About Me

20 Idea Cadangan Aktiviti Pasca PT3

Berakhirnya Penilaian Tingkatan 3 PT3 pada minggu lepas, bermakna juga ramai pihak yang berada dalam keadaan blur dan tak tahu apa nak buat. Sukatan pelajaran dah habis. Pelajar malas nak belajar. Lagi teruk dah malas nak ke sekolah. Padahal ada lagi lebih kurang 1 bulan kita masih nak bersekolah untuk tahun ini. Cikgu pula dah mati kutu nak lakukan aktiviti menarik supaya terus mengharapkan pelajar masih ke sekolah.

So, anda ada cadangan aktiviti menarik untuk dibuat selepas PT3?. Jom kita dapatkan idea dan cadangan daripada artikel ini.



01. Buat Tugasan PBS
Saya yakin banyak sekolah yang dah arahkan pdp berlangsung seperti biasa kepada pelajar Tingkatan 3. Dengan beberapa kekangan, dah tentu budak dah tak berselera lagi nak belajar. Saya cadangkan guru-guru pilih Tugasan PBS yang memerlukan pelajar menyiapkan model. 


Selain daripada menyempurnakan tugasan PBS mereka, model yang dah disiapkan itu boleh digunakan sebagai bahan pdp pada masa akan datang. Atau tak pun, sekurang-kurangnya boleh dijadikan sebagai hiasan dalam makmal atau bilik khas.



02. Kem Kerjaya
Ada sekolah yang ambil pendekatan dengan mengajar subjek Tingkatan 4 kepada pelajar Tingkatan 3. Katanya sebagai pendedahan awal untuk menghadapi tahun depan. Mood pelajar juga diambil kira. Agak-agak, bersemangat tak diorang nak belajar lagi selepas dah bertungkus lumus menyiapkan diri untuk PT3 hari tuh?


Pendedahan kepada subjek Tingkatan 4 boleh dilakukan dengan lebih kreatif dan menarik. Apa kata kita jalankan Kem Kerjaya, di mana pihak tertentu memberikan info kepada pelajar mengenai kerjaya pilihan, dan subjek yang diperlukan untuk menuju ke arah tersebut. Boleh buat pameran yang terisi info mengenai subjek elektif yang bakal menentukan arah hala tuju kerjaya pelajar di masa depan. Tentu lebih menarik!



03. Kem Kerohanian
Dalam keadaan zaman sekarang yang penuh cabaran dan dugaan dunia, maka amat wajarlah jika pihak sekolah menganjurkan kem kerohanian bagi para pelajar. Tingkatkan pengetahuan mereka dalam mengerjakan perkara tertentu, seperti Sembelihan, Mandi Wajib, Berwuduk, Solat, Haji dan lain-lain.


Kursus kecil seperti Kursus Tajwid dan Taranum (seni bacaan) pasti memberi input yang banyak kepada pelajar. Bagi yang beragama lain, amalan yang boleh dilakukan adalah mengikut ajaran dan keperluan agama masing-masing.



04. Kem Sukan
Dah kecik kepala belajar sungguh-sungguh masa sebelum peperiksaan, maka dah tentu pelajar nak release tension. Bersukan adalah satu cara release tension yang baik. Di samping menyihatkan tubuh badan, kem sukan seperti ini dapat membantu memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar. Secara tak langsung juga, pihak sekolah telah melaksanakan satu lagi dasar KPM, iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan.


Nak tambah lagi menarik, anjurkan sukan-sukan yang tidak popular dalam kalangan pelajar sekolah kita, seperti Sofbol, Hoki, Ping Pong, Ragbi dan lain-lain. Tak perlu mengikut undang-undang antarabangsa, cukup sekadar undang-undang yang diubahsuai bagi memeriahkan keadaan. Bagi menambah saingan, adakan mengikut kelas. 1 kelas, 1 pasukan. Sekurang-kurangnya, sekolah dah ada bakal pelapis pemain wakil sekolah untuk tahun depan.



05. Melukis Mural
Rasanya aktiviti ini adalah sejak dari zaman berzaman lagi. Namun secara jujur, hiasan mural yang cantik, mampu memberi suasana berbeza kepada sesebuah sekolah. Malah, di sesetengah sekolah, hiasan mural ini dijadikan background setiap kali ada upacara bergambar peringkat sekolah. Punya hebat!


