Kembara ilmu saya kali ini membawa ke sebuah lagi sekolah di dalam daerah Kubang Pasu, iaitu SMK Paya Kemunting. Sekolah ini terletak di Jitra, dengan jarak lebih kurang 40 minit perjalanan daripada sekolah saya. Kedatangan ke sini juga adalah disebabkan jemputan seorang rakan Guru Cemerlang Sains, iaitu Cikgu Nurulhizan.
Kunjungan ini juga adalah kunjungan pertama saya ke sekolah ini. Kebetulan pula ketika sesi perkongsian diadakan, dewan yang sepatutnya menjadi venue ceramah telah dikuarantinkan bagi digunakan untuk Ujian Mendengar PT3. Maka terpaksalah menggunakan dewan terbuka.
Berceramah di dewan terbuka nih, banyak sikit cabarannya. Apatah lagi kehadiran beberapa kelompok pelajar yang membuat persediaan untuk persembahan Merdeka, serta waktu yang cun untuk tidur tengahari, maka saya cuba melakukan yang terbaik dalam merangsang pelajar untuk terus bersama saya.
Respon pelajar agak baik, walaupun sebahagian mereka masih blur-blur nak menangkap apa yang saya cakap dan juga melihat paparan yang kecil di hadapan. Aktviti perbincangan bersama rakan lebih banyak membantu. Di sesi ini juga banyak membantu saya untuk mengenalpasti kelemahan pelajar dalam memahami konsep sains yang sebenar.
Seperti kebanyakan sekolah-sekolah yang saya pergi, rata-rata pelajar mampu menyatakan konsep Sains yang terlibat. Cuma mereka bermasalah ketika menghuraikan atau menceritakan bagaimana konsep tersebut digunapakai dalam situasi yang diberi. Di situ lah guru-guru perlu berperanan. Membetulkan semula salah faham pelajar dan juga melatih pelajar untuk mahir mengaplikasi konsep yang betul pada situasi yang diberikan.
Sesi selesai pada jam hampir 5 petang. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Panitia Sains SMK Paya Kemunting yang menjemput saya untuk berkongsi sedikit ilmu saya. Terutamanya Cikgu Nurulhizan yang turut membantu pelajar SPM sekolah saya. Semoga perkongsian bijak ini mampu menjana impak dan hasil yang lebih besar kepada kemajuan sekolah.
Untuk adik-adik di SMK Paya Kemunting, saya ucapkan Selamat maju Jaya dan juga semoga mendapat keputusan yang cemerlang bagi subjek Sains PT3.
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
2 Ulasan
Terima kasih byk ckg hailmi..sudi membantu kami
BalasPadamterima kasih juga buat Cikgu Nurul yang bagi peluang untuk saya. Perkongsian maklumat. inshaAllah berguna
Padam