Wayang Golek (wayang kulit jika di Malaysia) |
Saung Angklung Udjo merupakan sebuah pusat kebudayaan angklung yang memang cukup terkenal di sini. Pusat ini didirikan oleh Pak Udjo, seorang penggiat angklung yang telah berjaya membawa angklung ke mata dunia. Tengok kepada rekod yang disediakan dalam galeri, rupanya team angklung pak Udjo nih dah pernah beraksi sehingga ke Paris dan Jerman. Hebat pak Udjo!
Selepas ketiadaan Pak Udjo, pusat ini diuruskan oleh waris yang juga merupakan anak sulung beliau. Pasukan angklung ini ditambahbaik dan diberi nafas baharu dengan menambah bilangan not-not muzik supaya lebih sesuai dengan keperluan lagu zaman sekarang.
Persembahan band modern angklung oleh anak-anak Bandung |
Anak-anak muda di Bandung sudah dididik untuk mencintai seni budaya mereka |
Persembahan dimulakan dengan pelbagai kebudayaan Indonesia yang popular, seperti Wayang Golek (wayang kulit), Kuda Lumping (kuda kepang) dan persembahan angklung daripada anak-anak Saung Angklung Udjo sendiri.
Menariknya, persembahan ini dipersembahkan oleh anak-anak muda dari sekitar Bandung. Seronok melihat aksi lincah mereka semasa berada di atas pentas. Memang langsung tak segan-segan. Betul-betul sebagai seorang penghibur!
Pelancong daripada pelbagai negara memeriahkan sesi persembahan di Saung Angklung Udjo |
Paling menarik adalah apabila, kami diberikan satu not angklung dan diajarkan untuk memainkan muzik secara bersama-sama dalam dewan tersebut. Serius semua orang pun teruja!
Mulanya ingatkan susah. Tetapi selepas tunjuk ajar daripada tenaga pengajar di sini, ternyata sangat lah best. Hanya perlu kenal isyarat (nota muzik) yang diberikan oleh pengajar dan seterusnya kita goncangkan angklung yang berada di tangan kita bagi menghasilkan bunyi.
Pengajar nota muzik angklung di Saung Angklung Udjo |
Mudahnya bermain angklung! |
Bersama rakan-rakan guru seluruh ASEAN yang menyertai kursus STEM di Bandung |
Sesi akhir persembahan yang menyaksikan penyertaan daripada para tetamu |
0 Ulasan