Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita tengok dulu sedikit latar belakang KPLI dan DPLI supaya anda boleh faham situasi.
KPLI adalah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang disediakan bagi pemegang ijazah yang berminat menjadikan perguruan sebagai bidang kerjaya pilihan mereka. Untuk alasan apa, saya rasa tak perlu kita perbincangkan di sini. Namun itu lah tujuan KPLI dilaksanakan, iaitu bagi memberi peluang kepada mereka yang nak jadi cikgu.
Program ini juga sebenarnya dilaksanakan sebab nak mencukupkan bilangan guru yang kurang mencukupi pada ketika itu terutamanya bagi subjek kritikal, seperti subjek Sains dan Bahasa Inggeris. Maknanya KPLI ini adalah lebih kurang macam pusat untuk melahirkan 'guru segera' yang mempunyai kelayakan ijazah.
Namun kebelakangan ini, atas kesedaran lambakan graduan yang menganggur dan tak bekerja, maka bidang perguruan menjadi pilihan utama pelajar dan ibubapa. Dengan alasan, confirm keluar jadi cikgu, dan dah tentu ada kerja dan pendapatan yang stabil. Maka berduyun-duyunlah orang berebut untuk melanjutkan pelajaran ke bidang perguruan.
Untuk menangani isu itu juga, dan bagi menambahbaik kualiti profesional perguruan, maka Maktab Perguruan Sultan Idris juga diupgrade menjadi sebuah universiti pendidikan di samping universiti lain seperti USM, UNIMAS, UUM dan lain-lain masih menawarkan bidang perguruan mereka masing-masing.
Saban tahun bilangan yang memohon untuk KPLI nih memang boleh tahan. Lepas memohon, perlu menduduki Ujian Bertulis Mtest yang kini juga dikenali sebagai Ujian MEdSi. Ala-ala ujian personaliti nak melihat samada calon mempunyai ciri-ciri dan personaliti seorang guru.
Jika lulus ujian ini, maka anda akan dipanggil untuk sesi temuduga yang juga mencabar. Tak semua orang terpilih. Paling kesian, kaum perempuan yang terpaksa bersaing sengit. Yang lelaki masih ok, sebab keperluan ke atas pengambilan guru lelaki bagi mengimbangi bilangan guru perempuan yang sedia ada di sekolah. Maka ramai jugaklah yang frust menonggeng kerana tak berjaya dipanggil temuduga atau tak lepas temuduga.
Kemudiannya, trend pengambilan mula berubah dari masa ke semasa. Dalam 4 5 tahun kebelakang nih, iklan KPLI masih dibuka, namun hanya menetapkan keperluan kepada beberapa subjek kritikal sahaja, seperti Bahasa Inggeris, Geografi, KHB, Sejarah dan 2 3 subjek lagi. Tiada lagi untuk Sains, memandangkan guru Sains sekarang ini pun sudah berlebihan. Maka peluang memohon jauh lebih mencabar!
Pada tahun 2007 pula, KPLI dibahagi kepada 2, iaitu KPLI yang dilaksanakan di IPGM (Maktab) bagi keperluan untuk guru di sekolah rendah dan DPLI (Diploma Perguruan Lepasan Ijazah) yang dilaksanakan di universiti bagi keperluan untuk guru di sekolah menengah. Subjek yang ditawarkan juga masih kekal hanya subjek kritikal. Maka peluang jadi semakin mengecil.
Untuk tahun 2014 ini, sehingga pada bulan Ogos ini, belum ada apa-apa berita atau iklan mengenai KPLI atau DPLI lagi. Dengan lambakan graduan pendidikan yang sehingga kini belum dipostingkan, maka harapan semakin pudar.
Daripada makluman seorang rakan yang baru saja dipostingkan, terdapat hampir 1500 orang lagi graduan pendidikan yang diletakkan sebagai 'Calon Simpanan' walaupun berjaya dipanggil temuduga baru-baru ini. Ini belum ditambah dengan mereka yang belum dipanggil temuduga.
