About Me

Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?

Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke 21 adalah mengajarkan pelajar teknik untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini walaupun sebenarnya sudah lama wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom, tetapi barulah kini semakin giat dipromosikan sebagai kemahiran berfikir yang juga boleh diajar kepada semua aras pelajar, tanpa perlu lagi melalui KBAR, iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah. 


Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?
Strategi mengajar pelajar berfikir secara KBAT

Jom kita tengok beberapa cara dan strategi yang boleh digunakan oleh rakan guru bagi menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.



1. Tingkatkan Soalan Aras Tinggi
Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa memberikan soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran seseorang pelajar itu. 

Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antara ciri-ciri Soalan KBAT adalah soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan juga Penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah antara beberapa kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka perbanyakkan lah soalan-soalan yang sebegitu. 



2. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian Masalah
Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru boleh lah memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam situasi baru yang diberi, pelajar perlu lah menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut.


Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?
Aktiviti penyelesaian masalah

Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi membolehkan kita membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan pelbagai pilihan dengan sebanyak mungkin, dan membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor serta kesan akibatnya. 

Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan menyedari apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan penyelesaian, meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian. 



3. Teknik Menyoal
Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, tetapi juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.


Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?
Teknik menyoal yang betul boleh menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT


Tujuan Teknik Penyoalan
- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi
- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain
- Menegaskan kepentingan isi
- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri
- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis
- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar


Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna pemikiran. Ini kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi. 

Di sini juga saya sertakan sedikit Panduan Penyoalan yang betul bagi membantu guru untuk mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar. 


Prinsip Panduan Penyoalan
- Soalah hendaklah dirancang
- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan
- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas
- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid
- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir
- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas



4. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku Teks
Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku teks yang disediakan sudah lama mengandungi aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi. Perhatikan semula kandungan dalam buku teks serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu. 

Maka gunakanlah sebaiknya aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk pelajar yang mahir dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT



5. Pembelajaran Berasaskan Projek
Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL). 

Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam jangka panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data, menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau pun bertulis.


Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?
Pembelajaran berasaskan projek boleh menggalakkan pemikiran KBAT dalam kalangan pelajar

Dengan ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam proses pengajaran yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek. Pelaksanaan STEM juga mampu menjadi pemangkin kepada pembelajaran berasaskan projek.



6. Menggunakan Alat Berfikir
Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkeesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu.


Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?
I Think adalah salah satu alat berfikir yang boleh menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT

Ini adalah antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan dalam berfikir, iaitu:
- Soalan dan penyoalan
- Peta Minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT
- i-Think
- 6 Thinking Hat

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita dan alat pengurusan kognitif. Alat komunikasi yang menggunakan simbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka. Tujuan utama pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.

Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatakn kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan alat ini dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai faktor, menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap suatu tindaka, meneroka kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari pelbagai sudut pandangan.



Semoga dengan perkongsian ini mampu memberikan guru sedikit pencerahan mengenai kaedah dan strategi yang boleh digunapakai dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT dalam kalangan pelajar. Jika rakan guru ada perkongsian yang lain, sila-sila kanlah berkongsi dalam ruangan komen di bawah bagi digunakan oleh rakan guru yang lain juga. Terima kasih!




Catat Ulasan

55 Ulasan

  1. Tuan, kebenaran untuk berkongsi ilmu. Saya gunakan bahan tuan untuk siri LDP guru sains dan matematik. Mohon dihalalkan ilmu untuk didunia dan akhirat.

    Baharudin bin Ruslan
    SMK Bukit Rokan, Gemencheh, NS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan cikgu.. tak ada halangan.. Ilmu Allah ini untuk dikongsi bersama. semoga menjadi ilmu yang bermanfaat..

      Padam
  2. saya setuju dengan cara awak

    BalasPadam
  3. kbat amat la penting untuk semua pelajarbukan sahaja untuk pelajar pt3 ttpi untuk semua pelajar semua........

    BalasPadam
  4. Cikgu Hailmi, terima kasih atas perkongsian cikgu. Saya lebih byk membaca info cikgu. Mohon dihalalkan segala ilmu.
    Btw, sekadar bertanya mungkin cikgu ada info lebih tepat.. Adakah format Sains PT3 thn ini berubah drpd tahun lepas? Saya ada terdengar khabar angin ni. Katanya mungkin bukan lagi 14 soalan dan tiada lagi blok soalan spt tahun lalu. Boleh cikgu share sedikit info?
    Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebab menjadi blog Cikgu Hailmi ini sebagai rujukan.
      Berkenaan pertanyaan format Sains PT3 terkini, tak dapat pula saya nak bagi sebarang kepastian. Itu kita kena tunggu maklumat daripada pihak LPM. Jika ada maklumat, inshaAllah saya akan cuba kongsikan.

