About Me

Bacaan Doa Sempena Menghadapi Peperiksaan

Bacaan doa pada awal majlis, merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan dalam setiap acara atau majlis rasmi sekolah. Sebagai contohnya, bacaan doa bersempena dengan menghadapi peperiksaan di sekolah. Tak lengkap rasanya, jika sesuatu majlis itu diadakan dengan tanpa iringan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan kepada semua yang terlibat dan juga menjamin kelancaran majlis tersebut.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

Berikut adalah contoh bagi bacaan doa yang dicadangkan sempena menghadapi peperiksaan di sekolah.



DOA SEMPENA

MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi  ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.

Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


DOA SEMPENA

MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (2)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,  وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya

Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,

Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya

Ya Allah Ya Ghaffar ,

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ



Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
01. Sempena Majlis Perhimpunan
02. Sempena Menghadapi Peperiksaan
03. Sempena Mesyuarat
04. Sempena Mesyuarat PIBG
05. Sempena Hari Guru
06. Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
07. Sempena Majlis Solat Hajat
08. Sempena Hari Sukan
09. Sempena Hari Karnival / Kantin
10. Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
11. Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
12. Sempena Pelantikan Pengawas
13. Sempena Majlis Penutup Bengkel /  Seminar / Kursus


Semoga dengan bacaan doa yang dimulakan pada awal majlis ini, mampu melindungi dan memberkati lagi majlis yang berlangsung. Hanya kepada Nya kita berserah, dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan memohon pertolongan.. Amin!


Sumber : http://dakwahkl.blogspot.com/p/doa-majlis-rasmi.html

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. boleh tak encik letak rumi dia sekali dalam doa peperiksaan

    BalasPadam