11 Tips Mengajar Kelas Belakang |
1. Banyak Bersabar
Mengajar kelas belakang sangat perlukan keazaman dan kesabaran yang tinggi. Mana taknya, hari nih ajar, sekejap lagi dah lupa. Itu belum kira lagi dengan pelajar yang ada masalah sikap, melawan guru dan sebagainya. Jadi jika diberi kelas belakang, sematkan dalam hati, "Aku harus sabar" 13947 kali
2. Kurangkan Bercakap
Jika kita teliti betul-betul, pelajar kelas belakang ini tak suka jika dengar kita bercakap banyak-banyak. Lagi teruk kalau kita lagi banyak berleter, daripada bercakap. Maka elakkan lah daripada banyak bercakap, sebaliknya lebih banyak buat aktiviti dengan mereka. Biar mereka sibuk membuat perkara, bukan mendengar.
Biarkan mereka dengan lebih banyak aktiviti |
3. Ingat Nama Mereka
Pelajar kelas belakang biasanya jarang diberi perhatian dan 'kasih sayang' daripada guru. Malah kadang-kadang ada sesetengah guru, nama pelajar pun tak ingat. Maka dengan sedikit usaha menghafal nama mereka, secara automatic mereka akan rasa lebih sentimental dan rasa lain. Ada juga cikgu yang ingat nama mereka.
4. Kenal Tahap Murid
Bagi guru yang jarang ada pengalaman di kelas belakang, kadang-kadang jangkaan mereka kadang-kadang melebihi kebolehan murid. Mana nak sama bakat kelas A dengan bakat pelajar kelas K. Tapi kalau kita tahu tahap mereka, dan minat mereka, maka secara tak langsung dapat merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka.
Kenalpasti tahap mereka bagi membolehkan kita rancang aktiviti yang sesuai |
5. Pandai Tarik Perhatian
Budak kelas belakang sangat mudah terpesong focus mereka. Maka guru yang baik, adalah guru yang dapat menarik perhatian mereka, melalui penampilan, aktiviti, atau apa saja.
6. Layan Perangai Mereka
Pelajar kelas belakang ni biasa nya macam-macam sket perangai. Kadang-kadang memang mintak kasih sayang betui. Jadi maka layankan ajer lah perangai mereka sekali sekala, dalam usaha merapatkan hubungan guru dengan pelajar. Tapi jangan lebih-lebih, nanti naik kepala pulak. Ingat yer, layan secukup rasa.
7. Banyakkan Pujian
Jangan lupa bahawa peneguhan yang positif sangat banyak memberi impak positif kepada minda separa dalam murid. Jadilah seperti orang Korea dan Jepun, yang sentiasa ringan mulut nak memuji, walaupun halnya kecik sahaja. Puji baju mereka pakai kemas, walaupun tidak mahal. Puji hasil kerja mereka walaupun buruk, tetapi atas usaha. Puji sikap mereka bila bertindak baik.
Lukis dan lukis dan lukis |
8. Banyakkan Melukis
Berkemungkinan besar pelajar kelas belakang ini ramai yang tidak boleh membaca. Maka janganlah sentiasa buat aktiviti yang memaksa mereka menulis dan menulis. Sebaliknya perbanyakkan lagi aktiviti nota melalui gambar atau lukisan.
9. Pdp di Luar Kelas
Kebanyakan budak kelas belakang nih, cepat merasa bosan dengan sesuatu yang tidak dapat menarik perhatian mereka. Banyakkan pdp yang berlaku di luar kelas. Dalam masa yang sama juga ambil berat dengan isu kawalan kelas dan sebagainya. Jangan sampai macam tak terjaga.
Ramai pelajar yang suka belajar di luar kelas |
10. Hukum dengan Kasih Sayang
Jika terpaksa juga menghukum pelajar, nyatakan terlebih dahulu kesilapan mereka dan maklumkan juga bahawa tindakan hukum tersebut adalah bagi tujuan sayang. Bagi guru yang beragama Islam, boleh lah cuba pendekatan dengan menyebut Bismillah terlebih dahulu. Pasti cair hati mereka. Kalau tak cair pun, sekurang-kurangnya dia dapat redho dihukum guru.
11. Pelbagaikan Strategi
Jangan kata murid, guru pun pasti akan bosan jika melalui aktiviti yang berulang. Maka pelbagaikan strategi pembelajaran guru supaya mereka sentiasa rasa teruja dan surprise dengan aktiviti yang guru rancangkan.
Nak belajar banyak lagi Strategi Pembelajaran Abad 21? Sila hubungi Arefe 013 461 4604 |
Strategi yang pelbagai dapat membantu pelajar tersebut bukan sahaja seronok dengan aktiviti pembelajaran, tetapi juga memberi kemahiran ekstra seperti pandai bergaul, berkomunikasi dan berfikiran lebih jauh hasil daripada pembelajaran kolaboratif. Pembelajaran Abad ke-21!
Demikian lah 11 tips yang saya dapat kongsikan daripada sedikit pengalaman saya mengajar pelajar-pelajar kelas belakang. Jangan lah pernah merasa down bila diberi kelas seperti ini, kerana di sebalik cabaran tersebut tersembunyi hikmah yang sangat besar untuk jatidiri kita sebagai seorang pendidik. Semoga usaha kita dipermudahkanNya.
9 Ulasan
Good sharing cg hailmi. Sy paling setuju dgn no. 1 & no. 6. Tmbah lg satu : lower the expectation & kurangkan marah2. Haha..... So, thun ni, klas belakang pnya boys pasti akn duduk dpan sekali dlm mkmal sains semasa pdp klas sy.
BalasPadamAllahu, terima kasih cikgu. Tapi saya cikgu bahasa, kalu tak banyak bercakap... Susah la saya nak terangkan pada pelajar. No 2 tu saya tak berapa boleh apply. ��
BalasPadamSaya setuju. Saya juga guru bahasa. Yang perlu byk bercakap. Mungkin cikgu boleh berkongsi tips utk guru spt kami ini.
PadamSaya setuju. Hati saya sebenarnya lebih dekat dgn pelajar-pelajar kelas belakang walaupun gelagat mereka mmg menguji kesabaran
BalasPadampanggil peljr2 ini dengan nama2 manja yg mereka suka..likw i used to call pam-pam, tunggim, era..dgn persetujuan mereka..sudah semestinya they like u very much..had tried many years..amazingly it works😀😀
BalasPadamsangat setuju dengan maklumat yang diberikan.... terima kasih
BalasPadamSekali2 belanja mereka Milo ais...
BalasPadamhahhaha yang nih setuju
PadamIye sgt setuju ngan cikgu.banyakkan pujian dan perlu ajar ikut tahap keupayaan mereka.
BalasPadam