      Padam
  5. Amat membantu kami. Mohon kebenaran utk kongsi dgn rakan2.
    Smoga Allah memberkati tuan atas usaha murni ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan cg Fazidah Osman. Moga jadi manfaat untuk yang lain juga

      Padam
  6. Terima kasih di atas perkongsian Cikgu. Baru saya faham maksud KBAT.

    BalasPadam
  7. Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat spt.bahan ini...mohon bahan ini dijadikan bahan utk rujukan sy akan datang..kbat sangt penting pada masa sekarng lebih2 lagi dalam soaln peperiksaan stpm..mendidik pelajar utk menguasai kbat adalah agak mencabar pda sy..tetapi ia adalah sesuatu yang penting utk dikuasai oleh peljr..apa2 pun t.kasih di atas perkongsian ilmu..mohon dihalalkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. gembira saya kerana artikel ini memberi perkongsian yang bermakna buat rakan guru. semoga jadi ilmu yang bermanfaat.

      Padam
  8. Terima kasih kerana berkongsi ilmu di taman syurga ini.

    BalasPadam
  9. Mohon berkongsi maklumat. Sebagai ibu saya masih tercari-cari kaedah kbat utk membantu anak2.

    BalasPadam
  10. syukran.
    moga Allah berkati anta

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Terima kasih semua untuk doa kalian. Selamat berkongsi. Moga lebih ramai dapat manfaat.

    BalasPadam
  12. Sangat informatif. Teruskan Cikgu Hailmi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih. inshaallah selagi ada kudrat dan masa.

      Padam
  13. salam sejahtera cikgu, mohon kebenaran untuk berkongsi ilmu dalam panitia sekolah kami sebagai LDP dalaman. jasamu dikenang.
    Pn Lee dari SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban.

    BalasPadam
  14. Assalaamualaikum. Terima kasih cikgu atas perkongsian yang diberikan dalam blog cikgu ini. Banyak membantu saya terutama bahan2 untuk KBAT. Semoga sumbangan cikgu diterima dan diberkati Allah.

    BalasPadam
  15. Assalamulaikum cikgu.Saya mohon share bahan dlm blog cikgu.terima kasih ianya amat membantu.Moga Allah merahmati cikgu selalu.

    BalasPadam
  16. Assalamulaikum cikgu.Saya mohon share bahan dlm blog cikgu.terima kasih ianya amat membantu.Moga Allah merahmati cikgu selalu.

    BalasPadam
  17. Mohon beri pencerahan lebih tentang CoRT dari perspektif KBAT

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum tuan. saya mohon kebenaran untuk share bahan blog cikgu, terima kasih atas perkongsian bahan yg sangat berguna

    BalasPadam
  19. Ada tak Tadika yang telah menggunakan pengajaran mengikut kbat ini? ia bertujuan memberi penglibatan anak2 seiring dgn darjah 1

    BalasPadam
  20. Bagaimana jika murid itu tidak memberi respon yang dikehendaki.Jika ditanya dan diminta beri pendapat, murid hanya mengatakan tidak tahu dan tidak menunjukkan inisiatif untuk berfikir..

    BalasPadam
  21. Assalam Cikgu, terima kasih di atas perkongsian ilmu. Di sini saya ingin meminta pandangan Cikgu tentang sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan kursus KBAT? TQ

    BalasPadam
  22. Terima kasih cikgu kerana berkongsi maklumat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Saya mewakili cikgu hailmi mengucapkan semoga berjaya dalam peperiksaan akhir semester 3. InshaAllah

      Padam
    2. saya mohon follow n mohon kongsi ilmu yg ada. moga cikgu diberkati allah...amin.

      Padam
  23. Assalamualaikum. Cg hailmi ada ke buat kursus kbat kpd guru2? Kami brbesar hati utk mnjemput cg dtg ke sek kami. Cg zila gombak

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum Cikgu Mi...boleh jelaskan exit ticket....kalau boleh sekali contoh

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum Cikgu Hailmi...saya sering merujuk bahan yang cikgu muat naik dalam blog...mohon dihalalkan untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain..terima kasih

    BalasPadam
  26. Selamat petang,Cikgu Hailmi. Bolehkah cikgu berkongsi dari mana boleh dapat full article yang berkaitan dengan sumber di atas?

