Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya 2, Kota Kinabalu, Sabah sebagai Pusat Tingkatan Enam mula beroperasi pada 5 Februari lalu, manakala SMK Petaling Jaya, Selangor pula memulakan sesi persekolahan pada 17 Februari lalu.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan, Datuk Mazlan Mohamad, berkata berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan pada November tahun lalu, kementerian meluluskan dua fokus utama iaitu berkaitan pengoperasian premis dan pakaian.
Beliau berkata, premis merujuk kepada penggunaan bangunan sekolah baharu sebagai Pusat Tingkat Enam yang dikategorikan sebagai Mod 1, manakala 14 sekolah lagi dikategorikan dalam Mod 2 yang juga akan bermula tahun ini.
Dikategori Mod berbeza
Mod 1 merujuk kepada sekolah yang hanya menempatkan pelajar dan guru Tingkatan Enam saja, manakala Mod 2 pula ialah pelajar Tingkatan Enam tempatkan di blok berasingan tetapi di dalam sekolah aliran perdana, sementara Mod 3 pula pelajar bercampur dan berkongsi bangunan dengan pelajar sekolah harian biasa.
Mazlan berkata, tiga lagi Pusat Tingkatan Enam Mod 1 dijangka dibuka pada Mac hingga April ini iaitu SMK Sri Bandar Pontian, Johor; SMK Desa Mahkota, Kuala Lumpur dan SMK Taman Mahsuri, Kulim, Kedah.
Katanya, satu sekolah Pusat Tingkatan Enam Mod 2 sudah beroperasi pada 2 Januari lalu iaitu di SMK Tunku Muhamad Kuala Pilah, Negeri Sembilan manakala 13 sekolah lagi dijangka dibuka di Kedah, Perak, Sabah dan Selangor.
Selain premis dan pakaian, kementerian juga akan memberi perincian kepada tiga lagi fokus utama iaitu pengurusan dan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum.
Bincang subjek bersesuaian
Semua aspek ini masih memerlukan perbincangan terperinci dengan banyak pihak termasuk universiti, bagi membincangkan mengenai mata pelajaran yang ditawarkan bersesuaian dengan kehendak universiti sekali gus memastikan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dapat menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), katanya ketika dihubungi BH semalam.
Beliau berkata, melalui penubuhan Pusat Tingkatan Enam itu, diharapkan sekolah dapat menawarkan lebih banyak pilihan mata pelajaran kepada pelajar sekali gus menjadikan ia sebagai pilihan utama pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke IPT.
Sumber
57 Ulasan
wahhh....sy pun F6 dulu
BalasPadamMacam best.. tapi jauh la..
Padamsekarang dah dahsyat dah diorang nabila.. ada sekolah sendiri.. ;)
BalasPadamasalamualaikum saudara dan saudari sekalian, jika ingin membuat pemohonan ke pusat tingkatan enam ini macam mane ea???mohon pencerahan daripada yang ingin membantu.
BalasPadamSalam Faris.. tak perlu mohon untuk ke Tingkatan 6. Nama yang layak akan keluar senarai secara automatik.. Kalau tak tersenarai barulah buat rayuan.. Semoga berjaya yer!
PadamAssalamualaikum,,,saya bekas pelajar smk petaling jaya,, smk petaling jaya terletak di PJS 5, taman medan...
PadamTQ Rusdy untuk perkongsian.. Moga membantu mereka yang dah bertanya
Padamsama-sama. :)
PadamAssalamualaikum Cikgu, Kelayakannya bagaimana ye? Saya tercari-cari di mana letaknya SMK Petaling Jaya tetapi tak berhasil. Di mana agaknya lokasi sekolah tersebut.
BalasPadamSalam Hawa.. lokasi sekolah, cikgu sendiri pun tak tahu.. ;)
PadamUntuk kelayakan boleh tengok "Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6" http://www.cikguhailmi.com/2014/04/syarat-kelayakan-masuk-tingkatan-6.html
Assalamualaikum....saya pasti rmai yg t'cari2 lokasi SMK Petaling Jaya...sejujurnya lokasi sekolah ini agak trsorok...utk mncrinya anda perlu memasuki kawasan Taman Medan...berdekatan dengan tapak pasar malam dan pagi(dikenali sbg pasar ahad dikalangan penduduk setempat)
PadamTerima kasih untuk yang berkongsi maklumat...
