About Me

Kursus Modul Sofbol 1M1S Peringkat Sibu 2014

Setelah hampir setahun berkursus sebagai Jurulatih Utama Modul Sofbol 1 Murid 1 Sukan, maka minggu lepas saya berpeluang untuk mengadakan Kursus On Site bagi Modul Sofbol 1 Murid 1 Sukan bagi Daerah Sibu. Kursus ini melibatkan semua guru dari semua sekolah rendah dan menengah yang berada dalam PPD Sibu. 

Kursus Modul Sofbol 1M1S Peringkat Sibu 2014


Selain daripada saya, Cikgu Khatinah Awit juga merupakan Jurulatih Utama bagi Modul Sofbol 1M1S ini. Bagi memudahkan urusan pelaksanaan di peringkat Sibu, kami juga melibatkan beberapa rakan sofbol yang lain, seperti Cikgu Achmed Ckhalifh dari SMK Bukit Lima, Cikgu Joshua Tingom dari Kolej Vokasional Sibu dan Cikgu Peter Coelho dari SMK Chung Hua.


Venue yang dipilih adalah padang sekolah SMK Bukit Assek memandangkan lokasinya yang strategik. Tambahan pula, padang sekolah tersebut memang merupakan venue utama penganjuran Kejohanan Sofbol MSS Sibu sejak daripada tahun 2011 lagi.




Sesi dimulakan dengan Pengenalan kepada Dasar 1 Murid 1 Sukan dan Tatacara Penubuhan Kelab oleh Cikgu Khatinah Awit. Penekanan kepada memperkenalkan sukan sofbol kepada guru dan murid dengan harapan boleh dicuba oleh pelajar lain. Bagi yang berminat dengan sukan sofbol ini, maka bolehlah untuk mereka meneroka dan menambahkan lagi ilmu sofbol mereka selepas ini.



Kursus Modul Sofbol 1M1S Peringkat Sibu 2014


Sesi kedua adalah sesi Pengenalan Kepada Sukan Sofbol oleh saya sendiri. Bagi bahagian saya ini, saya sediakan sendiri slaid versi saya. Ini adalah penting, sebab tak semua orang tahu pasal sukan sofbol. Maka slaid pertama saya adalah menceritakan dulu sedikit perbezaan antara sukan sofbol, besbol dan rounders. Kiranya macam set induksi ler untuk rakan guru sekelian.


Kursus Modul Sofbol 1M1S Peringkat Sibu 2014


Kemudian rakan guru diperkenalkan lagi dengan sedikit sejarah ringkas Sofbol di Bumi Malaysia dan juga Sofbol di Sibu. Saya teruskan lagi dengan memperkenalkan pakaian sofbol, peralatan yang diperlukan dan juga kemahiran asas yang diperlukan kalau nak main sofbol. Diamond dan sedikit peraturan diperkenalkan kepada rakan guru. 

Tapi disebabkan undang-undang sofbol yang agak complicated, maka pening seketika rakan guru yang baru nak berjinak-jinak dengan sofbol. Maka berhenti seketika untuk rehat pada waktu tengahari sebelum semua kembali ke padang untuk Sesi 3 dan 4.



Sesi sebelah petang dimulakan dengan Sesi Kemahiran Asas. Kami bahagikan kepada 3 kumpulan dengan 1 kumpulan akan berada pada 1 stesyen. Stesyen pertama dijaga oleh Cikgu Joshua Tingom yang memberi tunjuk ajar mengenai kemahiran membaling dan menangkap.

Kursus Modul Sofbol 1M1S Peringkat Sibu 2014


Stesyen kedua pula dijaga oleh Cikgu Achmed Ckhalifh dan juga Cikgu Khatinah Awit. Di stesyen ini para peserta diajar kemahiran asas memukul. Rasanya ramai betul rakan guru yang sangat teruja bila ada peluang mencuba menggunakan kayu pemukul 'besbol' ini. Dari jauh dapat dengar suara mereka menjerit setiap kali bola berjaya dipukul jauh. Bagus! Misi memperkenalkan sofbol tercapai!


Kursus Modul Sofbol 1M1S Peringkat Sibu 2014


Stesyen ketiga pula dijaga oleh saya sendiri. Di sini peserta diajar kemahiran asas pitching. Antara kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pemain dan juga jurulatih. Disebabkan kemahiran ini adalah sangat penting, maka saya ajarkan juga ansur maju yang boleh dilakukan oleh rakan guru ketika melatih pemain mereka. Nampak juga beberapa orang guru yang berbakat secara semulajadi untuk menjadi seorang pitcher.. He3..

Selesai semua stesyen, maka kami adakan sesi ke-4 iaitu Mini Sofbol. Bila dah semua pakat pandai nak membaling, menyambut, memukul dan pitching, maka bersungguh lah mereka nak mencuba permainan ini. 

Maka kami ubahsuai sedikit permainan dan peraturan bagi memudahkan rakan guru merasai pengalaman bermain sofbol. Kali ini Cikgu Peter Coelho bertindak sebagai umpire, manakala kami guru jurulatih yang lain, masuk ke padang bagi membantu pemain sambil memberi panduan kepada mereka.


Kursus Modul Sofbol 1M1S Peringkat Sibu 2014


Tak lama masa yang diambil oleh rakan guru lain untuk mempelajari sukan ini. Masuk inning ke dua, semua dah mula pandai dan tahu ke mana nak baling bola. Maka makin meriahlah suasana di dalam padang. 

Masuk 3 inning, maka kami hentikan permainan. Sesi penutupan berlangsung di kantin sekolah. Kehadiran Cikgu William Anut, Ketua Unit Sukan PPD Sibu semasa penutupan juga membuktikan kursus ini adalah perkara serius. Kami juga mendapatkan maklumat beberapa orang guru yang nampaknya seperti berminat untuk menyertai sukan ini dengan lebih lanjut.


Kursus Modul Sofbol 1M1S Peringkat Sibu 2014


Secara keseluruhannya, saya rasakan program ini sangat lah bagus dalam memperkenalkan sukan sofbol kepada rakan guru. Dengan harapan, rakan guru pula dapat menyampaikan kepada pelajar. Sekurang-kurangnya, pelajar mempunyai lebih banyak pilihan sukan untuk dipilih dan diceburi. 


Peserta Kursus Modul Sofbol 1M1S Peringkat Sibu 2014


Maklumbalas dari rakan guru mengenai pengalaman mereka mengikuti kursus sofbol ini juga adalah sangat positif. Maka saya harapkan lebih banyak sekolah yang akan tampil selepas ini memeriahkan lagi dunia sofbol di daerah Sibu selepas ini. So kepada semua, Selamat Bersofbol!



Catat Ulasan

1 Ulasan