About Me

Ceramah Sains PT3 di SMK Ayer Hitam

Sekali lagi saya berpeluang untuk memberikan ceramah bersama-sama adik di daerah Kubang Pasu. Kali ini di SMK Ayer Hitam, yang letaknya hanya 10km daripada sekolah saya. Saya dihubungi oleh guru kaunseling sekolah tersebut, dan selepas beberapa kali berunding tarikh yang sesuai, maka pada 11 Mei, saya berkunjung ke sekolah berkenaan.




Sesi diadakan pada hari persekolahan, di sebelah petang. Kebetulan pula pada masa yang sama, pihak sekolah SMK Ayer Hitam mengadakan Program Peningkatan Akademik bagi pelajar Tingkatan 3. Ini adalah salah satu sesi yang ada dalam program tersebut.

Bilangan pelajarnya sangat ramai, 270 calon. Kesemuanya ditempatkan di dalam dewan sekolah. Keadaan dalam dewan agak panas kerana tidak mempunyai kipas dan aircond yang mencukupi. Semua berpeluh-peluh, termasuk encik penceramah. Ha3..








Saya cuba sebaik mungkin untuk menarik perhatian pelajar (yang ramai itu) dengan selingan video menarik. Beberapa kali juga saya cuba bergerak ke seluruh dewan bagi mengawal bunyi bising dan gangguan daripada pelajar yang berada di barisan belakang. Penat juga kerana hanya saya seorang berada di dewan pada ketika itu.

Walaubagaimanapun, sebilangan pelajar yang berada di barisan hadapan sangat menunjukkan minat yang tinggi kepada apa yang saya cakap. Penuh tumpuan diberikan. Terima kasih! 



 




Saya doakan juga semoga adik-adik calon PT3 di SMK Ayer Hitam ini berjaya dengan cemerlang dalam penilaian yang bakal berlangsung pada bulan Oktober nanti. Good luck!


Catat Ulasan

0 Ulasan