1. Tarian Tradisional
Ini memang acara wajib sejak zaman berzaman. Sapa yang tak suka tengok orang menari, meliuk lentuk atas pentas kan?. Oleh sebab Malaysia kaya dengan pelbagai budaya dan bangsa, maka cuba pelbagaikan tarian tradisional tersebut. Boleh juga cuba tarian Canggung dari Perlis, atau Tarian Ngajat Iban dari Sarawak untuk kelainan.
Jangan lupa, pastikan juga cikgu-cikgu di sekolah anda, memang jenis yang sporting dan sila buat kajian terlebih dahulu tahap penerimaan mereka kepada jenis persembahan yang sebegini. Takut nanti anda pulak yang terpaksa menanggung akibatnya.
2. Drama Pementasan
Persembahan ini antara yang saya suka. Sebab boleh tengok live keletah dan perangai budak-budak masa berlakon atas pentas. Tetapi, perlukan persediaan yang rapi dan lebih panjang. Nak sediakan skrip yang bersesuaian dengan tema Merdeka, pemilihan pelakon, teknik berlakon, penyediaan prop dan sesi latihan semuanya akan memakan masa.
Tambah lagi dengan perkara teknikal seperti video tambahan dan sound effect, serta lighting yang berkesan, maka kerjasama pelajar amatlah diperlukan. Tapi kalau dah siap dipersembahkan dan berjaya menghiburkan penonton, memang sangat puas hati!
3. Drama video
Di sekolah yang aktif dengan penyediaan drama berbentuk video, maka saya cadangkan persembahan yang bercorak begini. Boleh menggunakan idea dengan tema Merdeka yang sesuai, atau pun lakonan semula aksi pahlawan-pahlawan negara kita yang terbilang. Anda boleh ambil kisah Dol Said, Abdul Rahman Limbong, Kisah di Pasir Salak atau pun penentangan datuk nenek pada zaman penjajahan dahulu.
Pejuang dari Sabah dan Sarawak seperti Syarif Masahor, Rentap dan Antanum juga tak kurang hebatnya jika dilakonkan semula. Namun perlu diingat, jika anda mahu filemkan kisah-kisah tokoh pejuang ini, sebaiknya lakukan sedikit research mengenai sejarah sebenar mereka. Takut tersalah fakta pulak nanti!
4. Puisi Patriotik
Persembahan berpuisi dan bersajak ini memang agak 'biasa-biasa je' dan persembahan yang ambik selamat. Namun jika sekolah anda kesuntukan masa, boleh lah jugak cuba persembahan sebegini. Syaratnya juga, sila lah pilih pemuisi atau penyajak yang benar-benar boleh meruntun hati dan perasaan para pendengar.
Bagi nak menambahkan lagi feel pada persembahan mereka, boleh gunakan muzik latar sebagai alat bantu tambah. Boleh download lagu-lagu seruling daripada Mohram, atau pun ramai lagi pemain-pemain alat muzik yang klasik. Lebih menarik jika digandingkan dengan pelajar yang boleh bermain alat muzik (gitar, seruling, etc) bersama-sama pemuisi di atas pentas.
5. Puisi dan Lagu
Bagi nak memeriahkan lagi persembahan puisi yang kosong, anda boleh cuba jenis persembahan puisi dan lagu ini. Format boleh diubahsuai mengikut kesesuaian anda. Tetapi yang biasa dilakukan adalah, mendeklamasikan puisi dengan diiringi oleh muzik dan seterusnya puisi tadi terus dinyanyikan dengan sedap sekali.
Gunakan puisi yang syahdu-syahdu dan bertemakan Kemerdekaan yang boleh menaikkan rasa cinta pelajar kepada negara. Puisi mau best, lagu mau power!
6. Nyanyian Patriotik
Jika sekolah anda, ramai bakat-bakat hebat penyanyi ala-ala Kilauan Emas, maka boleh lah cuba persembahan yang sebegini. Rasanya tak susah nak cari budak yang minat menyanyi zaman sekarang nih. Silap haribulan, kena ada sesi ujibakat pasal ramai sangat yang nak join.
Pilihan senarai lagu yang bertemakan Merdeka, sangat lah banyak di pasaran. Boleh ambik versi yang meremangkan bulu roma bila mendengarnya, atau pun yang disampaikan secara santai namun penuh bermesej. Jika saya? Lagu 'Warisan' nyanyian Sudirman dan Lagu "Pahlawanku" nyanyian Dato Siti Nurhaliza!
7. Koir
Kalau tak cukup masa nak buat audition bagi ramainya pelajar yang minat menyanyi, maka anda tubuhkan lah kumpulan koir. Biar mereka berharmoni beramai-ramai kat situ. Tunjuk skil masing-masing.
Walaupun nampak mudah, macam main nyanyi saja, tapi sebenarnya persembahan Koir perlukan latihan dan kemahiran yang tertentu. Jadi, jika anda kurang berkemahiran atau berpengalaman dalam bidang koir, sila dapatkan tenaga mahir.
8. Nasyid
Untuk yang inginkan kelainan, atau pun yang nak menerapkan ciri-ciri Islamik dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, anda boleh cuba nyanyian Nasyid yang berunsurkan perjuangan dan kemerdekaan.