Guru boleh dengan kreatif menganjurkan Pertandingan Mural Tercantik. Bahagikan pelajar mengikut kumpulan atau pun mengikut kelas masing-masing. Semangat berlumba-lumba dalam kalangan kelas boleh mencetuskan hasil yang pasti mengkagumkan. Guru Pendidikan Seni boleh dijadikan sebagai guru penasihat bagi projek kelas ini.



06. Pertandingan Karnival Sains
Setiap tahun, pasti akan dianjurkan Karnival Sains peringkat daerah dan seterusnya peringat negeri. Apa kata guru-guru ambil kesempatan ini dengan melatih pelajar dan membuat pemilihan pelajar yang bakal mewakili sekolah pada tahun akan datang.


Pertandingan seperti Solar Cooking, Solar Car dan Roket Sains boleh merangsang minat pelajar dalam pembelajaran konsep Sains. Aktiviti pun menarik. Sediakan hadiah untuk penyertaan terbaik. Cikgu pula tentu senang hati sebab dah ada wakil sekolah untuk tahun depan. ;)



07. Lawatan Sambil Belajar
Aktiviti melawat dan jalan-jalan nih memang menjadi kesukaan pelajar dan guru-guru. Arahkan peajar supaya membina jawatankuasa rombongan mereka sendiri. Malah biarkan pelajar menyediakan kertas kerja lawatan serta menguruskan keperluan untuk lawatan. Secara tak langsung banyak perkara yang akan dipelajari oleh pelajar ketika menguruskan rombongan tersebut. Guru hanya membimbing mereka melakukan persediaan ke arah tersebut. 


Antara tempat yang boleh dilawat, serta memberikan input positif adalah Zoo, Muzium, Pusat Sains, Jabatan Kimia dan juga Institusi pengajian tinggi yang berdekatan. Jika ada agensi atau apa-apa tempat menarik yang lain berdekatan dengan sekolah, boleh lah juga ke sana. Cuma pastikan lawatan tersebut juga mendatangkan manfaat kepada pelajar.



08. Kite Flying Competition
Idea ini saya dapat dari seorang rakan guru di group Cikgu Sains Kreatif. Bagus jugak idea tersebut dalam menggalakan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif. Dalam masa yang sama, dapat juga dikekalkan warisan lama dulu mengenai seni permainan layang-layang. Budak-budak sekarang main layang-layang di gajet masing-masing saja. Jadi ini masa untuk mereka rasa pengalaman dan nikmat sebenar bermain layang-layang di lapangan.


Pertandingan boleh diolah mengikut kesesuaian. Yang paling cantik. Yang paling tinggi. Anugerah khas seperti Ciri Tradisional juga boleh diadakan. Malah layang-layang tercantik juga boleh digunakan sebagai bahan pameran atau hiasan yang mengkagumkan.



09. Belajar Buat Video
Untuk pelajar di sekolah saya, saya anjurkan Bengkel menghasilkan video kepada pelajar. Ini adalah bagi tujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai bidang penghasilan bahan kreatif di internet. Pembikinan video ini dimulakan dengan pengetahuan asas produksi, penghasilan skrip, penggambaran dan proses suntingan.


Pelajar diberi peluang untuk merasa sendiri pengalaman dan susah payah ketika menghasilkan video. Dalam proses ini juga banyak perkara yang pelajar dapat belajar secara langsung dan tak langsung. Jadikan sesuatu yang ilmiah, dengan menetapkan tema yang berbentuk pendidikan untuk pelajar hasilkan.



10. Tonton Filem
Ini juga aktiviti yang agak menarik. Sudah dipraktiskan juga sejak zaman berzaman. Tetapi kita boleh murnikan dengan merancang terlebih dahulu filem yang nak ditayangkan. Pastikan video yang ditayangkan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi serta ada unsur-unsur pembelajaran.


Cerita kanak-kanak seperti "Lord of the Flies" kisah perjuangan hidup sekumpulan kanak-kanak pengakap di sebuah pulau boleh dijadikan antara filem dalam senarai anda. Kisah mengenai sukan juga boleh menimbulkan rasa semangat dan persahabatan dalam kalangan pelajar. Yang penting, apa pun filemnya, biarlah ada kesan mendalam yang positif kepada pelajar.



11. Buat Enzim Sampah
Bagi sekolah yang mempunyai asrama, projek ini adalah antara projek yang terbaik boleh dilaksanakan. Mudah saja untuk nak hasilkan Enzim sampah. Kita boleh gunakan bahan organik yang mahu dibuang, kemudian dicampur dengan gula perang serta air dalam kuantiti tertentu. Kemudian bahan tadi disimpan dalam bekas yang tertutup sehingga 3 bulan. Hasilnya, terhasillah Enzim Sampah yang banyak sekali kegunaannya.


