About Me

24 Jun Buka Sekolah; Ini 8 Perkara Yang Cikgu Kena Ready

Beberapa hari lagi tinggal untuk kita semua masuk ke sekolah semula selepas pendidikan 'terhenti' kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Di Malaysia, kita akan mulakan sekolah pada 24 Jun, dengan murid yang dibenarkan ke sekolah dimulakan dengan murid Tingkatan 5 dan 6 dulu. Yang lain, masih teruskan pembelajaran dari rumah secara pembelajaran atas talian, sehingga makluman seterusnya. 

24 Jun Buka Semula Sekolah; Ini 8 Perkara Yang Cikgu Kena Ready
24 Jun Buka Semula Sekolah; Ini 8 Perkara Yang Cikgu Kena Ready



24 Jun Buka Sekolah; Ini 8 Perkara Yang Cikgu Kena Ready
24 Jun Buka Sekolah; Ini 8 Perkara Yang Cikgu Kena Ready


Jadi saya kongsikan di sini, apa persiapan yang guru kena buat menjelang pembukaan semula sekolah pada 24 Jun nanti.



1. Persiapan Mental
Bab nih memang kena betul-betul pulihkan semula sebelum sekolah start balik. Mana taknya, 3 bulan kot duduk di rumah, urus serba serbi, dengan yang di rumah, dengan yang mengajar dari sekolah, jadi kesejahteraan mental guru-guru adalah sangat penting. Kesejahteraan mental guru juga akan menentukan sejauh mana nanti murid juga akan sejahtera mentalnya di sekolah nanti. 


Persediaan mental dan fizikal guru menjelang buka semula sekolah
Persediaan mental dan fizikal guru menjelang buka semula sekolah


So camna nak naikkan balik mood dan motivasi guru nih? Hmm.. bacalah cerita-cerita inspirasi guru yang berlambak-lambak di internet tu. Tengok balik, kesusahan guru-guru kita di pedalaman dalam nak mendidik. InshaAllah kita pun akan bersemangat balik. Pendek kata, nak kuat semangat nih, tengok lah orang yang lebih susah dari kita... InshaAllah akan insaf dengan sendirinya



2. Persiapan Fizikal
Sepanjang PKP, selain daripada mental, sebenarnya badan kita juga 'terjejas' teruk dek kerana dok saja 3 bulan tu. Bersenam di rumah serius tak sama dengan bersenam di luar pagar rumah. Badan pun rasa lemau, tak bersemangat nak bekerja. Jalan sket nanti dah rasa penat, semput dan lenguh satu badan. 

Jadi, ambik lah masa beberapa hari yang tinggal nih untuk jalan-jalan sket ke, jogging-jogging sket kat luar sambil hirup udara segar. Selain badan pun dapat berpeluh dan sehat sebab kena pancaran matahari, dapat jugaklah tenangkan minda. Cari tempat-tempat riadah yang sesuai dengan jiwa kita. Macam saya, saya suka tempat yang dikelilingi sawah padi, dengan suasana kampung. Serius tenang!


Suasana kampung di Perlis yang menenangkan hati dan mindaa
Suasana kampung di Perlis yang menenangkan hati dan minda




3. Motivasi Murid
Bila emosi dan fizikal cikgu pun dah tenang dan sejahtera, maka masa untuk mencurahkan kepada anak murid kita pulak. 3 bulan dengan pembelajaran atas talian serta di rumah, saya yakin anak murid kita datang dengan pelbagai pengalaman. Maka inilah masanya kita menjadi adiwira mereka.


Murid perlukan motivasi yang berterusan daripada guru
Murid perlukan motivasi yang berterusan daripada guru


Berikan motivasi kepada mereka yang mungkin sudah hilang tempo mahu belajar. Berikan motivasi kepada mereka yang mungkin dah mahu berhenti sekolah kerana kebergantungan keluarga. Berikan motivasi supaya mereka terus mengejar cita-cita dan impian mereka. Percayalah, murid kita juga akan kuat jika guru mereka juga kuat menghadapi ini bersama-sama.



4. Planning Baik Punya
Satu aspek yang penting bila sekolah nih dibuka semula, guru-guru perlulah lebih proaktif dalam merancang semula pembelajaran. Maklumlah banyak yang dah lari. Sukatan, perancangan yang sebelumnya semuanya kena tengok semula. 


Pembelajaran berasaskan projek digalakkan bagi membolehkan pembelajaran yang bermakna buat murid
Pembelajaran berasaskan projek digalakkan bagi membolehkan pembelajaran yang bermakna buat murid


So mulakan dengan pemetaan semula kurikulum (remapping curriculum). Tengok balik tajuk mana yang kita boleh gabung, campur, tolak supaya pembelajaran tu dapat berlaku dengan lebih baik dan berkesan. Tengok semula strategi yang boleh digunapakai dalam 'mempercepatkan' masa supaya sukatan dapat diselesaikan pada masanya. 

