About Me

Idea P&P Sains - Mengenal Radas Sains

Hari ini kali kedua saya menjalankan aktiviti Pembelajaran Abad 21 dengan pelajar tingkatan 1. Hasil refleksi pada aktiviti kali pertama, inshaAllah digunakan dengan baik untuk aktiviti pada hari ini. Untuk hari ini aktiviti yang dijalankan adalah bagi tajuk mengenal radas sains.


Idea P&P Sains - Sains Tingkatan 1 Mengenal Radas Sains


Saya bahagikan pelajar kepada 10 kumpulan. Satu kumpulan ada 2 hingga 3 orang pelajar. Kemudian 10 stesyen disediakan dengan setiap stesyen mempunyai 3 radas sains yang berbeza. Setiap kumpulan perlu menyenaraikan nama radas, gambarajah dan juga fungsi bagi radas yang ada. 


Sambil menunggu rakan lain menyiapkan tugasan, mereka dibenarkan untuk menyalin radas dalam bentuk jadual dalam buku nota mereka. Tak lupa, mereka juga perlu bersedia untuk sesi pembentangan.


Idea P&P Sains - Sains Tingkatan 1 Mengenal Radas Sains


Idea P&P Sains - Sains Tingkatan 1 Mengenal Radas Sains


Idea P&P Sains - Sains Tingkatan 1 Mengenal Radas Sains


Idea P&P Sains - Sains Tingkatan 1 Mengenal Radas Sains


Sesi pembentangan berjalan dengan lebih baik pada kali ini. Saya dapati pelajar-pelajar ini walaupun dalam proses beranjak daripada sekolah rendah ke sekolah menengah, namun menunjukkan perkembangan diri yang sangat baik untuk seminggu pertama ini.


Idea P&P Sains - Sains Tingkatan 1 Mengenal Radas Sains


Fokus saya juga bagi sebulan pertama ini adalah bagi memberikan kemahiran kolaboratif dan komunikasi yang lebih baik untuk anak pelajar ini. Seterusnya barulah boleh dikembangkan kepada kemahiran lain seperti berfikiran kritis, dan kreatif. 




Saya juga optimis melalui beberapa sesi lagi, salah satu kemahiran penting dalam konsep 4C bagi Pembelajaran Abad 21, iaitu kemahiran komunikasi akan berjaya mereka kuasai dengan lebih baik. Amin!



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. i like it... boleh dikongsi idea ni bersama pelajar saya ya.
    tahniah cikgu.

    BalasPadam