About Me

Pengalaman ke KL Converge 2015

Alhamdulillah sebab berkesempatan sekali lagi pada tahun ini untuk berkunjung ke KL Converge 2015. Pameran ICT dan gajet terkini di KL Convention Centre itu merupakan pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan merupakan tahun kedua diadakan. Dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama beberapa agensi lain, KL Converge merupakan acara yang saya wajib kunjungi.





Jika pada tahun lepas saya hadir sebagai salah seorang penerima Anugerah Agent of National Transformation, dan juga berkongsi pengalaman bersama pelajar saya dalam Dialog Liga Remaja Kreatif, tapi kali ini hanya sebagai pengunjung sahaja. Itu lebih daripada cukup. Ilmu dan teknologi baru yang bakal saya terima daripada perkongsian di KL Converge kali ini, inshaAllah boleh membantu memperkembangkan lagi karier saya sebagai seorang guru.

Tapi lebih penting adalah untuk menyokong usaha team Liga Remaja Kreatif yang juga turut terlibat semasa KL Converge berlangsung. Sesi pitching bagi kategori portal, apps dan juga raspberry diadakan dan berjaya mendedahkan pelajar dengan event yang bertaraf antarabangsa. Sama seperti tahun lepas. 





Bersama saya juga 2 orang pelajar dari sekolah saya di Kedah. Kedua-dua nya saya bawa ke KL Converge bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka mengenai selok belok industri kreatif di Malaysia. Banyak ilmu boleh belajar. Mana tahu mungkin suatu hari nanti mereka juga merupakan orang-orang yang terlibat dalam hal-hal yang sebegini. Tentu pengalaman menarik buat mereka. InshaAllah!


Disebabkan saya dan pelajar saya tiba lebih awal, maka saya ambil kesempatan untuk melihat-lihat dulu kawasan pameran. Sesuai dengan tujuan pameran diadakan, pendaftaran masuk ke dalam ruang pameran adalah dengan menggunakan aplikasi KL Converge' di Playstore. Pengunjung yang sudah  mendaftar kemudiannya akan diberikan kad dan tag pengenalan diri. Kemudian baru boleh masuk. Yeah!





Seperti juga tahun lepas, ruang pameran juga boleh lah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian syarikat telekomunikasi. Bahagian penyiaran. Bahagian negara luar. Bahagian produk Malaysia.



Bahagian Penyiaran
Di sini beberapa syarikat yang berasaskan penyiaran mempamerkan hasil produk mereka. Antaranya yang saya dapat nyatakan adalah Astro, TM, RTM dan beberapa lagi.









Di kawasan pameran Astro lebih meriah dengan pelbagai aktiviti yang diadakan dan juga kehadiran beberapa artis yang memeriahkan lagi pentas mereka. Ada zombie jugak!










Bahagian Negara Luar
Di ruang pameran ini pula dikhususkan bagi delegasi negara yang menyertai KL Converge 2015. Rasanya hampir kesemua negara ASEAN ada membuka booth pameran masing-masing, termasuk beberapa negara lain seperti Jepun, Korea dan juga China.

Antara bahan yang dipamerkan adalah produk tv, aplikasi games, produk e-kesihatan, filem dan juga teknologi terkini daripada negara tersebut.































Bahagian Produk Malaysia
Ini antara bahagian yang saya suka. Di sini barulah nampak kehebatan produk-produk Malaysia yang setanding dengan produk dari luar negara. Jangan tak tahu yer, kadar penembusan internet di Malaysia pada tahun 2014 dah mencecah sehingga 65%. Dan merupakan yang kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Singapura. Malah dari segi kandungan kreatif juga Malaysia merupakan antara negara yang terkehadapan. 

Antara yang dipamerkan di sini adalah agensi-agensi yang terlibat dengan pembangunan industri kreatif di Malaysia serta produk-produk tempatan yang memang terbaik. Antara produk tersebut adalah animasi, e-kesihatan dan juga beberapa aplikasi. 













Namun yang lebih menarik perhatian saya adalah banyaknya syarikat yang mempromosikan drone, robot dan juga percetakan 3D. Fenomena terkini dalam bidang ini di Malaysia. Kagum juga melihat syarikat-syarikat tempatan mampu menghasilkan produk sehebat ini. Kalau betul gayanya, melalui KL Converge ini, tak hairan jika suatu hari nanti produk tempatan juga akan dikenali di seluruh dunia.



Bahagian Telekomunikasi
Rasanya ini adalah bahagian yang paling happening sekali kot. Memang riuh rendah dengan aktiviti masing-masing. Paling penting, bahagian ini lah yang paling banyak memberi goodies dan hadiah  sebagai buah tangan kepada pengunjung melalui kuiz dan segmen-segmen yang menarik.

Antara syarikat telekomunikasi yang turut serta dalam pameran ini adalah Altel, Digi, Celcom, Maxis, Umobile dan banyak lagi. 











Haa.. amacam? Meriah kan? Siap dapat masuk TV lagi! So tahun depan-depan kalau ada buat lagi KL Converge jangan lupa nak datang yer! ;)


Selesai kutip hadiah dan goodies-goodies yang memang nak diberi secara percuma kepada pengunjung, maka kami pun bergerak ke Bilik 306 di mana berlangsungnya sesi pitching bagi kategori web portal. 

Sayang seribu sekali sayang. Rupanya dah selesai berlangsung sesi pitching tersebut. Hanya kelibat pelajar dan guru-guru pengiring yang berada di luar sedang menunggu untuk keberangkatan pulang. Alahai, macam mana ble terlepas peluang pula untuk tahun nih.




Tapi sempat juga bertemu dengan orang kuat Liga Remaja Kreatif, Encik Taher Musa dan juga pembantunya, Cik Anne yang baik hati. Mereka berdua yang saya kenali sejak dari LRK musim 2010, sehingga lah sekarang, memang sangat komited dengan tugas memartabatkan industri kreatif dalam kalangan pelajar sekolah. Kudos untuk Encik Taher, Cik Anne dan juga MCMC!

Support tetap support!


Secara jujur, pengalaman ke KL Converge merupakan satu pengalaman berharga sebagai pendedahan kepada industri kreatif yang beredar di sekeliling kita. Jika ada kesempatan, bawak lah ahli keluarga anda, anak-anak murid anda dan rakan taulan untuk berkunjung sambil mendapat ilmu baru di sini. Mana tahu, ilmu yang diperolehi di sini boleh digunakan sebagai nilaitambah kepada pengetahuan kita yang sedia ada. 

Semoga juga pihak MCMC terus komited dalam menyemarakkan lagi industri kreatif di Malaysia melalui penganjuran event-event seumpama ini di Malaysia. Saya pasti menyokong!




Catat Ulasan

0 Ulasan