Maka tak hairan lah UPSI, universiti pendidikan sendiri pun sekarang ini menawarkan kursus 'open market' yang tidak menjanjikan lagi sebarang penempatan kepada graduannya! Kalau ada, akan dipanggil. Kalau tak ada, pandai-pandai lah cari kerja sendiri.
Maka atas dasar ini dan mengambil kira tempoh masa yang hanya tinggal 4 bulan lagi di tahun 2014, saya rasa berkemungkinan besar KPLI dan DPLI sudah tidak akan ditawarkan lagi untuk tahun ini. Dan lebih parah, tak mustahil juga tidak akan ditawarkan lagi buat selama-lamanya.
Masih boleh berharap, tapi sebaiknya anda usahakan sesuatu yang lebih memberi peluang besar di masa depan. Jika ada iklan, inshaAllah saya akan kongsikan di blog ini. Yang masih berminat nak menjadi guru atau pendidik, mungkin boleh sambung ke pengajian Master, dan memohon sebagai pensyarah.
55 Ulasan
Hmm agak susah dah sekarang ni kalau kpli tu..
BalasPadamTapi agak2 cikgu, masih ada lagi tak tawaran untuk cikgu ICT??
Pernah dapat tawaran pendidikan dulu, tapi tak lepas temuduga pulak..
Dapat tawaran Sc Comp(Software Engineering).. Teruskan je, tapi dihati masih lagi melekat nak jadi cikgu.. Kalau ada tawaran cikgu ICT, nak juga pohon nanti..
Assalamualaikum. Saya jatuh hati dgn bidang pendidikan lepas saya bkerja selama hampir 2 tahun di sebuah sekolah agama swasta di jitra. Banyak kali jugak hadir interview utk jadi guru (kpli/Mara) tp xlepas. Sampai hari ni,saya ok jer dan redha. Bukan rezeki di situ.
BalasPadamKalau dah betul2 minat, blh jadi Cikgu tuisyen/ home tutor/ mengajar di sekolah2 swasta/kolej swasta. Bezanya mungkin pada gaji je la. Tapi kisah apa kalau dah minat.. ;)
bagus.. tu baru betul
Padamdi sekolah swasta mn
Padamdi sekolah swasta mnn liza
PadamCikgu Hailmi, saya nak kongsi kat Facebook ye.
BalasPadamsilakan... ;)
PadamAssalamualaikum Cikgu..
BalasPadamSaya berminat dengan KPLI ini..
Masih wujudkah lagi sekarang?
Saya pelajar degree, dan berhasrat untuk menyambung KPLI ambil pendidikan.
Mohon pencerahan daripada cikgu.Terima Kasih
Jemput singgah ke blog saya
http://secebiscoretanqalbi.blogspot.com/
Pensyarah kini memerlukan minimum PhD. Yang ada PhD pun blum tentu dapat kerja, Yang ingin menjadi guru lepasan ijazah mungkin boleh mencuba mencari rezeki di negara-negara asing. Mereka juga ada program seperti KPLI.
BalasPadamLagi satu cara untuk menjadi guru ialah melalui Teach For Malaysia (TFM). Felo TFM akan ditempatkan di sekolah berkeperluan tinggi selama 2 tahun dan perlu belajar part time dalam tempoh 2 tahun tersebut untuk PGDE (setaraf DPLI). Selepas 2 tahun, felo boleh memohon untuk menjadi guru tetap sekiranya layak.
BalasPadamSaya sudah baca sepintas lalu ttg TFM. secara ringkasnya, TFM tidak ada kaitan dgn badan kerajaan, guru tetap yang dimaksudkan bukanlah guru kerajaan tetapi mungkin adalah guru di sekolah swasta. tetapi sekiranya anda tidak kisah dgn perkara tersebut, sbb cita2 mmg nk jadi cikgu, dan tiada tempat utk menjadi cikgu kerajaan, inilah tempatnya...
PadamNice sharing
BalasPadamSelain cikgu KPM, cikgu MARA, cikgu ganti KGSK, cikgu Kafa, cikgu tuisyen dan sebagainya, boleh juga untuk cuba memohon menjadi cikgu di sekolah swasta ataupun sekolah International...
