About Me

Perkongsian PAK21 di Sandakan, Sabah

Kali ini kembara perkongsian amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 telah membawa saya ke Sandakan, Sabah. Pertama kali jejakkan kaki ke sini. Ketika dihubungi Majlis Guru Cemerlang Sandakan, melalui Cikgu Dayang, saya yang lebih teruja sebab belum pernah sampai ke sini. Maka saya terima jemputan tersebut, dengan syarat perjalanan saya dipermudahkan.


Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 di Sandakan, Sabah


Hari Jumaat saya tiba, dah disambut oleh team Guru Cemerlang Sandakan. Siap dengan tanda "Cikgu Hailmi". Hahahahha. First time kena sambut macam tu. Memang ketawa besar saya. Kami pergi minum-minum dan pekena roti canai dulu sebelum ke hotel.

Seterusnya dibawa ke hotel. Tak ingat pula saya nama hotelnya. Tapi dekat jugak lah dengan tempat program pada esok hari. Bersiap dan kemaskan diri, seterusnya saya terus dijemput oleh Cikgu Dayang dan suami, Cikgu Adzuandy yang juga merupakan guru cemerlang. Hebat pasangan suami isteri nih!

Kemudian kami berkunjung ke kedai seafood untuk stimboat. Katanya, kalau dah sampai ke Sandakan, wajib menikmati makanan laut di sini. Memang terbaik!


Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 di Sandakan, Sabah


Sesi pada pagi sabtu juga berjalan dengan lancar. Seramai 130 orang guru dari daerah Sandakan, dan juga daerah sekitar datang untuk sesi perkongsian dan bengkel ini. Beberapa rakan guru yang saya kenali melalui facebook dan telegram juga berkesempatan untuk jumpa di sini. 

Bagusnya perkongsian dengan guru-guru di Sabah ini sebab diorang memang sangat supportive. Memang betul-betul nak belajar dan berkongsi ilmu. Jadi kita yang bagi ceramah nih pun rasa seronok dan teruja jugak nak beri lebih lagi. 


Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 di Sandakan, Sabah


Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 di Sandakan, Sabah

Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 di Sandakan, Sabah


Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 di Sandakan, Sabah

Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 di Sandakan, Sabah



Harapan saya, tak lain tak bukan supaya setiap perkongsian ilmu tersebut dimanfaatkan dan juga diamalkan dalam bilik darjah. Baru lah kita sendiri tahu apa yang boleh diperbaiki dari masa ke semasa. 

Kesimpulannya, pengalaman perkongsian di Sandakan ini sangat membawa erti kepada saya. Layanan yang sangat sangat sangat terbaik daripada pasukan Guru Cemerlang Sandakan, (terutamanya buat Cg Dayang dan Cg Adzuandy) serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pendidik di Sandakan ini, maka tak mustahil saya akan berkunjung ke sini lagi untuk perkongsian lain pula selepas ini.

Sandakan, sampai kita bertemu lagi ya!




Catat Ulasan

0 Ulasan