About Me

Tips Belanja RM180 Untuk 2 Hari 1 Malam di Pulau Perhentian

Semasa ada program STEM di Kota Bharu, tiba-tiba saja hati nih terdetik nak pegi luangkan masa di Pulau Perhentian. Walaupun ada beberapa kali diceritakan pasal pulau tersebut oleh kawan,  tapi tak pernah pun berhajat sangat nak pergi. Memang bukan jenis suka pulau sangat. 

Saya jangka mahal. Bosan dan tak menarik. Tapi tak sangka, dengan kos tak sampai RM180 untuk 2 hari 1 malam di Pulau Perhentian, dah berjaya ubah mindset saya untuk percutian ke pulau antara yang tercantik di Malaysia nih!

 
Tips Belanja RM180 Untuk 2 Hari 1 Malam di Pulau Perhentian
Tips Belanja RM180 Untuk 2 Hari 1 Malam di Pulau Perhentian



Konsep Main Redah Aje
Konsep berjalan saya kali nih, memang main redah saja. Maknanya memang takdak perancangan, takdek booking-booking awal ke. Mujur juga timing tu cun, bukan cuti sekolah ka apa. Cuma weekend biasa. Jadi memang tak kalut sangat lah.

Dari Kota Bharu, Kelantan nak ke ke Jeti Pulau Perhentian yang terletak di Kuala Besut nih, jarak dia lebih kurang 1 jam perjalanan dengan menggunakan kereta. Dekat saja kan. Maka bagi yang nak gunakan kapal terbang, disyorkan ambik ke Lapangan Terbang di Kelantan. Kalau naik bas, boleh terus ke Kuala Besut. 


Kuala Besut, Terengganu
Kuala Besut, Terengganu

Parking di jeti dikenakan RM10 untuk sehari. Ok la. Tak mahal sangat. Manakala tiket naik bot ke Pulau Perhentian pergi balik adalah sebanyak RM70. RM10 tambahan dikenakan lagi sebagai fee untuk masuk taman laut. So semuanya kat sini dah RM90.


Terminal Pelancongan Besut, jeti utama nak ke Pulau Perhentian
Terminal Pelancongan Besut, jeti utama nak ke Pulau Perhentian

Pemandangan sekitar jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian
Pemandangan sekitar jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian

Dari jeti, naik bot selama 1 jam menuju ke Long Beach. Sampai di Pulau Perhentian lebih kurang dalam jam 12.00 tengah hari camtu. Pulau Perhentian nih sebenarnya terdiri daripada dua pulau. Satu yang besar, satu lagi yang kecik sket. Yang besar tu lebih sesuai untuk keluarga. Kalau yang kecik tu lebih sesuai untuk remaja dan dewasa yang nakkan suasana yang lebih happening. 


Peta Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil
Peta Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil


Pulau Kecik ke Pulau Besar?
Di pulau kecik tu juga, anda boleh pilih nak ambil hotel di Long Beach atau pantai sebelah lagi. Memang saya pilih ke Long Beach la sebab lebih banyak pilihan resort, lebih ramai orang dan lebih banyak aktiviti. Kiranya meriah lah sebelah Long Beach nih. 

 
Pantai di Long Beach, Pulau Perhentian
Pantai di Long Beach, Pulau Perhentian


Tapi jangan bimbang, sebab Pulau Perhentian Kecil nih memang kecil pun. Jadi anda boleh cross saja dari satu side ke side satu lagi dengan jarak berjalan kaki lebih kurang 5 - 10 minit saja. Dekat!

Untuk pilihan hotel pula ada banyak. Sebab saya main redah saja arituh tanpa perancangan, maka banyak jugaklah bilik-bilik yang selesa dah sold out. Tinggal pun beberapa bilik yang asal ada, dan sedikit mahal lah. Ambil juga sebab, kalau tak, nak tido mana!

