Sebelum kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Kamalanathan dikatakan bertemu dengan bapa suspek yang meminta bantuannya untuk urusan memindahkan menantunya yang bertugas sebagai guru di selatan tanah air.
Bagaimanapun, setelah diterangkan yang beliau hanya mampu memberikan sokongan, bapa suspek bertindak merayu hingga menyatakan sanggup mencium kaki Timbalan Menteri terbabit.
Terkejut dengan tindakan lelaki itu, Kamalanathan memintanya untuk beredar dari situ. Beliau terus menghadiri perjumpaan lain di pejabatnya.
Sebaik tiba, beliau berjabat tangan dengan setiap ahli yang menghadiri perjumpaan berkenaan sebelum ditumbuk suspek yang kemudian menuduhnya menghalau bapanya siang tadi.
Gambar sumber dari Kosmo |
Sehubungan itu, Kamalanathan terus membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Beruntung dekat Bukit Sentosa sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan kejadian dan memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 323 kerana mendatangkan cedera.
Sumber
9 Ulasan
Di sekolah tadi, saya ada dengar cerita ni. Rasa macam dekat je...
BalasPadamterbaikkk ! cikgu hailmi taknak try ker? hehehehe
BalasPadamaduhai..macam ni pun boleh jadi kah..haiya..
BalasPadambrutal nampak cikgu nie hahaha
BalasPadamanda bila nk try cara kasar mcm ni?dh cara halus xbrkesan..keh3
BalasPadamkah3.. amboi.. banyaknya dorogan dan motivasi untuk saya bertindak demikian yer...
BalasPadamsilap haribulan bukan dapat transfer.. terus kena buang keja! hak3
Tudiaa, sampai mcm tu skali...
BalasPadamhe3.. tu la pasai.. baru depa tau, isu tukar nih bukan isu main2 ni.. ;)
BalasPadamBarang di ingat, bukan die sorang je yang mintak tukar, beribu lagi dalam senarai menunggu. Dengar citer mamat tu orang kuat ameno. Salah guna kuasa tu...
BalasPadam