About Me

Perkongsian PAK21 di SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam

Pada 14 April yang lalu saya berkesempatan untuk membuat perkongsian amalan Pembelajaran Abad ke-21 bagi latihan dalam perkhidmatan bersama guru-guru di SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam. Berkebetulan saya juga baru pulang dari perkongsian di Kolej Profesional MARA di Melaka, maka saya ambil peluang untuk singgah bagi sesi LDP di sini.



Perkongsian PAK21 di SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam


Yang menariknya sekolah ini adalah, ianya merupakan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional yang pertama di Malaysia. Tak ingat pula saya bila ditubuhkan. Tapi tuan pengetuanya, Haji Sazali juga pengetua yang saya kenali sejak 2016 semasa sama-sama menghadiri Seminar SSAEM 2016 di Seoul, Korea Selatan. 



Perkongsian PAK21 di SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam



Perkongsian PAK21 di SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam


Jadi peluang semasa sesi bengkel hands on, saya mendapat pendedahan mengenai isu yang sebenarnya dialami oleh guru melalui anak-anak berkeperluan khas ini. Itu juga menjadi antara faktor yang dipertimbangkan bila mereka merancang pdpc yang menggunakan pendekatan Pembelajaran Abad ke-21. 





Perkongsian PAK21 di SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam


Perkongsian PAK21 di SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam



Keseluruhannya saya berharap semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat bersama kepada semua yang terlibat. Dan yang paling penting adalah dapat memberi lebih banyak kebaikan kepada anak didik kita. Amin!




Catat Ulasan

0 Ulasan