About Me

Senario Industri dan Kerja Masa Akan Datang : Bersediakah Kita?

Fenomena Revolusi Industri 4.0 yang melanda kita pada masa sekarang secara tak langsung juga menuntut perubahan dan transformasi kepada bidang pendidikan kita. Cara murid belajar dan guru mengajar juga haruslah dipastikan selari dengan keperluan industri, dalam menyediakan murid dengan kemahiran abad ke-21 yang mereka perlukan pada masa akan datang. 


Senario Industri dan Kerja Masa Akan Datang : Bersediakah Kita?
Senario Industri dan Kerja Masa Akan Datang : Bersediakah Kita?

Dalam hal sebagai seorang pendidik yang perlu terkehadapan, maka antara laman yang sering menjadi rujukan saya dalam menyediakan murid saya dengan masa akan datang mereka adalah https://www.weforum.org/ yang saban ketika mengeluarkan laporan-laporan bermakna yang boleh menjadi indikator kepada keperluan industri dan bagaimana dunia kita akan bergerak pada masa akan datang. 

Justeru itu, maklumat penting seperti ini adalah sangat diperlukan ke arah melahirkan murid yang kompetitif dan berkemahiran tinggi sesuai pada masa bila mereka diperlukan sebagai pekerja dalam industri akan datang. 


"Future Scenarios and Implications for the Industry"
"Future Scenarios and Implications for the Industry"

Saya tertarik dengan satu laporan yang dikeluarkan oleh laman web ini bertarikh 5 Jun 2018, iaitu bagi tajuk "Future Scenarios and Implications for the Industry". Cikgu-cikgu boleh download secara percuma laporan lengkap melalui laman web asal di SINI.

Secara ringkasnya, ada 3 senario yang diramalkan mungkin akan melanda dunia dan  industri pada masa akan datang, iaitu


Senario 1 : Dunia Virtual
Era di mana semua orang dan benda akan terkait dengan dunia virtual dalam segenap aspek kehidupan. Sistem pintar dan juga robotik akan turut menguasai bidang pembinaan. 

Implikasinya:
1. Mobiliti asset bagi tempat tinggal, rekreasi dan penumpang
2. Sistem pintar dan robot akan tergabung dengan IU 
3. Pembikin software akan menguasai
4. Kemunculan bisnes baharu berkaitan data dan perkhidmatan

*IU = Infrastruktur and Urban Development Industry



Senario 2 : Kilang Menguasai Dunia
Masyarakat yang didominasi oleh kumpulan korporat menggunakan pelbagai prefabrication dan juga modularization untuk menghasilkan struktur yang jimat kos. 

Implikasinya:
1. Peningkatan industri pembinaan dan komersial
2. Prefabrikasi dan penghasilan secara besar besaran
3. Pembekal beroleh keuntungan
4. Peluang perniagaan baharu



Senario 3 : Reboot Teknologi Hijau
Dunia yang sarat dengan konflik berkaitan dengan sumber mentah dan perubahan iklim menuntut kepada kaedah pembinaan yang lebih mesra alam dan juga menggunakan bahan yang sustainable

Implikasinya:
1. Kelestarian perlu diberi keutamaan
2. Teknologi baharu dengan kesan minima kepada persekitaran
3. Keperluan kepada maklumat mendalam mengenai bahan
4. Peluang perniagaan baharu berteraskan persekitaran dan kitarsemula


Jadi ini disertakan juga beberapa cadangan yang dikemukakan kepada para pendokong industri bagi mempersiapkan diri dengan dunia masa akan datang berasaskan kepada tiga senario yang diramalkan.


Persediaan bagi menghadapi industri akan datang
Persediaan bagi menghadapi industri akan datang

Untuk bacaan lanjut boleh teruskan baca di SINI

Kesimpulannya, senario yang diberikan ini mampu memberikan kita sedikit idea bagi bersedia dengan perubahan masa akan datang. Sebagai pendidik, amat wajarlah jika kita sentiasa bersedia untuk bergerak secara dinamik ke arah mempersiapkan anak murid kita dengan kemahiran yang diperlukan mereka pada masa akan datang.






Catat Ulasan

1 Ulasan