![]() |
Anugerah Best Trendsetter Award yang diperolehi semasa #IUCEL2019 di UNIMAS bulan lalu oleh tuan Pengarah sendiri, Cikgu Abd Aziz bin Selaiman |
Bersama saya juga guru dan pegawai yang menerima banyak lagi kejayaan dan sumbangan di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa; termasuk yang bawak team bola Malaysia ke Osaka baru-baru nih, dan muncul Johan di sana, the Malaysia Warriors! Hebat weyh..
Terima kasih JPN #Kedah atas kecaknaan dengan kejayaan dan sumbangan luar biasa guru-guru negeri Kedah di dalam dan di luar daripada negeri. Semoga dengan pengiktirafan ini juga menyuntik semangat para guru untuk terus bersemangat mencurah bakti kepada negeri ini.
![]() |
Perhimpunan Bulanan JPN Kedah bagi bulan September 2019 |
![]() |
Pelancaran Program Pendidikan #Sivik dan Program #3A Menangani Stres |
![]() |
Sambutan Hari Lahir tuan Pengarah kali ke-59 |
Selain daripada pelancaran Program Pendidikan #Sivik dan Program #3A Menangani Stres, perhimpunan juga diserikan dengan Sambutan Hari Lahir tuan Pengarah kali ke-59. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Amin!
#GNN #GuruNadiNegara @ Dewan Al - Farabi , BTPN KEDAH
0 Ulasan