BalasPadamInsha Allah rezeki Allah sangat luas
#calonsimpananmahuposting
alahai.sedihnya.... mcm dah kecewa dah hati ini pabila mendengar hujahan daripada Cikgu Hailmi.... alangkah kecewanya saya pabila timbulnya kesedaran untuk menjadi cikgu terlewat 5 tahun..! sungguh kecewa... saya telah melaui pelbagai pekerjaan dan jawatan sepanjang 11 tahun sy bekerja... dari bidang pengurusan, akademik, pentadbiran, penyelidikan, dan pensyarah, semuanya penuh pancaroba dan adakalanya terfikir ádakah ini yg aku cari dalam kehidupan?... jawapannya adalah tidak...' setelah membuat beberapa kajian sndiri, dirasakan profesion guru adalah penuh bersederhana (wasatiyah)... tapi apakan daya, berdasarkan kepada maklumat instinct drp Cikgu Hailmi, harapan utk menjadi cikgu kerajan sepenuh masa dan berjawatan tetap adalah semakin menepi... sungguh kecewa dan patah harapan.. hah...
BalasPadamsaya mohon maaf banyak ler jika post saya nih mengecewakan saudara/i.. ini sekadar pendapat saya berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan saya yang terhad nih.
Padamteruskan berdoa.. mana tahu rezeki yang sebagaimana ditetapkan Allah untuk kita.. :)
assalamualaikum cikgu hailmi.
BalasPadamkata-kata akhir ckgu tntg pengajian master,alhamdulillah skrg saya sudah menyahut panggilan utk menyambung master.master pendidikan teknik dan vokasional.setahun setengah.harapnya lepas study nie,dpt apply intebiu spp utk jdi lect poli atau kolej kmuniti wlpn persaingan terlalu sengit dgn graduan drpd kos yang bukan pendidikan..tolong doakan saya :) strive to get mardhatillah and better future..insyaAllah..
Waalaikumsalam.. InshaAllah.. cikgu doakan yang terbaik buat adik Nur Insyirah Humaira.. ;)
PadamAssalammualaikum,cikgu hilmi,sy pemegang diploma pend. awl kanak2....skrg tgh brtugas d taska permata perpaduan...& tgh mlnjutkn pljaran ke ijazah sarjana muda pend. awal knk2 secara pjj di universiti terbuka malaysia...apakah lgkah seterusnya jika sy sdah grade?sbb setahu saya permata negara skrg diletakkan di bawah kpm...adakah sy prlu mnggu kpli/ ada laluan lain utk sy?tujuan sy bralih ke pusat ank permata negara d bwh kpm krn jwtan sy skrg berstatus kontrak...terima kasih krn sudi membantu... :)
BalasPadamKPlI DAH TAK DE . BEGITU JUGA DPLI BAGI LEPASAN SPM. SEKARANG INI KERAJAAN MENAWARKAN PENDIDIKAN PERGURUAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG SPM. SELEBIHNYA BARULAH MEMOHON. TETAPI KADANG KADANG ADA KEPERLUAN UNTUK GURU KAFA, SABK DAN GURU MARA SERTA AGENSI KERAJAAN LAIN.
BalasPadamADA REZEKI JADILAH GURU YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN KREATIF SEPERTI CIKGU HAILIMI
Terima kasih saudara/i.. sekadar menjalankan tugas sebagai seorang pendidik
Padamok thanks
BalasPadamAssalamualaikum Cikgu.
BalasPadamSaya setuju dengan kata "lambakan" guru,
Salah seorang sepupu saya yg mengambil TESL juga menunggu agak lama untuk mendapat penempatan sekolah.
Saya bangga dengan dia sebab dia tidak goyang kaki sahaja di rumah. Malah mengambil inisiatif dengan memohon jawatan di pusat-pusat pendidikan awal Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak.