Enzim Sampah boleh digunakan dalam banyak perkara. Walaupun sedikit berbau, tetapi kesannya sangat menakjubkan. Terutamanya jika digunakan sebagai baja. Suburnya! Selain daripada baja, Enzim Sampah juga boleh digunakan sebagai pencuci. Jika tak berani gunakan di dalam rumah, maka gunakan untuk mencuci kawasan luar rumah seperti longkang dan lantai depan rumah.

Projek ini saya dah cuba dengan pelajar semasa program pasca PMR yang lalu. Memang menakjubkan hasilnya!



12. Buat Taman
Aktiviti yang menarik juga jika dibuat dengan baik. Guru-guru KHB bolehlah menggunakan kelengkapan bengkel untuk membuat taman yang menarik di dalam kawasan sekolah. Jika ada banyak ruang dan tempat, pihak sekolah boleh aturkan supaya dapat diagih-agihkan tenaga kerja yang banyak.


Dengan pemantauan guru, rasanya taman yang dihasilkan dapat menjadi lokasi baru untuk pelajar melepaskan masa senggang mereka. Sejuk mata memandang.



13. Keceriaan Bilik Khas
Bagi guru-guru yang memegang bilik khas seperti Perpustakaan, Makmal Komputer, Makmal Sains, Pusat Sumber dan bilik-bilik lain, anda bolehlah 'bekerjasama' dengan pelajar-pelajar Tingkatan 3. Minta pertolongan pelajar untuk membantu bersama-sama mencantikkan lagi bilik-bilik tertentu.


Dalam keadaan tertentu, ada kala nya hasil pelajar adalah jauh lebih menarik dan unik berbanding hasil guru. Maka dapatlah kiranya jika bakat dan kemahiran pelajar ini digunakan dengan sebaiknya dalam membantu sekolah ke arah yang lebih baik.



14. Khidmat Masyarakat
Ini satu lagi aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar dalam memberi lebih penghayatan kepada nilai-nilai murni dalam hidup. Iaitu khidmat masyarakat. Dalam keadaan ramai pelajar sekarang yang banyak bersosial di Facebook dan Twitter, aktiviti seperti ini dapat memberi nilai tambah kepada para pelajar dalam membina kemahiran berkomunikasi.


Jika mereka ini dilentur dan dibiasakan dengan aktiviti khidmat masyarakat sebegini, mudah-mudahan kita dapat hasilkan generasi akan datang yang lebih cakna dan lebih penyayang. Bawalah mereka beramal di Rumah Orang Tua, membantu bergotong royong di sekolah dan membersihkan kawasan perkuburan. InshaAllah akan menyentuh sedikit jiwa mereka.



15. Membaiki Peralatan Sekolah
Saya yakin banyak sekolah yang berdepan dengan masalah yang membabitkan kerosakan. Apakata kumpulkan pelajar-pelajar ini dan ajar mereka bertukang dan membaiki kerosakan tersebut. 


Kerosakan seperti paip bocor, kerusi dan meja yang patah, pintu bilik air tercabut juga berlaku disebabkan pelajar sendiri. Maka sekolah boleh latih pelajar membaiki  sendiri kerosakan tersebut. Secara tak langsung dapat memberi rasa tanggungjawab kepada pelajar untuk menjaga harta sekolah.



16. Urus Buku Teks
Buku Teks merupakan antara bahan belajar yang agak penting bagi sekolah dan murid. Segala sukatan pelajaran semuanya terkandung dalam buku teks. Menguruskan buku teks juga bukan perkara yang senang. Dari segi jumlahnya, keperluannya dan kegunaanya, menguruskan buku teks juga meletihkan minda guru dan mereka yang terlibat.


Libatkan pelajar dalam menguruskan buku teks. Sebagai contoh, merekodkan buku teks, membaiki mutu dan kualiti buku teks yang rosak, menyusun di Bilik buku teks dan kerja lain. Diharapkan agar pelajar akan lebih sayang buku teks jika mereka tahu betapa susahnya nak menguruskan buku teks di sekolah!



17. BBQ
Bab makan confirm semua orang suka. Aktiviti BBQ ini boleh diadakan bagi meraikan guru dan pelajar yang telah bertungkus lumus menyiapkan diri untuk PT3. Jamuan ini adalah lebih kepada usaha merapatkan hubungan guru dan pelajar. Sekurang-kurangnya ada masa bersama untuk perkara yang kurang serius di luar bilik darjah.




