.
BalasPadam