Boleh cuba cari di youtube lagu-lagu nasyid yang mampu mengajak rakan-rakan pelajar lain menghayati erti perjuangan sebenar, tanpa hiburan yang melalaikan.
9. Live Band
Persembahan ala moden ini pasti menjadi kesukaan ramai pelajar. Dapat menyanyi dan bermain alat muzik secara live di atas pentas, ala-ala zaman kugiran suatu ketika dahulu. Pilihan lagu, adalah sangat besar dengan lagu-lagu patriotik moden atau pun yang diberi nafas semula. Yang lebih kreatif, boleh cuba hasilkan lagu baru.
Bagi yang inginkan kelainan, anda boleh kembalikan nostalgia pasca-Merdeka dengan dendangan lagu zaman 60-an dan 70-an, lengkap dengan pakaian retro serta rambut afro. Jangan lupa juga aksesori wajib, kaca mata hitam!
10. Persembahan Alat Muzik
Alat muzik tradisional seperti Angklung dan pelbagai lagi boleh menjadi satu persembahan yang menarik pada Hari Kemerdekaan. Bagi sekolah yang ada pasukan Gamelan, ini juga rasanya boleh memberikan sesuatu yang mengujakan kepada para penonton.
Alat muzik tradisional seperti Gendang Cina, Tabla dan Betaboh (Iban) juga menarik untuk dipersembahkan. Bagi pelajar yang ada bakat dalam petikan Biola dan Piano, pilihan lagu-lagu patriotik boleh memberi suntikan baru kepada persembahan di sekolah anda.
11. Flash Mob
Persembahan spontan ini paling menyeronokkan, sebab mempunyai unsur-unsur saspen dan surprise. Tentu para penonton akan rasa terkejut dan excited tak terhingga, bila tiba-tiba saja ada persembahan bercorak begini. Nak bikin lagi sensasi, libatkan juga guru dan beberapa pentadbir sekolah yang famous dan sporting. *pengsan
Harus diingat, flash mob bukanlah terhad pada persembahan bentuk tarian sahaja. Boleh juga dalam bentuk lakonan yang tiba-tiba, atau perarakan yang tiba-tiba, kekejungan yang tiba-tiba, dan macam-macam lagi bergantung kepada kreativiti anda.
Idea saya, dalam kebosanan pelajar mendengar ucapan dan perutusan, keluarkan sekumpulan pelajar yang lengkap berpakaian tradisional ala-ala Zaman Melaka, melintas keluar dan masuk dewan sekolah! *pengsan
12. Choral Speaking
Untuk sekolah-sekolah yang timing omputih, atau pun nak cuba keluarkan diri dari 'comfort zone', anda boleh cuba kelainan dengan mempamerkan choral speaking versi Kemerdekaan. Aksi yang menarik serta lengkap berpakaian tradisional, tentu memberi aura lebih kepada pasukan choral speaking ini.
Pengisian input dalam persembahan, haruslah mudah difahami pelajar dan juga dapat menarik perhatian penonton sepanjang 10 atau 15 minit yang dipersembahkan. Unsur-unsur kecindan boleh dimasukkan bagi memecahkan kesunyian dewan.
13. Bicara Berirama
Bicara berirama adalah choral speaking dalam Bahasa Melayu. Konsepnya juga sama seperti choral speaking, bezanya hanya pada bahasa. Seperti juga choral speaking, aksi persembahan Bicara Berirama perlulah mampu untuk menarik perhatian penonton. Pakaian dan ketertiban semasa di atas pentas juga patut diberi perhatian.
Dengan tema merdeka, rasanya banyak perkara yang boleh dimasukkan dalam persembahan ini. Bunyi-bunyi latar dan juga lawak-lawak jenaka yang mudah difahami oleh penonton, mampu menyampaikan mesej merdeka anda dengan lebih baik.
Semoga idea-idea persembahan ini boleh membantu anda dalam menyediakan persembahan bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah anda. Pilihlah yang sesuai dengan budaya sekolah anda. Paling penting, mesej mengenai Kemerdekaan dan semangat patriotik dapat disampaikan dengan baik kepada pelajar. Semoga terhibur! Salam Kemerdekaan!
12 Ulasan
dah lama tak train budak wat flash mob. haha
BalasPadamhe3.. wahseih.. pandai jugak yer berflash mob.. ;)
PadamSejak abes sekolah dh x rasa semangat kemerdekaan. Sambutan pon hambar je
BalasPadamBetul.. saya nih nasib baik dari kecil sampai ke tua pergi sekolah..
PadamAda lah juga feel2 kemerdekaan tu
sek saya sambutan merdeka kecil-kecilan sahaja.
BalasPadamsetakat pertandingan poster... nyanyian lagu beramai2..
janji ada sambutan yang bermakna dah OK
PadamThanks di ats perkongsian idea..
BalasPadamsemoga bermanfaat
BalasPadamsalam cikgu nak tanya, pendapat cikgu kalau buat flashmob untuk student seramai 200++.. nak buat macam mane ye
BalasPadamI could not refrain from commenting. Well written!
BalasPadamรีวิวเกมยิงปลาออนไลน์
Excellent article. Very interesting to read. I really love to read such a nice article. Thanks! keep rocking
BalasPadamเกมสล็อตมาใหม่
It's sound good.
BalasPadamวิธีเดิมพันรูเล็ตให้ได้เงิน