PadamSMK Petaling Jaya berhampiran dengan Kg Dato Haron, PJ. Kira-kira 2km fr. stesen komuter kg dato haron
Padamsalam cikgu, tawaran kemasukan ke tingkatan 6 dapat bile ye...dan pendaftarannye pula bagaimana ye....semoga dpt ,mmbntu...terima kasih
BalasPadamSalam cikgu,kalau dapat tawaran tingkatan 6,kemungkinan boleh ke dapat tawaran upu lagi?
BalasPadamSalam... masih ada.. semoga berjaya yer!
Padamassalammualaikum w.b.t...cikgu...pusat tingkatan enam smk bandaraya 2, ada menyediakan asrama untuk pelajar ka ?
BalasPadamassalammualaikum w.b.t...cikgu...pusat tingkatan enam smk bandaraya 2, ada menyediakan asrama untuk pelajar ka ?
BalasPadamassalamualaikum cgu.. cgu,mcm mna cara nak tukar jurusan and besarkah peluang permohonan tukar jurusan tu diluluskan?
BalasPadamWaalaikumsalam.. boleh cuba memohon.. tapi bergantung kepada banyak perkara.. antaranya ujian psikometrik dan yang lain...
PadamUntuk bertukar jurusan, boleh hubungi Guru Kaunseling di sekolah tingkatan 6 yang anda daftar. Ada kena isi borang dan buat ujian psikometrik.
assalamualaikum. pelajar yg layak tgktan 6 bg daerah pontian akan belajar di sk bandar pontian ?
BalasPadamCikgu, semalam dah rikey SMK Petaling Jaya... nampak gaya kena menghantar jugak le jawabnya. Adui, 3 orang anak mula jam 7.20 am, Sri Aman, Sult Ab. Samad & SMK PJ. Tawaf satu PJ lah jawabnya.... Bagi yang mencari SMK Petaling Jaya, boleh masuk dari Lebuhraya Persekutuan masuk ke belakang Kontena Nasional dan masuk area Taman Medan. Jangan masuk kat PJS5/1. Atau masuk melalui lebuhraya NPE, lepas tol, masuk kiri dan jalan terus ke dalam. Nape lah tak buat dekat dgn laluan LRT...
BalasPadamTerima kasih banyak puan atas perkongsian.. InshaAllah boleh bantu pelajar lain juga yang berminat ke SMK Petaling Jaya ini.. ;)
Padamassalammualaikum....nak tnye adekah pusat tingkatan 6 ni menyediakan asrama utk pelajar....terima kasih
BalasPadamWaalikumsalam.. bergantung kepada sekolah.. ada yang ada asrama ada juga yang tidak.. boleh rujuk terus dengan sekolah terbabit
PadamAssalamualaikum cikgu.Betul ke pelajar tingkatan enam tahun ini memakai pakaian bebas seperti pelajar matrik dan universiti?
BalasPadamWaalaikumsalam.. setahu cikgu tak pulak.. mungkin bergantung kepada pusat tingkatan 6 masing-masing kot..
Padamas'salam..boleh ke dftar ting.6 lewat?
BalasPadamNak tya..smk bandaraya dua kota kinabalu tu ada disediakan asrama ka?
BalasPadamtumpang tanya, ada phone contact smk taman mahsuri tak ? i really need it
BalasPadamSalam. Skolah f6 mana yg ada asrama ye kawasan kuala lumpur?
BalasPadamSesiapa ada tak yg tahu skolah tingkatan 6 mana yg sediakan asrama? anyone?
BalasPadamNak tanya. Betul ke stpm susah nak score?
BalasPadamAssalammualaikum cikgu, sekolah smk petaling jaya ada sediakan asrama tak untuk tingkatan enam ?
