Untuk aktiviti ini, saya bahagikan pelajar kepada 7 kumpulan mengikut tajuk yang sudah saya pecah-pecahkan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3-4 orang pelajar. Antara tajuknya adalah :
1. Organ perkumuhan dan hasil perkumuhan
2. Kepentingan perkumuhan
3. Sistem urinari manusia
4. Struktur ginjal
5. Fungsi ginjal
6. Kepentingan ginjal yang sihat
7. Kehidupan dengan ginjal yang rosak
Kemudian pelajar diberikan 30 minit masa untuk menyiapkan bahan pembentangan mereka.
Selesai masa menghasilkan pembentangan, masa untuk sesi bermula. Pelajar bergerak dari stesyen ke stesyen. Masa yang diperuntukkan bagi setiap stesyen adalah antara 3-5 minit. Dalam tempoh tersebut juga berlangsungnya sesi soal jawab antara murid sesama murid dan juga guru dengan murid.
Secara keseluruhannya, saya merasa sesi berlangsung dengan baik. Murid berperanan dengan sangat aktif sepanjang berlangsungnya pembelajaran. Saya sebagai guru di sepanjang sesi pdp berlangsung hanya bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing.
Bagi memastikan pelajar betul-betul faham, soalan dikemukakan kepada pembentang dan juga pendengar. INshaAllah, mudah-mudahan semua mendapat hasil pembelajaran yang seperti dikehendaki.
0 Ulasan