Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman |
Sambutan bagi seminar ini adalah sangat menggalakkan dan di luar dugaan. Jangkaan 400 peserta secara kasar, rupanya melepasi sasaran awal yang ditetapkan oleh Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Daerah Kemaman. Maka, terpaksa lah MPSM mencari dewan dengan kapasiti besar di Kemaman, iaitu ADTEC.
Saya pula, disebabkan menguruskan program Qiyamullail di sekolah, maka saya bergerak ke Kemaman pada sebelah malam hari Jumaat. Guna bas. Letih gila oi. Sampai saja di Kuantan pada jam lebih kurang 6 pagi, maka terus bertolak ke Kemaman, kira-kira sejam dari sana.
Affan's Cottage : Homestay murah dan selesa di Kemaman Terengganu |
Comel tak homestay yang saya duduk kat Kemaman nih? |
Bahagian dalam homestay Affan's Cottage nih memang cosy dan sangat selesa |
Bilik sebelah untuk gegurl, lagi comel! |
ADTEC Kemaman, Terengganu |
Sampai saja di ADTEC, saya lihat warga pendidik dah mula membanjiri kawasan tersebut untuk pendaftaran peserta. Saya dikenalkan dengan tuan PPD Kemaman, Encik Idris bin Bidin yang sangat mesra. Kali pertama jumpa dulu, siap belanja kami makan sata famous di Kemaman.
Di sini lah baru saya dimaklumkan rupanya, peserta terdiri daripada warga guru bukan sahaja dari daerah Kemaman, tetapi juga warga pendidik dari seluruh Terengganu. Ada yang Besut, dari Setiu, dari Marang dan Kuala Terengganu juga. Tidak terhad kepada guru, tetapi ramai juga pegawai SISC+ yang turut hadir ke seminar tersebut.
Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman |
Sesi bermula dengan ucapan tuan PPD Kemaman. Tagline "Kemaman Unggul" tu jelas mencirikan halatuju PPD Kemaman dalam nak mencorakkan pendidikan dalam daerah ini. Kejayaan Kemaman menganjurkan program sebegini yang pertama kali juga di negeri Terengganu merupakan usaha dan komitmen jelas daripada PPD Kemaman untuk memberikan yang terbaik.
Peserta Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 bergambar dengan Tuan PPD Kemaman, Encik Idris bin Bidin |
Dek kerana ada lagi urusan yang perlu diselesaikan, tuan PPD kemudiannya terpaksa bergegas ke airport. Sebelum tu, kami bergambar dengan semua peserta seminar sebagai tanda kenangan kejayaan penganjuran seminar pada hari ini.
Sesi I : Ceramah Pembelajaran Abad 21
Sesi diteruskan dengan sesi perkongsian saya mengenai Pembelajaran Abad 21. Kali ini saya tambah sket tagline, "Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja", bagi memberikan gambaran bahawa pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 ini tidak lah hanya bersifat kosmetik semata-mata. Tetapi pengisian nya itu jauh lebih penting dan memberi makna!
Pembelajaran Abad 21 : Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja |
Tak sangka pula saya, kedudukan ADTEC yang terletak jauh dari kawasan bandar menyebabkan kami semua terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk sesi pertama. Pembentangan saya yang menggunakan Persembahan Prezi secara online, tidak dapat berfungsi kerana talian internet yang sangat perlahan.
Mujur ada guru yang sudi meminjamkan smartphone beliau bagi digunakan sebagai hotspot untuk internet. Baru lah selesai segala masalah. Terima kasih banyak cikgu!
Saya mulakan dengan kenapa perlunya kita berubah. Perkara pokok yang menjadi asas kepada penentu kejayaan pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 di negara kita. Kepesatan teknologi, persaingan dunia dan juga kelompok pelajar yang berbeza merupakan antara sebab kenapa kita perlu berubah dan bergerak seiring dengan sistem pendidikan negara lain.
Lebih 400 warga pendidik dari sekitar Kemaman dan daerah lain hadir ke seminar |
Maka untuk itu perubahan ke arah bertepatan dengan Pembelajaran Abad 21 adalah amat perlu dan boleh memberi impak kepada pendidikan kita. Saya kongsikan juga strategi pembelajaran yang boleh mengembangkan kemahiran 4C pelajar kita, seperti Gallery Walk, 3 Stray 1 Stay, Jigsaw dan lain-lain melalui pengalaman amalan sendiri dalam bilik darjah saya.
Bersama guru dan pegawai SISC+ dari Besut, Setiu dan Marang |
Pada akhir pembentangan juga saya kongsikan impak daripada pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 kepada anak murid saya. Dengan latar belakang murid yang majoritinya berasal daripada keluarga berpendapatan rendah, ternyata pendekatan Pembelajaran Abad 21 telah berjaya memberi ruang untuk mereka lebih mencintai dan memanfaatkan ilmu.
Sesi II : Tips Menjadi Guru Yang Kreatif
Sesi kedua berlangsung selepas sesi I. Kali ini tajuk pembentangan nya adalah mengenai Tips Menjadi Guru Yang Kreatif. Topik ini juga sebenarnya menjadi tumpuan utama pada guru memandangkan untuk mendapatkan idea kreatif semasa mengajar juga merupakan satu cabaran buat warga guru.