 
Antara kedai makan yang ada di Pulau Perhentian
Antara kedai makan yang ada di Pulau Perhentian


Jadi nasihat saya, buat yang betul merancang nak bermalam, maka booking lah siap-siap hotel secara online dulu untuk dapatkan harga yang lebih rendah. 

Saya ambil di D Rock Hotel, dengan bilik ada 2 katil dengan harga RM80 semalam. Toilet dan bilik mandi terletak kat luar dengan dikongsi beramai-ramai. Bilik tidak berair cond, yang mana agak kurang selesa sebab ada kipas dinding saja. Dok kat pulau weyh. Panas!!!


Hotel-hotel dan resort yang ada di Pulau Perhentian, bahagian Long Beach
Hotel-hotel dan resort yang ada di Pulau Perhentian, bahagian Long Beach

Pemandangan pantai Long Beach, Pulau Perhentian dari atas hotel. Cantik kan?
Pemandangan pantai Long Beach, Pulau Perhentian dari atas hotel. Cantik kan?

Yang nak memilih hotel yang selesa juga pastikan anda tengok dulu betul-betul. Sebab bukan semua hotel kat sini menawarkan khidmat elektrik 24 jam. Ada yang separuh hari saja, ada yang macam-macam lah. So pilih yang sesuai ikut keperluan dan bajet anda juga.



Kincir Angin 

Selesai berehat sebentar, habis menunaikan solat asar, maka saya menuju ke Wind Mill, satu tarikan yang wajib anda kunjungi di Pulau Perhentian. Kat sini ada wind mill, kincir angin besar dan view nya pun lawa sangat!


Papan tanda menuju ke Kincir Angin di Pulau Perhentian
Papan tanda menuju ke Kincir Angin di Pulau Perhentian

Untuk nak sampai ke Wind Mill tu, kena melalui 30 minit hiking. Jadi silalah pakai pakaian yang sesuai supaya selesa nak berjalan tu. Peluh boleh tahan. So bawak ler towel kecik ke apa ke untuk lap-lap peluh sket. Sunblock pun jangan lupa pakai!

Memang berbaloi sangat 30 minit tersebut. Viewnya sangat lawa weyh! Feeling feeling ala kat Bali. Memang saya suka. Dengan airnya yang biru, pastu kawasan nya yang berteluk, ada pemandangan hijau lagi, memang cukup memukau lah pemandangan nya. Saya bagi 5 bintang!


Papan tanda menuju ke Kincir Angin di Pulau Perhentian
Masa awal jalan denai macam ni lah

Papan tanda menuju ke Kincir Angin di Pulau Perhentian
Lepas tu dia mula masuk jalan yang camni

Wahhh.. lepas 30 minit berjalan dah mula nampak bayang Kincir Angin
Wahhh.. lepas 30 minit berjalan dah mula nampak bayang Kincir Angin

Pemandangan sebelah Kincir Angin jauh lebih menarik. Macam kat Bali weyh
Pemandangan sebelah Kincir Angin jauh lebih menarik. Macam kat Bali weyh

Breathtaking view kat Pulau Perhentian
Breathtaking view kat Pulau Perhentian

Kita posing satu kali!
Kita posing satu kali!


Tips Belanja RM180 Untuk 2 Hari 1 Malam di Pulau Perhentian
Lawa kan? Jauh sangat nak turun

Cuma sayang sket sebab tangga-tangga yang disediakan tu banyak dah yang rosak dan tidak diselenggara dengan baik. Bahaya sangat! Buatnya jatuh dalam lubang-lubang tu, memang mimpi ngeri lah. 

So pihak berwajib yang berkenaan, sila lah ambil tindakan untuk selenggara benda tu dengan baik. Sayang sangat! Sedikit sebanyak mencemar juga pemandangan yang sangat indah.