Salam Ila.. bagus juga usaha sepupu Ila tu.. sekurang2 nya dapat timba pengalaman sebelum dipanggil berkhidmat untuk negara
PadamLama tak dengar cerita KPLI dan DPLI.
BalasPadamSalam ckgu,sy ada diploma tesl dr unisza..dan skrg telah tamat ijazah sarjana muda english language n literature studies dr usm..menunggu masa konvo April ini. Saya kecewa apabila KPM mengatakan kos diploma dulu perlu di bwh unjuran kpm, dan perlu dptkn kpastian ttg kos tesl dr hepa unisza..tapi setelah bertanya,saya dapati jawapan bhgian pgurusan unisza spt tidak faham dan tidak tahu apa2 mengenai kos tesl yg kami ambl selama 3 tahun di sana..saya tak faham knapa perkara ni blh blaku sdgkn sy dah pastikan dulu kami di bawah track yg btl..mgkn ckgu ada pndgn atau pgalaman bkenaan mslh ni?mtk email sy klu xkeberatan..trima ksh
BalasPadamputryqlate@yahoo.com
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh cikgu..
BalasPadamsaya juga amat berminat untuk menjadi seorang pendidik. dulu pernah dapat temuduga KPLI subjek Bahasa Inggeris tapi tiada rezeki kerana konvokesyen saya adalah pada bulan Oktober sedangkan pengambilan adalah untuk bulan Jun dan lebih menyedihkan, tahun tersebut merupakan tahun terakhir adanya pengambilan KPLI. Selepas itu, saya menunggu sekiranya masih ada pengambilan untuk tahun seterusnya namun sehingga kini, tidak ada lagi pengambilan KPLI. Saya kini sedang berkhidmat dengan kerajaan namun jauh di sudut hati, semangat masih berkobar-kobar untuk menjadi seorang pendidik. Permohonan jawatan guru MARA juga tidak lepas.Walau bagaimanapun, saya akan tetap menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan berdedikasi dalam kerjaya saya sekarang kerana walau apapun pekerjaan yang kita lakukan, itu merupakan satu amanah dari tuhan yang harus kita hargai dan tidak dipersiakan. Allah sentiasa tahu yang terbaik untuk kita. Sekiranya kita tidak dapat menjadi seperti yang kita impikan, maka carilah peluang lain kerana Allah mungkin tidak mengizinkan kita untuk berada di tempat yang kita impikan kerana Dia ada rancangan yang lebih baik untuk kita. Oleh yang demikian, kita harus berusaha demi membina sebuah kehidupan bak kaka pepatah dalam Bahasa Dusun, "Oyopos-yopos tatad, Oyopos noh kabang".
Waalaikumsalam .
PadamTerharu saya dengar luahan hati saudara/i mengenai semangat nak menjadi seorang guru. Betapa ramai lagi insan di luar sana yang sangat meminati bidang perguruan. Kadang2 terkilan dengan sikap sebahagian mereka yang berpeluang menjadi guru, tetapi tidak menggunakan peluang dengan sebaiknya.
Inshaallah perancangan Allah tu Maha Hebat. Ada yang lebih baik menanti untuk saudara/i dengan laluan seperti yang dirancangkanNya.
Tahniah.. semoga jadi inspirasi untuk mereka yang di luar sana.. ;)
assalamualaikum..sekarang saya tgh mengikuti kursus Dpli jun 2014 dan akan tamat pada dec 2015. insyaAllah mungkin perancangan Allah untuk saudara/saudari lebih baik..
BalasPadamSalam cikgu hailmi..kalau subjek b.arab sek men..peluang utk posting okay x ?
BalasPadamTahun ni pun xde ditawarkan ke?
