About Me

Ceramah ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Peluang berkhidmat di SMK Jerlun sebenarnya membuka lebih banyak ruang untuk saya lebih aktif melibatkan diri dengan aktiviti Sains di peringkat daerah. Ini kerana Panitia Sains PPD Kubang Pasu, merupakan panitia subjek yang aktif menganjurkan program bagi meningkatkan pencapaian akademik, terutamanya bagi subjek Sains. Tak sangka juga, saya telah dipilih untuk berkongsi Latihan Dalam Perkhidmatan kepada rakan guru Sains dari sekolah seluruh Daerah Kubang Pasu berkaitan dengan tajuk ICT dan Pengajaran dan Pembelajaran.



Ceramah ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Pada mulanya saya agak keliru mengenai apa yang perlu saya ceritakan. Konteks yang sebagaimana yang dikehendaki dan diperlukan oleh rakan-rakan guru. Akan tetapi, setelah saya berbincang dengan beberapa rakan guru senior Sains yang lain, maka sesi ceramah saya akan berkisarkan kepada bagaimana menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Tidak terlalu advanced, memandangkan saya perlu mengambil kira semua lapisan guru yang ada.



Ceramah ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Saya mulakan sesi dengan sejarah bagaimana saya boleh terlibat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan video, ICT dan akhirnya dunia blog. Bukan niat untuk meninggi diri, sebaliknya bagi menunjukkan kepada rakan guru lain, bahawa perkara yang saya usahakan ini, bukan lah saya capai dengan hanya dengan 1 hari. 

Saya juga mengambil masa yang panjang untuk mencapai sehingga ke tahap sekarang. Saya sertakan juga beberapa pencapaian saya sebagai motivasi kepada apa yang saya perolehi sepanjang mengusahakan semua ini. Moga juga jadi inspirasi kepada guru lain.



Ceramah ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Ceramah ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Sesi saya teruskan dengan perkongsian mengenai Pembelajaran Abad ke 21 seperti yang diwar-warkan oleh KPM sekarang. Corak pembelajaran baru ini bukan sekadar melibatkan ICT sebagai satu alat bagi p&p yang lebih berkesan, tetapi juga melibatkan susun atur dalam bilik darjah, ciri-ciri guru dan pelajar sendiri dalam mengupgrade diri. Turut saya dedahkan rakan guru dengan beberapa perkara baru seperti Flipped Classroom, Khan Academy, Project Based Learning, STEM dan style pembelajaran yang lebih kepada abad 21.


Sesi ketiga saya lebih mengkhusus kepada penerapan ICT dalam bilik darjah. Bagaimana menggunakan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah dengan ciri-ciri powerpoint yang lebih sesuai untuk anak-anak abad 21, penghasilan Bahan Bantu Mengajar, memberi tugasan kepada pelajar dan juga mempamerkan hasil kerja pelajar seperti yang telah ramai guru-guru Sains lakukan di group Cikgu Sains Kreatif.


Ceramah ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Bagi penutup, saya kongsikan beberapa platform bagi rakan guru yang berminat untuk berblog, alternatif lain bagi persembahan seperti Powerpoint, software grafik online yang mudah, software berguna untuk download video dari Facebook dan juga Youtube, software grafik yang ringkas dan juga software berguna untuk mengedit video.


Seperti yang disoal oleh seorang rakan semasa sesi berlangsung, tidak lah saya mengharapkan semua guru yang hadir untuk melakukan perkara yang sama seperti yang saya lakukan. Tetapi sekurang-kurang nya dapat membuka minda, bahawa ada banyak perkara yang kita boleh lakukan sebenarnya jika kita memanfaatkan ICT sebaiknya. 

Dan manfaat yang datang bukan lah hanya kepada guru, tetapi juga kepada murid. Sebagai guru dan warga pendidik pada abad ke 21 ini, maka seharusnya kita juga bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan kemajuan minda anak-anak pelajar kita. 



Ceramah ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Saya ambil kesempatan juga untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan guru dalam Panitia Sains PPD Kubang Pasu yang banyak membantu dan memberi kata-kata semnangat bagi memastikan perkongsian ini berjalan dengan lancar. Semoga ramai rakan guru yang mendapat manfaat. Saya mohon maaf jika ada apa yang terkurang sepanjang perkongsian itu juga. Untuk rakan-rakan guru yang dah bersedia, jom kita tambahkan lagi ICT dalam pdp kita. Semoga berjaya! :)




Catat Ulasan

1 Ulasan