Cikgu Hailmi @ Borak Kopitiam TV3 |
Saya ingat lagi sewaktu pegawai KPM tersebut hubungi, saya sedang sibuk membuat persiapan bagi pilihanraya kerana bertugas sebagai pegawai SPR. Hahaha.. kelam kabut saya nak terima dengan tak terima. Tapi alhamdulillah, dapat satu lagi pengalaman baru.
Selesai nama saya diberikan oleh KPM kepada pihak produksi Borak Kopitiam, sempat juga pihak mereka telefon saya bagi bertanyakan beberapa perkara yang boleh dijadikan modal untuk mereka bercakap nanti. Yang bagusnya, mereka siap dah study blog dan youtube saya sebelum tu. Jadi senang ler saya bercerita.
Bersama Liza Abdullah, pelakon legend |
Mereka sediakan juga beberapa soalan yang mungkin ditanya, atau lebih kurang supaya saya tak lah terkejut sangat nanti. Soalannya lebih berkisar kepada kreativiti dalam mengajar, dan apa benda yang saya buat dalam pendidikan. Jadi, senang lah nak goreng nanti!
Pada hari tersebut, saya ke Sri Pentas dengan ditemani seorang rakan, Cikgu Hafiz. Kami tiba awal di sana, kerana slot dikatakan bermula jam 8 pagi. Tiba di Sri Pentas, seorang pegawai KPM, iaitu Encik Azlee juga turut datang mengiring. Jadi lagi rancak sebab Encik Azlee juga suatu ketika dahulu pernah mengajar di Sarawak.
Bersama Cikgu Hafiz yang banyak membantu |
Bersama Encik Azlee, pegawai KPM yang mengiringi bagi program hari ini |
Perbualan ringkas sementara nak menunggu waktu nak masuk slot, sempat lagi kami breakfast dengan makanan yang disediakan. Nak lagi best, bersama kami adalah pelakon evergreen, Liza Abdullah. Hahahhaa.. dari kecik tengok dia berlakon, sampai lah ke dah besar nih, maintain je akak nih. Hebat! Peramah orangnya, dan tak berhenti bercakap. Hahahaha.. Baik orangnya.
Jangan tak tahu, sempat jugak diorang touch up - touch up sket muka, sebab nak bagi nak peloles dan tahan panas daripada lampu spotlight tu. Hahahha.. Tadah jer lah muka.
Mekap sket |
Dari sana terus kami bergerak ke studio. Tidak lah besar sangat, dengan set yang memang dah sedia ada kat situ. Nampak kamera segala bagai tu baru lah berdebar baq ang! Hahaha.. tadi kemain.
Mujurlah jugak team produksi tu semua sempoi-sempoi. Jadi tak ler rasa stress sangat sambil menunggu. Tapi ketaq jugak baq ang! Hahahahha
Masa minit-minit terakhir tu, sempat diorang pesan macam-macam kat saya. Nama hos la, apa queue nak tunggu masuk lah., kamera lah.. hahahahha saya angguk jer memang tak fokus langsung! Cuma dok hafal nama hos dua orang tu, Fiona dan Sarah sambil ingat balik apa soalan yang diorang nak tanya nanti. Hahahahah cemas weyh!
Di sebalik tabir |
Queue dia adalah bunyik loceng. So dengar je terus saya masuk. Trying hard to be cool. Berlakon baq ang. Wat lawak-lawak sket dengan hos dan akhirnya baru ler rasa ketaq tu hilang sket demi sket. Pastu macam dah ok, siap buat lawak lagi ok dengan hos berdua tu.
Slot tu 7 minit saja, tapi dia punya feeling tu macam 7 jam kat depan kamera! Hahahaha serius weyh. Saya cuba menjawab soalan diorang dengan sebaik mungkin. Yang bestnya, banyak gila kot soalan yang takda dalam senarai yang diorang bagi. Mujur dapat juga jawab. Hhahaha. lepas tu baru tahu, rupanya memang macam tu, sebab diorang nak program nih nampak santai, rileks dan sempoi. Kalau dah hafal jawapan, confirm lah jadik ketat, boring jer semua kan?
* thank you untuk semua kawan-kawan dan rakan facebook yang sudi tangkap gambar semasa siaran nih ke udara. Thank you!
Lepas dah habis saja slot, terus hilang segala nervous apa ke benda. Hahahah. Keluar dari studio tu dengan Cikgu Hafiz dan Encik Azlee, sambil siap sambung balik breakfast dan minum kopi. Hahahaha.. Kali nih jumpa dengan pengarah terkenal, Encik Jinggo suami kepada Sheila Rusly. Tapi tak sempat nak tangkap gambar pulak.
Sebelum balik, sempat lagi kami bertemu Atie, Pengurus Produksi Borak Kopitiam dan juga hos berdua Fiona dan Sarah. Sembang-sembang sket pasal pendidikan dan juga bidang penyiaran. Kebetulan Fiona dan Sarah juga pernah jadi cikgu ganti di sekolah, maka senang lah sket nak bercerita situasi di sekolah sekarang.
Bersama team produksi Borak Kopitiam TV3 yang sempoi |
Apa pun, kenangan kat Borak Kopitiam TV3 nih memang sesuatu yang menyeronokkan. Nak tampil santai, berinformasi depan tv ingat senang ka? Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya ada sikit pengalaman pasal tu.
Tak lupa juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kepercayaan dan peluang yang diberikan. Juga Encik Azlee dan Cikgu Hafiz yang sangat banyak menolong saya bagi program di tv nih.
2 Ulasan
Sempoi
BalasPadamSalam, ada no contact crew kopitiam?
BalasPadam