BalasPadamskg mereka telah mansuhkan kpli dan dpli, tetapi apabila terkena pada anak2 atau generasi mereka yg berharap dgn kpli dan dpli, mereka pasti akan menyesal jua dgn setiap transformasi yg mereka lakukan yg menyebabkan ramai yg menganggur,,
BalasPadamAssalamualaikum, saya ingin bertanya bagaimanakah kita hendak memohon menjadi cikgu MARA ? atau politeknik ? atau mana2 badan berkaitan kerajaan ? saya telah pergi ke beberapa laman sesawang tetapi tiada pautan, apapun sekarang saya mengajar di sekolah swasta ( masuk 9 tahun ) ( Subjek yang diajar : BM, Sejarah, Pendidikan moral ) , cuma klu kat sekolah swasta nie semacam x terjamin masa depan :(
BalasPadamSalam... untuk guru MARA biasanya ada iklan akan dikeluarkan.. tapi bergantung kepada keperluan.. last keluar iklan pada hujung tahun 2014..
PadamUntuk tenaga pengajar di politeknik / kolej komuniti / ikbn dan lain-lain rasanya lebih baik rujuk dengan pengurusan mereka.. mungkin ada cara mereka yang tersendiri..
Assalamualaikum segala permohonan MARA, POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI boleh dibuat pada laman sesawang http://www.spp.gov.my/
Padamterima kasih.
Assalamualaikum cikgu, saye lepasan ijazah marine technology dan sgt brminat untuk mnjadi guru di skolah pndidikan khas. Bgaimana cara untuk memohon ye?
BalasPadamSlm sejahtera cikgu..DPLI masih adaa tawaran kah?..sy brkhidmat d salah sebuah sek. Chinese independent school dgn hnya mgunakan permit mgajar..adakah cara utk msk ke jwtn guru ttp Kem. Pddkn Mlysia bdasarkan 4 thn pglmn mgajar
BalasPadamassalamualaikum cikgu..boleh cikgu bagi sedikit pencerahan bagaimana untuk menjadi guru pendidikan khas?saya pemegang ijazah dan bekerja sebagai pengajar OKU penglihatan di sebuah NGO..
BalasPadamsalam. cikgu, nak tanya. jika lepasan graduan ijazah sarjanamuda SAINS, utk sambung master harus ambil PENDIDIKAN ke? dan bagaimana laluan seterusnya utk mnjadi pensyarah? mohon pencerahan dr cikgu.
BalasPadamterima kasih
Untuk menjadi pensyarah, Keutamaan adalah kepada pemegang PhD di utamakan.
BalasPadamKepada mereka2 yang memiliki kelulusan ijazah kelas pertama, boleh membuat permohonan menyambung pengajian peringkat PhD tanpa membuat master.
BalasPadamAssalamualaikum, saya ingin menanyakan sedkit pandangan cikgu. mungkin soalan ini terkeluar dari topik sedikit. saya sedang menjalani diploma tesl, lagi satu sem untuk habis. dikhuatiri lepas diploma, saya tidak mampu untuk menyambung degree tesl. mana tahu, mungkin bidang perguruan ni diluar kemampuan saya. bagi cikgu, kos mana yang terima lepasan diploma tesl? terima kasih
BalasPadamassamualaikum..cikgu blog ini still available and active lagi x.bukan apa saya nak kepastian untuk mengetahui pasl kpli.tadi saya baru je balik dr bsn. sahaja tanya kat puan yang yang duk front desk.saya konon2 nak beli no pin tuk program kpli.dia ckp xkua lagi.kalau kua newspaper pasl kpli, baru mereka jual no pin tu.kemudian saya tanya lagi pemohonan untuk program kpli memang dibuka setiap tahun ke.dia kata iye.so cam mana tu ada lagi ke x...??lagipun saya ada sijil vto untuk mengajar skill school tapi masalah sekarang saya xda skm @sijil kemahiran malaysia.untuk melayakkan saya menanda portfolio pelatih.setakat menjadi tenaga pengajar je sesuai.tetapi kebanyakan pusat bertauliah swasta inginkan sekurang2 skm tahap 3.tapi saya kenalah memgambil ppt tuk dapat skm saya.tetapi sebenarnya saya teringat sangat untuk memasuki program kpli..tolong beri sumber yang benar..tq
BalasPadamSaya baru-baru ini pada awal september 2016 pernah mengadukan hal berkenaan kpli dan dpli kpd kpm dan bhg pengambilan guru. Jawapan yang diberikan agak mengecewakan jugak sebab saya mengharapkan yang positif. Buat ms ni kpli dan dpli tidak dapat dibuka lg buat ms skrg disebabkn jumlah cikgu sekarang dikatakan sudah ramai walaupun sbnrnya ada jugak cikgu yg menyatakan sbnrnya jumlah guru masih lg kekurangan dan berkemungkinn krjn x de peruntukn utk membayar gaji guru.