18. Sukaneka
Aktiviti sukaneka juga dapat memberi kesan keseronokan kepada pelajar. Dalam usaha nak merilekskan minda pelajar dan guru, aktiviti sebegini sudah tentu dapat nak menghiburkan keduanya. 


Tak perlu jalankan sukaneka tahap susah. Yang mudah seperti pecahkan belon, kerusi muzik, kotak beracun dan aktiviti lain yang senang dilakukan, sebenarnya lebih memberi kesan santai kepada guru dan pelajar. Sediakan sedikit hadiah saguhati bagi kumpulan atau individu yang bersungguh-sungguh menyertai sebagai ganjaran.



19. Kem Kesenian
Bagi sesetengah sekolah yang subur nilai-nilai keseniannya, kem sebegini best juga jika diadakan. Kem kesenian memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba pelbagai bentuk kesenian, seperti tarian, lakonan, nyanyian dan juga main alat muzik.


Kem sebegini sebenarnya dapat mendedahkan pelajar kepada kepelbagaian budaya dan kesenian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa. Manalah tahu juga dengan kem sebegini dapat melahirkan bakat-bakat baru yang boleh membanggakan sekolah suatu hari nanti. Cuba juga dapatkan kesenian rare yang jarang-jarang sekali kita tonton. Pasti pelajar lebih teruja!



20. Persembahan Akhir Tahun
Seperti biasa, buat sesetengah sekolah yang selalu menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada penghujung semester, pihak sekolah boleh memohon agar pelajar bersedia untuk melakukan persembahan semasa majlis nanti. Di samping tidak mengganggu pelajar lain membuat persiapan, pelajar Tingkatan 3 ini juga boleh mencuba bidang baru.




Semoga perkongsian saya mengenai idea dan cadangan aktiviti pasca PT3 ini dapat memberi sedikit idea kepada rakan guru dan pelajar di luar sana agar dapat memanfaatkan sesi persekolahan dengan lebih bermanfaat dan berguna. 




Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. macam-macam kativiti boleh buat sebenarnya. Bergantung kepada guru untuk menggerakkannya.

    BalasPadam
  2. tak terfikir ke nak bagi cadangan bagi kepercayaan kepada murid berusia 15 tahun itu untuk mengendalikan jualan amal yg diadakah disekolah itu sendiri ..... baju-baju lama, kasut, tudung, barang-barang sukan, buku-buku latihan yg ada di rumah yg tidak di perlukan boleh dijadikan bahan untuk dijual ????.............

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini sekadar 20 idea cadangan... banyak lagi kalau nak dicadangkan yang boleh dibuat oleh anak2 tu.. boleh cecah beribu cadangan nya.. apapun terima kasih buat Hasmania atas cadangan bernas

      Padam
  3. Tahniah dapat Anugerah masa Seminar PLC di UCTS. Walau tak sempat melihat pembentangan, tapi dapat juga melihat cikgu terima anugerah di Teater C.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih anova.. semoga perkongsian hari tu ada manfaat nya kepada rakan guru di Sarawak.. ;)

      Padam
  4. Sekolah saya buat karnival usahawan muda. Kantin tutup. Budak2 buat jualan makanan. Idea pengetua. Koop uruskan. Guru kelas pantau.

    BalasPadam
  5. macam2 kreativity yg baik buat anak cucu kita... terima kasih Cikgu...
    visit: Printable Coloring Pages or Free Coloring Pages or Bathroom Design Ideas

    BalasPadam
  6. terima kasih cikgu... insyaAllah utk masa akan dtg boleh tambah ikut cdgn cikgu. dua tahun ni kami buat lawatan, masterchef, sukaneka, explorace, vle frog, melukis mural, tayangan video, kraftangan. alhamdulillah dpt kerjasama guru2 dan pelajar yg terlibat nampak seronok. moga bermanfaat buat mereka.

    BalasPadam
  7. Cadangan2 idea ni amat berguna kpd guru2. Jika dilaksanakan dgn rapi pasti kehadiran pelajar tidak akan berkurangan.

    BalasPadam
  8. Hey This is Penny Davila the manager of Xinxiang Kerui Heavy Machinery Science and Technology. We are the provider of Crawler Cranes for sale with high quality satisfaction. Our employee doing the quality work for given the best product.

    BalasPadam
  9. It’s an amazing blog post, and it is really helpful as well.

    BalasPadam
  10. Wow this blog is Awesome thanks for sharing us.

    BalasPadam
  11. Thanks for spreading this knowledge to us. I also write some words about stages of event planning must visit my page.

    BalasPadam