About Me

Apa Itu Pemikiran Komputasional?

Pemikiran Komputasional atau pun Computational Thinking merupakan proses pemikiran yang melibatkan pencarian formula pada permasalahan dan menyatakan penyelesaian seperti yang dilaksanakan oleh sebuah komputer. 

Pemikiran Komputasional atau Computational Thinking
Pemikiran Komputasional atau Computational Thinking


Secara umumnya, pemikiran komputasional melibatkan beberapa peringkat. 
1. Memformulakan masalah (pengabstrakan)
2. Menyatakan penyelesaian (automasi)
3. Melaksana dan menilai penyelesaian (analisa)


Sejarah pemikiran komputasional sebenarnya dikesan sejak 1950, tetapi kebanyakan ideanya adalah jauh lebih lama. Tetapi istilah computational thinking ini buat pertama kalinya digunakan oleh Seymour Papert pada tahun 1980.


Konsep dan Pendekatan Pemikiran Komputasional
Konsep dan Pendekatan Pemikiran Komputasional


Ciri utama yang mendefinisikan pemikiran komputasional adalah:
1. Decomposition
2. Pattern recognition / data representation
3. Generalization / abstraction
4. Algorithms

Sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Computational_thinking


Dengan menguraikan permasalahan, mengenalpasti pembolehubah yang terlibat dalam perwakilan data, dan mencipta algoritma, suatu penyelesaian yang generik akan diperolehi. Penyelesaian generik bermaksud pernyataan umum yang dapat digunakan bagi menyelesaikan pelbagai variasi isu pokok.


Pemikiran Komputasional Dalam Pendidikan
Pelaksanaan Computational Thinking dalam pendidikan boleh dalam dua bentuk: iaitu terus dalam kelas sains komputer atau pun melalui penggunaan teknik pemikiran komputasional dalam subjek lain. 

Guru STEM yang menggunakan pemikiran komputasional dalam kelas terpilih, membolehkan pelajar mengamalkan kemahiran penyelesaian masalah, seperti trial and error.

Bagi guru yang berminat menambah ilmu dalam bidang Computational Thinking, boleh lah juga mendaftarkan diri untuk kursus online Computational Thinking for Educators yang dianjurkan oleh Google. 


Computational Thinking for Educators
 
Kursus Online mengenai Computational Thinking for Educators daripada Google


Dalam kursus online ini bertujuan membantu guru mempelajari mengenai Pemikiran Komputasional, bagaimana ianya berbeza dengan sains komputer, dan bagaimanakah ianya boleh diintegrasikan kepada pelbagai subjek. 

Peserta kursus online ini akan dapat meningkatkan kesedaran terhadap Pemikiran Komputasional dan meneliti pelbagai contoh bagaimana mahu mengintegrasikan Pemikiran Komputasional dalam subjek. 


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Great info! I have attended some Computational Thinking Skills workshops in the past. They are great for trouble-shooting and problem-solving :-)

    BalasPadam
  2. menarik! especially bila baca pasal boleh kenal pasti pemboleh ubah untuk setiap masalah dan try & error kat situ. Kena analisa betul2 la nampaknya masalah tu :D

    hanisamanina.com

    BalasPadam