BalasPadamSaya baru-baru ini pada awal september 2016 pernah mengadukan hal berkenaan kpli dan dpli kpd kpm dan bhg pengambilan guru. Jawapan yang diberikan agak mengecewakan jugak sebab saya mengharapkan yang positif. Buat ms ni kpli dan dpli tidak dapat dibuka lg buat ms skrg disebabkn jumlah cikgu sekarang dikatakan sudah ramai walaupun sbnrnya ada jugak cikgu yg menyatakan sbnrnya jumlah guru masih lg kekurangan dan berkemungkinn krjn x de peruntukn utk membayar gaji guru.
BalasPadamMemang sekarang ni KPLI dan DPLI dibekukan..sejak wujudnya PISMP masalah kekurangan guru dapat diselesaikan, timbul pula isu kelebihan guru di kawasan bandar amnya. Dulu, graduan yang memegang ijazah pendidikan cepat saja dipanggil posting..sekarang ambil masa dah. kekadang kena tunggu setahun dua untuk posting. So guru baru posting, diharap jangan memilih sangat. taknak ke sekolah pedalaman dengan alasan itu ini..banyak lagi mereka yang inginkan profesion ni tapi tak dipilih.
BalasPadamhi..saya lepasan ijazah (bukan dalam pendidkan) dan sekarang bertugas sebagai guru di sekolah swasta..selama bertugas sebagai guru..terdetik hati untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan khas..bagaimana cara untuk saya melanjutkan pelajran dalam bidang tersebut??..apa laluan yang perlu saya ambil??mohon pendapat ya..:)
BalasPadamSaya juga ingin tanya soalan yang sama. Terima kasih :)
Padamuntuk yang ingin menjadi guru pendiikan khas ini per melalui proses yang sama dengan guru guru lain..cuma nye subjek yang diambil itu perlu ade sesuatu yang ebrkaitan dengan pendidikan khas..
Padamseperti ijazah pendidikan khas @ yang selalu orang ambil sekarang ijazah pendidikan awal kanak kanak..
itu adalah antara info yang saya dapat dari guru PK sendiri..
saya seorang PPM didalam bidang PPKI..
Dpli dh dibuka semula 2018.kami 1st bacth dpli open market
BalasPadamDpli di mana, UM ke?
PadamAssalamualaikum Cikgu. Saya pelajar lepasan diploma UiTM. Bolehkah saya mohon DPLI? Dan bagaimana cara memohonnya?
BalasPadamVery best plus Cheapest Jabodetabek Individual Instructions, our own staff along with teachers are available to your house, fixed your own research schedule which enables it to pick out any industry connected with analysis ... visit https://kursus-akuntansi.netlify.app/ for more details
BalasPadamExecutive-Education.id is an exclusive teacher provider site in Jabodetabek that is ready to help parents to find tutors for their children as outlined by their wishes... visit https://kursus-jerman.vercel.app/kursus-bahasa-jerman-makasar.html for more information
BalasPadamCurrently private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With a built-in and accelerated method, it really is hoped who's should be able to foster a generation of people with good morals... click for more detail https://fisika-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-fisika-di-cilandak-temurah.html
BalasPadamIgnite your passion for languages and join our immersive language of choice program at Executive-Education.id. By using a focus on practical communication skills, authentic materials, and real-world scenarios, you'll build fluency and confidence in the preferred language. Take on a whole world of linguistic excellence and begin a trip of personal and professional growth. Click https://kursus-turki.github.io/kursus-bahasa-turki-jakarta-timur.html for latest information.
BalasPadam