    BalasPadam
  27. Terima kasih stats perkongsian ilmu. Moga dapat dimanfaatkan

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum cikgu.

    Blog cikgu banyak saya gunakan sebagai rujukan dalam tugasan dan kajian saya bagi pengajian pendidikan sains.Blog cikgu sentiasa up-to-date dengan isu-isu semasa PA21. Mohon izin dari tuan blog untuk saya gunakan sumber-sumber penulisan sebagai idea untuk saya dan rakan-rakan melakukan tugasan.

    Terima kasih. Semoga cikgu terus sukses mendidik anak bangsa!

    BalasPadam
  29. Terima kasih.Mohon share.Semoga Allah mleluaskan rezki Cikgu

    BalasPadam
  30. Terima kasih... Banyak membantu dlm pdpc saya.. .Semoga Cikgu Hailmi terus sukses ..

    BalasPadam
  31. Terima kasih cikgu atas perkongsian.
    Sewajarnya murid zaman ini menguasai kemahiran berfikir, dan bukannya belajar untuk peperiksaan.
    Seseorang yang menghafal buku jauh berbanding seseorang yang mengaplikasikan ilmu, walaupun ilmu terhad.

    BalasPadam
  32. KBAT yg diamalkn diatas ini tdk berlandaskn Al-Quran, tidak cukup teknikal, Dan tdk bersepadu dgn subjek2 lain IE. BM, PI, Math, Sains, etc. Sbb itu ianya payah utk difshami n dilaksanakan

    BalasPadam
  33. Soalan KBAT memberi peluang kepada murid melontarkan idea-idea bagi membuat keputusan yang membolehkan sesuatu masalah duatasi dan diselesaikan.

    BalasPadam
  34. Ideal in addition to Lowest priced Jabodetabek Personal Lessons, all of our team as well as instructors are available to your residence, established your individual analyze plan and will pick out just about any industry with study ... click https://bimbel-calistung.netlify.app/les-privat-calistung-kebayoran-lama.html for further

    BalasPadam
  35. Jabodetabek private tutoring services with teachers coming to the house. More than many active tutors will be ready teach various skills and lessons for the kids to adults ... go to https://privatmurah.vercel.app/les-privat-bekasi-murah.html for more details

    BalasPadam
  36. Perhaps you will see a cheaper fee versus the table above, make sure again in regards to the qualifications of your teacher / Kindergarten teacher recommended for you ... click for more information https://kimia-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-kimia-di-online-terdekat_13.html

    BalasPadam
  37. Ask thoughtful questions to allow for answers with sound reasoning.

    BalasPadam
  38. Isn't it time to attempt a transformative language chance to learn? Go and visit Executive-Education.id's language course. From cultural immersion to expert guidance, our program offers an all natural method to language acquisition. Explore the advantage of a brand new language, broaden your horizons, and acquire a edge against your competitors in today's interconnected world. Tap https://kursus-arab.github.io/kursus-bahasa-arab-bangka.html for registration.

    BalasPadam
  39. Thanks for sharing this information with us. The more KBAT questions, the broader the level of thinking of a student. But, what is said with the KBAT question?.

    BalasPadam
  40. Teaching students critical thinking is an invaluable skill. This insightful piece outlines practical strategies to nurture critical thinking, empowering students to analyze, question, and excel in their educational journey.
    New Jersey Reckless Driving Speed
    New Jersey Traffic Court Lawyer

    BalasPadam
  41. I love the idea of encouraging students to reflect on their thought processes! Journaling could be a great tool for this. sex crime law firm new jersey
    new jersey sex crimes lawyer

    BalasPadam
  42. This article offers valuable insights into teaching students to think critically and creatively through KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). I particularly appreciate the emphasis on fostering a questioning mindset among students. Encouraging them to analyze and evaluate information not only enhances their learning but also prepares them for real-world challenges. Incorporating group discussions and problem-solving activities can further enrich their thinking skills. Overall, a great guide for educators looking to implement KBAT effectively in the classroom!

    dui attorney manassas virginia
    dui lawyer manassas virginia

    BalasPadam