About Me

Ciri Gelombang Bunyi

Bunyi adalah satu bentuk tenaga yang dihasilkan oleh getaran. Sebagai contoh, peralatan muzik menghasilkan bunyi melalui getaran.

alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui getaran
alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui getaran


PEMINDAHAN BUNYI
 - bunyi memerlukan medium untuk merambat. Bunyi boleh merambat melalui pepejal, cecair dan gas tanpa tidak melalui vakum. Getaran ini dipindahkan dari satu zarah ke zarah yang lain bersebelahan dalam bentuk gelombang. Dengan cara ini, loceng menghasilkan bunyi yang dapat didengar oleh telinga pendengar.

kelajuan pemindahan bunyi dalam pepejal
kelajuan pemindahan bunyi dalam pepejal


 - bunyi dipindahkan dengan cepat melalui pepejal. Apabila zarah-zarah pada satu hujung pepejal mula bergetar, getaran itu menyebabkan zarah-zarah yang bersebelahan turut bergetar dengan pantas kerana kerana zarah-zarah pepejal tersusun rapat.

kelajuan pemindahan bunyi dalam cecair
kelajuan pemindahan bunyi dalam cecair

 - susunan zarah-zarah dalam cecair yang kurang rapat menyebabkan getaran bunyi dipindah dengan perlahan berbanding dengan pepajal.

kelajuan pemindahan bunyi dalam gas
kelajuan pemindahan bunyi dalam gas

 - gelombang bunyi merambat melalui gas dengan sangat perlahan kerana susunan zarah-zarah gas yang berjauhan antara satu sama lain melambatkan pemindahan getaran.


PANTULAN dan PENYERAPAN BUNYI
 - bunyi boleh dipantul dan diserap apabila terkena pada permukaan suatu objek. Sifat ini adalah sama seperti sifat cahaya. Jumlah bunyi yang dipantulkan atau diserap bergantung pada permukaaan objek tersebut.




Catat Ulasan

0 Ulasan