Sunset Nan Indah  
Habis tangkap gambar kat sini, saya berjalan kaki ke Coral Bay untuk kejar sunset pulak. Bagi yang berhajat nak tunggu sunset, maka set lah masa elok-elok untuk ke Wind Mill, pastu terus ke Coral Bay untuk sunset. So kalau keluar hiking ke Wind Mill jam 5.00pm, pukul 6.00pm tu dah kena turun gerak ke Coral Bay. 


Tips Belanja RM180 Untuk 2 Hari 1 Malam di Pulau Perhentian

Tips Belanja RM180 Untuk 2 Hari 1 Malam di Pulau Perhentian

Tips Belanja RM180 Untuk 2 Hari 1 Malam di Pulau Perhentian


10 minit saja perjalanan nak cross dari side Long Beach ke Coral Bay. Masuk kot celah-celah hutan dan ada lah sket lampu-lampu. Tapi jangan bimbang, sebab memang ramai orang dok cross ke dua-dua belah pantai, maka takdek lah nak rasa takut sangat.

Suasana kat sini, kurang meriah sket lah. Family-family gitu. Tapi view sunsetnya pun memang cantik! Cuma sayang, takdek rezeki saya untuk hari ini.


Suasana romantik menikmati sunset di Coral Bay, Pulau Perhentian
Suasana romantik menikmati sunset di Coral Bay, Pulau Perhentian

Alang-alang dah sampai ke Coral Bay nih maka saya cuba makan malam di sini. Tak ingat pulak nama kedainya, tapi ok lah jugak masakan dia. Kos makan di kedai-kedai makan kat Pulau Perhentian nih  lebih kurang RM15 setiap kali makan. Pulau kan..




Show Api Berapi
Selesai menjamu selera, maka saya bergerak ke arah Long Beach semula. Sampai je, memang happening sungguh. Pantai-pantai yang siangnya tadi dipenuhi dengan ruang berjemur, malam hari ni penuh dengan pertunjukan api pulak. Show api diorang sebut.


Persembahan show api di Pulau Perhentian
Persembahan show api di Pulau Perhentian

Pemandangan malam di Long Beach, Pulau Perhentian
Pemandangan malam di Long Beach, Pulau Perhentian

Persembahan main api nih merupakan satu lagi daya tarikan di Pulau Perhentian. Sama saja macam di Pantai Cenang, Langkawi. Bezanya sini jauh lebih meriah dan penuh dengan pengunjung. Sebabnya, memang itu saja hiburan yang ada pada waktu malam di Pulau Perhentian.

Untuk show ini saya kasik 5 bintang jugak untuk persembahannya. Yang nak minum sambil layan shisha pun ada. Kalau taknak, boleh je tengok dari sebelah tepi. Hiburan malam hari. Selesai tengok show api, terus masuk tidur.



Snorkeling Pertama Kali
Esok paginya jam 8 pagi, terus saya check out dari Hotel. Menuju ke Pantai Long Beach untuk mencari pakej snorkeling yang ada. Selepas dah survey, baru lah tahu, rupanya majoriti yang menawarkan servis snorkeling ni memulakan perkhidmatan pada jam 11 pagi.

Tapi mujurlah rezeki saya, bila kebetulan ada beberapa orang pelancong Perancis yang nak balik awal, dan diorang pun nak pergi awal snorkeling. Maka saya pun dapat lah tumpang rombongan diorang sekali. Bayaran snorkeling nih dalam rate RM35 - Rm50. Jadi Selesai breakfast, maka terus dapat join snorkeling jam 9 pagi.


Banyak pilihan pakej snorkeling di Pulau Perhentian
Banyak pilihan pakej snorkeling di Pulau Perhentian

Untuk pakej snorkeling RM35 nih, saya dibawa ke 3 point dalam tempoh 2 jam. Tak ingat plak apa nama point-point dia tu. Yang ingat tempat pertama katanya ada jerung, kedua ada penyu. Kalau rasa tak puas, anda boleh cuba pakej yang Full Day tu. Mahal sket jer, lebih kurang dalam RM55 camtu saja kalau tak salah saya.

