Cuma sayang sket, kerana guru-guru berketurunan Tionghua tidak dapat turut serta kerana membuat persiapan untuk makan besar.
Komputer yang disediakan pula tak dapat nak mainkan persembahan Prezi saya sehingga akhirnya jam 3.30 petang barulah sesi perkongsian dapat dimulakan. Minta maaf banyak yer!
Untuk perkongsian kali ini, lebih kurang 50 orang guru yang terlibat. Seperti biasa, sekolah di Kedah nih memang ramai dengan cikgu-cikgu senior, yang jauh lebih berpengalaman berbanding saya di sekolah.
Tetapi keterbukaan guru-guru di SMK Simpang Kuala ini untuk menerima perkongsian dari bahagian saya membuatkan sesi berlangsung dengan baik. Santai dan menggembirakan. Soalan dan perkongsian dari rakan guru juga membantu sesi berjalan dengan lancar.
Walaupun menjanjikan perkongsian tamat pada jam 4.30, tetapi akhirnya jam 5 petang juga selesai. Banyak perkongsian dan video yang saya perlu tunjukkan supaya pemahaman terhadap Pembelajaran Abad 21 itu melalui amalan dapat diceritakan dengan lebih jelas.
Semoga juga perkongsian pdpc Pembelajaran Abad 21 di SMK Simpang Kuala ini mampu memberi inspirasi dan idea kepada para guru di sini. Apalah ertinya ilmu tanpa ada amalan nya. Selamat beramal!
0 Ulasan