Bila kau kemas meja seronok-seronok, then kawan kau meja sebelah pun kemas juga, tapi sebab pindah... Huwaaaaaaa...
Hanya mampu ucap "Tahniah dan Selamat Maju Jaya" buat sahabat yang juga best sparring partner saya di SMK Jerlun, Ustaz
yang dah naik pangkat sebagai Pen. Pegawai Pendidikan Daerah
(Pendidikan Islam) di PPD Kubang Pasu, bermula pertengahan Disember
lalu.
Bermula dengan peluang
sama-sama berkongsi di Seminar PLC Kedah tahun 2016, pastu peer coaching
setiap kali ada sekolah lain datang benchmarking kat sekolah kami,
sama-sama untuk Qiyamullail, Imam Muda dan Quran Hour setiap tahun di
sekolah, sama-sama terima Anugerah Inovasi Berkumpulan bagi
Tajweed-O-Meter, sampai lah sama-sama dinobatkan sebagai Adiwira PAK21.
Huhuhu.. Kenangan sungguh!
Tu belum kira lagi setiap tahun
bersaing untuk GP subjek bagi result SPM. Punya sengit, sampai GP Sains
dengan Pendidikan Islam pun pernah sama untuk SPM 2017. 2018 Pendidikan
Islam beat sket, tapi tak sabar 2019 Sains nak beat plak. Hahahhahaa
|
Seminar PLC Kedah 2016 |
|
Adiwira PAK21 |
Pendek kata, Ustad Asrul lah best sparring partner saya, bukti
bagaimana rakan sekerja yang baik juga adalah penyumbang utama kejayaan
kita. Yang hasilnya, alhamdulillah bukan saja memanfaatkan kedua kami,
tapi juga sekolah InshaaAllah. Terima kasih banyak ustad!
Orang
kata, nak tau betul perangai seseorang tu, pergi lah berkelana. Kalau
balik tu dok berkawan lagi, maknanya OK lah tu. Alhamdulillah dan terima
kasih juga sebab dah travel dengan saya nih ke Thailand, Vietnam dan
Singapura. Misi Acheh saja yang tak kesampaian. Takpa, Europe plak kot
pasnih, jom! Hahahahaha
|
Masa travel back pack ke Singapura |
Sekali lagi, saya doakan yang
terbaik
buat Ustad Asrul dengan bidang tugas baharu beliau, dan satu perkara
yang saya yakin, semoga beliau teruskan kecemerlangan di tempat baharu.
Lakukanlah perubahan
terbaik untuk pendidikan kita. Dan Ingat-ingat lah sama kami di Jerlun nih ya...
😭😭😭 @ Smk Jerlun
0 Ulasan