Jika ini kita berjaya atur dengan baik, inshaAllah semuanya akan ok selepas ini. 




5. Ready Bahan
Dah tentu saat kecemasan macam nih, bahan-bahan bantu mengajar akan jadi sangat membantu. Yes! Bahan macam slaid, kertas edaran, video, PDF semua tu akan memainkan peranan dalam menentukan kejayaan pembelajaran.  


<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/3VS3s4RObwg" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>


Jika anda bukan orang yang kreatif dalam menghasilkan bahan, jangan risau. Sekarang nih di Internet dan group Telegram ramai rakan-rakan guru yang selalu berkongsi bahan pembelajaran yang baik untuk digunakan. Yang penting, anda ambik sket usaha untuk download dan kumpul. Pastu susun sket ikut kesesuaian supaya senang nak guna nanti. 



6. Apa Yang Penting? KERJAAASAMA!
Bekerjasama lah dengan rakan guru sama ada di sekolah, daerah, negeri atau peringkat kebangsaan bagi membolehkan perkongsian dapat dilakukan. Bukan sahaja perkongsian bahan pembelajaran, tetapi jugak amalan pengajaran itu sendiri supaya saling menginspirasikan antara satu sama lain. 

Bak kata omputih, Plan to Collaborate and Collaborate to Plan. Jadi kerja yang banyak terasa bebannya tu akan rasa lebih mudah dan lebih membantu. 


Kerjasama antara guru adalah sangat penting bagi pendidikan pasca pandemik
Kerjasama antara guru adalah sangat penting bagi pendidikan pasca pandemik



7. Upgrade Ilmu ICT
Ruang masa yang ada di sekolah sejak 24hb Jun nanti boleh lah digunakan dengan belajar pasal teknologi daripada rakan guru di sekolah. Yelah sebelum nih kan tak sempat nak belajar pasal teknologi sebab sibuk sangat mengajar. Lepas tu, jangan lupa sebab masih ramai lagi murid yang belum ke sekolah. 

Jadi, gunakan peluang terbaik sekarang ini untuk menuntut ilmu dengan rakan guru lain. Sebab apa? Sebab pembelajaran secara atas talian selepas ini  akan jadi suatu yang norma baharu kepada kita di sekolah. Jadi, nak tak nak memang kita kena belajar dan praktikkan. 


Pembelajaran Synchronous dan juga Asynchronous
Pembelajaran Synchronous dan juga Asynchronous semasa musim pandemik


Masa nih lah nak tanya apa platform yang sesuai, apa pro and cons setiap satunya, dan apa teknologi yang lebih mudah untuk penyampaian ilmu. Baru lah tahu nanti ada banyak rupanya aplikasi dan teknologi yang kita boleh guna untuk pelbagai kegunaan yang berkaitan dengan pembelajaran. 

Secara mudah berikut adalah dua jenis pembelajaran secara atas talian nih serta contoh aplikasi yang boleh digunakan:

1. Synchronous Learning (secara real time)
Zoom
Cisco Webex
Google Meet
Microsoft Teams
Whatsapp

2. Asynchronous Learning (rekod dulu)
Video
Audio
PDF
Slaid



8. Blended Learning
Seperti yang saya katakan di atas, pembelajaran atas talian akan menjadi suatu norma baharu dalam pendidikan selepas ini sama ada anda suka atau tidak. Malah KPM menerusi Garis Panduan Buka Semula Sekolah mencadangkan Blended Learning sebagai satu pendekatan untuk pembelajaran murid selepas ini. 


12 kaedah pembelajaran yang kita boleh guna bagi Blended Learning
12 kaedah pembelajaran yang kita boleh guna bagi Blended Learning


Sebagai makluman kepada semua pembaca, kita ada 12 jenis kaedah yang kita boleh guna bagi Blended Learning, iaitu pembelajaran yang menggabungkan proses bersemuka dan atas talian.

1. Outside In
2. Supplemental
3. Inside Out 
4. Flex
5. Lab Rotation
6. Station Rotation
7. Individual Rotation
8. Self-Directed
9. Project-Based
10. Remote
12. Mastery-Based


Nampak tak? Lebih banyak benda kita tau, lebih banyak benda yang kita boleh buat untuk pembelajaran anak murid kita pasca pandemik nih. OK, semoga perkongsian ini membantu guru-guru membuat persediaan dalam menghadapi pendidikan pasca pandemik. Sama-sama kita buat yang terbaik ya untuk anak Malaysia. #StaySafe #KitaJagaKita


Catat Ulasan

1 Ulasan