Perkongsian PAK21 bersama Guru Sekolah Rendah Islam Daerah Gombak |
Walaupun masa yang ada singkat sahaja, tetapi tahniah kepada pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam Saidina Abu Bakar As Sidiq, Taman Sri Gombak yang cekap menguruskan segala promosi dan kemudahan lain. Seramai hampir 40 orang guru dari kawasan sekitar yang turut serta. Malah yang dari luar Gombak pun ada. Terima kasih banyak cikgu!
Kerana perkongsian dalam kumpulan kecil, maka sesi perkongsian berlangsung dengan sangat santai dan bersifat dua hala. Apa-apa yang kurang difahami oleh peserta, boleh saja terus ajukan kepada saya untuk penjelasan lebih lanjut. Maka penerangan jadi lebih sampai dan menjawab permasalahan yang membelenggu mereka selama ini mengenai pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21.
Sesi kedua untuk hands on pula memerlukan peserta untuk mem'PAK21'kan pengajaran harian mereka. Mengetahui secara spesifiknya apa yang perlu dan patut ada dalam perancangan bagi membantu kelancaran pdpc nanti. Peserta juga kini tahu dengan lebih tepat di mana letak kedudukan 4K 1N dalam pengajaran harian.
Secara keseluruhannya saya rasakan sesi di SRI Saidina Abu Bakar As Sidiq ini sangat membuahkan hasil. Peserta dapat melihat dengan lebih jelas apa sebenarnya Pembelajaran Abad ke-21 dan peranannya kepada guru dan murid pada masa kini. Apa yang sedang dan bakal kita tempuhi selepas ini.
Maklumbalas daripada peserta selepas tamat bengkel PAK21 |
Semoga juga perkongsian amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 bersama guru-guru di sini memberikan perspektif baharu kepada semua. Untuk itu, saya ucapkan Selamat Maju Jaya!
1 Ulasan
Aktiviti seperti ini amat bagus. Perlu digalakkan utk dijalankan dengan kerap.
BalasPadam