Tapi yang lebih menarik adalah sebab pengalaman snorkeling nih adalah yang pertama kalinya untuk saya. Memang tak pernah langsung sebelum nih. 


Pengalaman kali pertama snorkeling di Pulau Perhentian
Pengalaman kali pertama snorkeling di Pulau Perhentian

Dah lah kali pertama, pergi try terus tengah laut. Hahahaha. Macam nak lemas giler masa mula tu. Sampai lah reti guna sket benda alah tu, maka lepas tu semuanya OK. 

Yang bestnya, masa point ketiga ada jumpa penyu, live. Berkejar kejaran. Rupanya orang ramai giler. Lagi-lagi kalau ada bot yang lebih besar datang. Mujur lah datang awal sket. Sempat lah jugak sebelum ramai ramai lagi datang. 




Kemudian dalam jam 11 pagi lebih lebih sket maka terus bergerak ke jeti. Berkejaran plak bawak beg segala bagai. Alhamdulillah sempat juga amik bot yang jam 12 tengah hari. Sambil menunggu bot datang, maka sempat lah jugak pekena lunch kali terakhir sebelum tinggalkan Pulau Perhentian. 



Berbaloi Ke Tak?
Seriously, selepas dah pergi ke Pulau Perhentian nih, saya memang sangat sangat recommend untuk anda yang nak ketenangan, nak datang rilek rilek kat pulau, sila lah datang ke Pulau Perhentian.

Air laut dia sangat lawa, biru macam kat luar negara standardnya. Malah pelancong Perancis yang snorkeling dengan saya siap samakan Pulau Perhentian dengan Maldives! Memang puas hati sangat.


Air laut yang membiru di Pulau Perhentian
Air laut yang membiru di Pulau Perhentian

Bajet untuk percutian 2 hari 1 malam ni pun tak lah mahal sangat, baru berhabis RM180 termasuk bot, hotel, makan dan snorkeling. Kalau rajin study lagi, mungkin boleh jumpa pakej yang lebih murah dan berbaloi.

Untuk first timer ke Pulau Perhentian macam saya, tempoh 2 hari 1 malam tu dah cukup OK, cun cun. Enough untuk cover satu pulau dan semua aktiviti. Harus faham bahawa Pulau Perhentian nih dia tak meriah macam Pulau Langkawi yang banyak tempat boleh pergi dan banyak aktiviti boleh buat. 


Kalau berhajat nak explore lebih banyak dan juga taknak kalut-kalut, mungkin pakej 3 hari 2 malam lebih sesuai untuk anda. 


Tips Belanja RM180 Untuk 2 Hari 1 Malam di Pulau Perhentian
Tips Belanja RM180 Untuk 2 Hari 1 Malam di Pulau Perhentian

Untuk yang nak follow macam trip pendek 2H1M saya nih, timing lah masa dengan cun. Maksudnya, pegi awal pagi pada hari pertama, dan pulang dengan bot terakhir pada hari kedua. Itu pun dah sempat untuk pakej penuh sehari snorkeling. 

Pastu jangan lupa juga bawak bekalan tambahan macam roti ke air ke serta sunblock dan mosquito repellant untuk percutian yang lebih menenangkan jiwa. 


So bagi yang nak merasa sendiri pengalaman ke Pulau Perhentian, maka cubalah cari peluang untuk berkunjung ke sana. Tak payah nak berhabis banyak-banyak untuk ke luar negara, kat dalam Malaysia kita pun ada tempat yang sangat lawa dan berbaloi untuk dilawat. Pesan saya, anda pasti terpesona! 



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Cg pegi kincir angin tu ada org guide ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak.. boleh pergi sendiri saja.. sbb laluan dia taklah sukar sangat

      Padam
  2. Saya ambil kesempatan nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Panitia Sains SMK Megat Dewa, terutamanya Cikgu Norseiah 9apps.

    BalasPadam