Di sekolah saya, sejak daripada Januari tahun
ini hingga sekarang (Mei) belum ada lagi Ustaz / Ustazah untuk mengajar
subjek Pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar Islam.
Walaupun budak-budak Islam tak ramai (40/1500) tapi saya tetap percaya
mereka juga perlukan Ustaz / Ustazah yang dapat mengajar mereka dengan
lebih baik, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam.
Pihak sekolah dah berkali-kali hantar surat memohon kepada mereka yang
berkenaan. Namun jika kita perhatikan, sehingga sekarang masih tiada
tindakan yang berkesan daripada mereka yang bertanggungjawab.
Ada guru Islam lain, tapi tidak berkelayakan. Cikgu Sains macam saya, cikgu Matematik, cikgu PJK dan lain-lain.
Maka atas inisiatif guru-guru Islam di sekolah, kami ambil masa untuk
bergilir masuk ke kelas agama sekiranya ada kelapangan. Ajar yang
seterdaya mana dengan ilmu yang terhad. Namun confirm ler tak sebaik
dengan ajaran jika ada guru yang lebih berkelayakan.
Yang lebih
dirisaukan adalah nasib pelajar Islam Tingkatan 5 yang akan mengambil
SPM pada hujung tahun ini. Ada 9 orang semuanya mereka.
Tercongok je dalam kelas time pelajar lain belajar subjek Pendidikan Moral.
Kesian!
Maka kami ambil inisiatif mengumpulkan sedekah dan sumbangan daripada
rakan guru Islam untuk membeli 10 naskhah buku latihan ini. Tujuannya
nak bagi kat budak-budak nih buat juga soalan Pendidikan Islam SPM.
Kalau tak dapat jawap, salin saja jawapan dari belakang buku.
Sekurang-kurangnya ada juga dia membaca dan menulis di situ. Semoga dia
ingat.
Yang kelas pandai sikit, kami suruh salin jawapan dan highlight kata kunci yang ada pada soalan dan jawapan.
Ini ja yang terdaya kami buat untuk sementara waktu ini..
Kalau cikgu-cikgu, ustaz ustazah di luar sana yang ada lebih banyak
idea untuk nak bantu para pelajar ini, boleh kongsikan di bawah ini yer.
InshaAllah kami cuba usahakan lagi..
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
2 Ulasan
Wah first time saya dengar sekolah tiada cikgu pendidikan islam. Lepas habis baca article cikgu memang saya betul2 terkejut. Anyway cikgu jemptlah datang singgah ke blog saya http://www.kacamataview.com/
BalasPadamالحمدلله ... اينيله دناماكن ساتو فغوربنن
BalasPadamTahniah kepada guru-guru tersebut!!!