Guru juga perlu dilatih untuk mendidik pelajar dengan kaedah pdp yang kreatif |
Antaranya perkara yang saya selalu pertimbangkan bila mencari idea pdp kreatif adalah dengan mempertimbangkan 'Wow Factor' dalam perancangan pdp tersebut. Murid haruslah berasa WOW dulu pada sesi set induksi bagi menjentik daya berfikir para pelajar.
Perkara kedua adalah jaringan kolaborasi antara guru juga boleh menyumbang kepada pertambahan idea kreatif guru semasa mengajar. Malah saya sendiri juga mendapat inspirasi idea daripada guru-guru lain, yang kemudiannya ditambahbaik bersesuaian dengan tahap penguasaan anak murid saya.
Sesi III : Trial Out
Sesi akhir ini memberi peluang kepada para guru mencuba sendiri pengalaman sebenar dalam bilik darjah bersama saya. Open Classroom ini juga memberikan peluang kepada guru menyaksikan sendiri pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 seperti dalam bilik darjah.
Sempat lagi 'cikgu' berselfie dengan 'anak murid' |
Alhamdulillah, ramai je guru-guru yang bersemangat nak menjadi 'anak murid' saya di atas pentas. Melihat kepada semangat nya, saya cuba yang terbaik untuk memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PdPc Abad 21, dengan menekankan lebih banyak kepada kemahiran 4C dan juga teknik penyoalan yang membantu 'anak murid' untuk mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi mereka.
Tajuk yang dipilih adalah tajuk, "Langkah Keselamatan dalam Makmal". Penggunaan strategi Roundtable dan Gallery Walk pada satu sesi pdp juga membuka mata para guru bahawa kita boleh saja kreatif dan mengubahsuai strategi mengikut keperluan anak murid kita.
Teknik penyoalan yang baik boleh membantu guru mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi murid |
Tools seperti Sticky Note sangat membantu murid untuk terlibat aktif dalam pdp |
Penggunaan tools seperti Sticky Notes jugak banyak membantu penglibatan aktif 'murid' semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. Ini juga bertepatan dengan keperluan dalam Standard 4 SKPM Gelombang 2 yang mahukan murid sebagai pembelajar aktif.
Sesi selesai selepas 40 minit dengan refleksi dilakukan oleh 'murid' dengan dibimbing oleh guru. Sekali lagi teknik penyoalan yang baik, sangat membantu saya sebagai guru untuk memberi panduan kepada murid membuat rumusan pembelajaran.
Gambar kenangan 'cikgu' dan 'anak murid' |
Sesi Q&A selepasnya, saya diberikan beberapa soalan yang memang sedia sudah dijangka seperti seminar sebelum-sebelumnya. Seperti kekangan masa untuk melaksanakan PA21 dengan sebab mengejar sukatan pelajaran, dan juga kawalan kelas. Saya berharap jawapan dan perkongsian saya memuaskan hati guru yang bertanya dan juga guru-guru lain yang ikut serta dalam seminar tersebut.
Dapat hadiah special dari Aleeya yang sangat berbakat, anak kepada Cg Naiman dan Pn Azimah |
Apa pun, saya sangat berterima kasih dengan semua warga guru di Kemaman yang menyertai Seminar Perkongsian Amalan PdPc PAK21 anjuran MPSM Kemaman ini. Usaha yang sangat baik, dan semoga juga ramai yang mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu ini.
Dah pasti saya tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan ramai rakan guru yang datang ke seminar ini. Semuanya memang bersemangat nak melaksanakan pdpc Abad 21 di sekolah masing2 selepas ini.
Kumpulan guru paling ramai dari SMK Chukai |
Dengan team paling jauh, dari Setiu, Besut dan Marang |
Bersama pelajar-pelajar untuk TV sekolah mereka. Good Luck! |
Bersama Cikgu Byeda, rakan setugas semasa di Sibu, Sarawak dulu |
Terima kasih juga yang tak terhingga buat para pegawai PPD Kemaman, SISC+ dan juga SIPartner+ Kemaman yang banyak memberi tunjuk ajar untuk saya sepanjang daripada tahun lepas sehingga tahun ini. Ada saja ilmu yang nak dikongsikan oleh mereka. Semoga mendapat ganjaran setimpal daripadaNya.
Pegawai PPD dan SISC+ Kemaman yang banyak membantu untuk seminar ini |
Bersama Bonda Noraini, Pegawai SIPartner+ Kemaman |
Semoga juga perkongsian di Seminar ini memberikan impak besar dalam memberikan anjakan paradigma kepada para pendidik yang hadir, khususnya warga pendidik di Kemaman ini.
3 Ulasan
Banyak ilmu sy dapat. Terima kasih cikgu hailmi
BalasPadamMy second time attending your seminar cg hailmi! Thank you for the input. Inspire me n others a lot!
BalasPadamBaca blog CH pun dh semangat nk buat PA21. byk input yg dikongsikan. bertuah cikgu2 yang dtg seminar CH.
BalasPadam