BalasPadamPusat Tingkatan 6 Sri Bandar Pontian juga sudah mula beroperasi. Menempatkan 18 buah kelas. 9 kelas Junior dan 9 kelas Senior. 4 kelas adalah aliran sains iaitu 2 kelas senior dan 2 kelas junior. Asrama tidak disedialan. pelajar yang jauh telah menyewa di rumah yang berdekatan. Sekolah ini terletak di Taman Megah, Pontian, dikelilingi oleh taman perumahan. Pentadbiran setakat ini masih menggunakan pentadbiran yang asal. Sekolah ini menggabungkan 2 buah sekolah iatu SMK Dato' Penggawa Barat dan SMK Sri Pehentian. PK T6 dr SMK Dato' Penggawa Barat menjalankan tugas pentadbiran. PK T6 dari SMK Sri Perhentian menjalankan tugas HEP, dan dua PK kokurikulum masing-masing 1 dari sekolah asal diketuai oleh Guru KOKu dari SMK Sri Perhentian. Perjalanan sekolah berjalan lancar sambil menunggu struktur pertadbiran yang baru.
BalasPadamterima kasih atas perkongsian maklumat..
PadaminshaAllah ramai yang dapat manfaat dari info anda ini..
terima kasih!
salam cikgu..adakah skolah2 lain di malaysia juga akn melaksanakan modul sprti skolah2 di ats?
BalasPadamsalam.. setakat pengetahuan saya, menjelang tahun depan semua sekolah yang dikhususkan untuk pusat tingkatan enam ini akan mula beroperasi sepenuhnya.. maka akan mengikut modul seperti yang tersedia sekarang..
Padammaknanya semua sekolah yang mmpunyai tingktan 6 akan diubah imej pemakaian?..terima kasih ats perkongsian cikgu..
Padambergantung kepada pengurusan sekolah..
Padamtumpang tanya, sekolah baru smk petaling jaya tu dekat mana yer?
BalasPadamboleh rujuk komen kat atas yer.. ada yang bagi petua camna nak ke sana.. ;)
PadamSlm, sya stdent f6 SMK TAMAN MAHSURI.. Anyone ada x yg sma kampus dgn sya? :D
BalasPadamSalam cikgu. Saya lepasan spm 2012. Macammana nak memohon untuk masuk ke tingkatan 6? Perlu ke ppd ke?
BalasPadamSaya nak mengadakan lawatan sambil belajar di sekolah ini, boleh hubungi saya ke wakyatiman@yahoo.com
BalasPadamSalam....
BalasPadamCikgu ...sekolah ni ade Form 6 kan ?....Subjek ape yg ade ek ?.....
Salam sejahtera cikgu, nak tumpang tanya.. Bagaimana untuk memohon sebagai tenaga pengajar di Pusat Tingkatan Enam ni
BalasPadamSalam cikgu.. Sekolah ni ada asrama tak?
BalasPadamSalam ckgu..sek ni ade aliran sains x?asrama ade disediakn x?
BalasPadamAs-salam, cikgu Halim. Di SMK Bandaraya 2 KK tu ditawarkan Pengajian Perniagaan @ Perakaunan?
BalasPadamSalam cg, bolehkah saya membuat rayuan untuk masuk ke pusat tingkatan 6 walaupun telah mendaftar tingkatan 6 di sekolah harian biasa
BalasPadamSalam cikgu,cikgu taw tak skolah mna ada subjeck geografi d area KL nie? Sebab saya dah buntu..
BalasPadamSlm cg.. Ada x skolah t6 yg berasrama dan masih boleh buat rayuan tuka skolah ke pusat t6 ke wlauon sya dh mula belaja d skolah t6 biasa
BalasPadamCkgu kolej t6 smk bandaraya 2 ada asrama kh?
BalasPadamAssalamualaikum cg kos apa je yang ada di smk petaling jaya
BalasPadamKalau sy SPM 2009 boleh ke memohon?
BalasPadamAssalamualaikum cg sekolah yang di sabah tu apa namanya? Ada asrama ?
BalasPadam