Lebih mengejutkan juga, dalam kenyataan akhbar tersebut, dikatakan ianya dipercayai dilakukan oleh segelintir guru sekolah rendah di negara ini. Sumber
Dalam kenyataan Presidennya, Hashim Adnan, tindakan itu adalah melanggar etika profesion perguruan, malah lebih buruk mengikis perasaan hormat terhadap guru, apabila tindakannya diketahui murid yang menjadi 'mangsa' guru terbabit.
Antara jawapan murid yang menjadi viral di laman sosial |
Dalam hal cikgu sekolah rendah atau cikgu sekolah menengah, yang itu saya kurang bersetuju dengan apa yang dikatakan. Bagi saya, sama saja. Cikgu sekolah rendah pun ada yang buat. Cikgu sekolah menengah pun ada yang buat.
Tapi dalam hal mengaibkan murid, yang ini saya agak bersetuju dengan pendapat Presiden NUTP. Walaupun tujuan asalnya mungkin adalah untuk bergurau, namun kadang-kadang gurauan kita mungkin tak kena gaya, tak kena tempat.
Saya ambik contoh kes adik Syafiqah yang viral kerana "Buku ke Belacan?".
Memang pada mulanya, kita sangat 'terhibur' melihat keletah adik Syafiqah yang dengan selamba dan bersahaja memberi jawapan terhadap persoalan cikgunya. Kita ketawa atas kelucuannya. Namun apa yang berlaku selepas itu cukup mengejutkan.
Buku ke Belacan? |
Daripada sebaran yang satu lagi pula mendakwa, adik Syafiqah menjadi trauma akibat mula diejek oleh rakan-rakan di sekolah. Trauma ini sehinggakan adik Syafiqah malu untuk keluar rumah bersama kawan-kawannya. Sumber
Adakah ini yang kita mahukan?
Saya yakin, niat guru berkenaan bukanlah untuk memalukan adik Syafiqah nih. Tetapi untuk berkongsi kelucuan dengan orang lain. Tapi apa yang berlaku adalah kesan di luar kawalan kita. Maka bukan kah lebih baik kita mengelak daripada terpaksa 'merawat luka parah' itu?
Dalam kes adik Syafiqah ini, ternyata terang-terangan adik ini DIBULI SECARA SIBER! Dan seperti anda sedia maklum, lebih ramai lagi sebelum ini yang menjadi mangsa buli siber tanpa kita sedar, dan rupanya kita juga mungkin termasuk dalam salah seorang kaki buli tersebut!
Takrifan National Crime Prevention Council siber-buli adalah "apabila Internet, telefon bimbit atau alat lain yang digunakan untuk mengirim teks atau imej diniatkan untuk mencedera atau memalukan orang lain. Sumber
Di zaman ICT ini, di mana semua orang mahu berkongsi sebahagian daripada diri mereka di mana-mana saja, salah guna media boleh berlaku dengan mudah. Maka, bersama-sama lah kita menjaga etika dan tatatertib semasa melayari internet dan juga meluangkan masa di laman sosial.
Niat kita mungkin bagus. Mungkin bagi tujuan bersahaja. Berkongsi jenaka dengan rakan-rakan. Namun, kadang-kadang tindakan tanpa kawal sebegitu juga dapat memberi kesan buruk kepada kita, atau pun orang lain.
Seperti mana di dunia sebenar, maka jagalah juga adab apabila berada di dunia maya. Salah langkah berkomunikasi di dunia maya, boleh mengundang bencana di dunia sebenar. Maka, silalah KLIK DENGAN BIJAK!
22 Ulasan
setuju dengan entry ini... cikgu oh cikgu.. gunakanlah kemajuan siber dengan bijak..
BalasPadamBetul tu. Niat mereka saje nak buat lawak tp kadang2 mengaibkan pelajar tu sendiri.
BalasPadamJemput singgah : Daftar Semester Baru
setuju.
BalasPadamkekadang..lawak tak bertempat.
Setuju.mula2 tgk video adik syafiqah tu pun AA rasa cikgu yg amek dan sebarkan video ni tak beretika.buka aib anak murid sndr.
BalasPadamsaya sangat setuju,, gunakanlah kemajuan siber dengan bijaksana..
BalasPadamItulah masalahnya apabila segala perbuatan dan pekerjaan kita sekadar loncatan untuk mencari makan. Guru cari makan, ustaz cari makan, ulama cari makan..
BalasPadamOkay. As much as I like to read their funny answers, I still think its inappropriate for the teachers to sebarkan benda ni. Ia seolah2 membuka aib pelajar dan kalau saya sebagai ibubapa pelajar tu akan merasa terkesan terhadap penyebaran tu. Adakah saya yang terlebih fikir skrg hmm
BalasPadamharus tegas untuk tak sebar jawaban murid lah
BalasPadamUntuk yang bingung liburan mau kemana, mari wisata ke Karimunjawa. Info paket wisata :
BalasPadamhttp://karimunjawamenjanganresort.com
gak setuju itu namanya mengajari ketidak jujuran,,
BalasPadamsangat tidak setuju, sekolah mendiidk moral, etika, perilaku, nah ini malah ngajari tidak jujur. bahaya
BalasPadammerusak generasi muda, saya sangat tidak setuju
BalasPadamsangat tidak menyetujui
BalasPadamIa seolah2 membuka aib pelajar dan kalau saya sebagai ibubapa pelajar tu akan merasa terkesan terhadap penyebaran tu.,
BalasPadamharus tegas untuk tak sebar jawaban murid lah
saya sangat m,enolak dengan itu
BalasPadamsemoga di berikan yang terbaik
BalasPadamsangat tidak setuju
BalasPadamsekolah mendiidk moral, etika, perilaku, nah ini malah ngajari tidak jujur. bahaya
BalasPadamartikel yang sanagat menarik,,,
BalasPadamsalam
wisata kawah ijen
artikelnya menarikthank memberi pengetahuan lebih pada saya
BalasPadampaket wisata bromo kawah ijen
Mkasih yah, sudah mau berbagi pengetahuan melalui artikel ini. sukses selalu
BalasPadamartikel yang sanagat menarik,,,
BalasPadamsalam
Mount Bromo Tumpak Sewu Waterfall
Mount Bromo Milky way
Mount Bromo Ijen Tumpak Sewu Waterfall
Mount Bromo Ijen Tour
Ijen Crater Tour
bromo tour Package
Mount Bromo Madakaripura Waterfall Tour
Mount Bromo Milky Way Tour