Bila dikongsikan, banyak feedback pulak yang saya dapat daripada rakan-rakan guru yang ada pengalaman dan pernah menyertainya. Jadi terfikir lah jugak nak join untuk tahun ini mencari pengalaman. Lagipun bila difikirkan, ramai juga pelajar saya yang berkemampuan untuk melakukan perkara sedemikian.
Disebabkan ini adalah berkaitan dengan pertunjukan drama, maka saya cuba dengan pelajar-pelajar kelas Kimia saya. Sebabnya mereka lebih matang, ada hala tuju yang jelas dan lebih berani untuk berdepan dengan orang. Lagipun, pelajar-pelajar ini dah banyak didedahkan dengan aktiviti pembentangan dan public speaking dalam kelas. Jadi saya rasa mereka adalah orang yang tepat.
Selepas itu, saya pertontonkan mereka video pemenang pada tahun lepas yang diperolehi daripada Youtube. Ini bagi memberi mereka sedikit idea dan gambaran mengenai apa yang bakal mereka lakukan. Nampak ler sket macam mana perihal pertandingan ini. Video pemenang adalah seperti di bawah.
Kemudian, saya berikan mereka masa seminggu untuk memikirkan eksperimen atau aktiviti yang sesuai dan terus menyediakan skrip bagi drama mereka. Namun disebabkan musim peperiksaan dan saya sendiri sibuk dengan menguruskan pasukan sofbol Sibu, maka banyak lah kerja bertangguh-tangguh hingga hampir-hampir melupakan hasrat untuk menyertai.
Tetapi pada minggu terakhir sebelum bercuti, tiba-tiba bersemangat pula budak nak ikut serta pada saat akhir. Mujurlah sebab saya sendiri pun belum pulang ke kampung untuk bercuti, maka kesempatan ini digunakan dengan sebaik mungkin.
Ada 2 kumpulan yang menyertai, Kumpulan 1 dianggotai oleh Chriscynthia Tiffany dan Suzie Anthony, manakala Kumpulan 2 dianggotai oleh Elizabeth Paggy dan Abby Umang.
Pada hari persiapan untuk sesi rakaman, kedua-dua kumpulan menyediakan semua bahan dan peralatan yang diperlukan. Memang semuanya disediakan dengan baik oleh pelajar-pelajar ini. Persediaan dari segi dialog dan skrip dilakukan terlebih dahulu, bagi mengelakkan kesilapan berulang, terutamanya dari segi hafalan.
Akhirnya, setelah hampir 4 jam bertungkus lumus di makmal sekolah, maka selesailah juga merakamkan persembahan drama sains mereka. Video yang dirakam kemudian disimpan dalam bentuk CD dan seterusnya dihantar ke Petrosains.
12 pasukan terbaik daripada setiap negeri akan berentap di peringkat negeri dan seterusnya mewakili negeri masing-masing ke peringkat semi final (18 pasukan) dan final (8 pasukan) pada bulan Oktober ini.
Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada pelajar saya yang terlibat sebab berani menyahut cabaran ini walaupun semuanya pada saat akhir. Walaupun tak tahu sama ada layak atau tak untuk ke peringkat seterusnya, namun pengalaman yang diperolehi memang sangat berharga!
Semoga ada rezeki untuk mereka. Jom kita sama-sama doakan yer.. ;)
2 Ulasan
Good luck cikgu!
BalasPadamterima kasih!!!.. ;)
Padam