About Me

Pengajaran GTP 04 - Kerja Sampai Diberi Anugerah

KERJA SAMPAI DIBERI ANUGERAH

Saya sambung 10 Pengajaran Terbaik saya dapat dari pengalaman 5 tahun apply Global Teacher Prize dengan yang ke-4 iaitu fokus kerja, bukan anugerah.

Sering kali juga saya ulangi kepada guru yang saya temui, bekerja jangan kerana kita kejar anugerah. Tapi kerja lah sehingga kita diberi anugerah.


Pengajaran GTP 04 - Kerja Sampai Diberi Anugerah
Pengajaran GTP 04 - Kerja Sampai Diberi Anugerah


Saya suka menulis blog, maka saya terus menulis blog walaupun anugerah pertama dari blog saya dapat selepas 2 tahun saya menulis.

Saya suka buat video mengajar, maka saya terus buat video walaupun anugerah pertama dari video datang selepas 4 tahun.

Tak perlu terburu-buru nak kejar dan rasa nak capai semua penghargaan pada masa yang singkat. Untuk apa? Apa yang kita nak buktikan? Pada siapa yang kita nak buktikan?


Sebab semua penghargaan ini akan sampai TEPAT pada masanya. Bila kita dah bersedia. Kena ingat, Rome is not built in one day! Proses nak capai tu yang akan bagi sejuta nilai tambah untuk diri kita sebagai guru yang macam mana nanti.

Teruskan lah buat benda yang kita suka buat. Teruskan suka momen yang kita create dengan murid. Sebab pada akhirnya, kemenjadian murid kita tu lah anugerah yang paling puas hati!

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Yup, teruskan buat apa yang kita sukai dengan penuh kesungguhan, selagi ia memberi manfaat dan kepuasan diri sendiri, juga mendtgkan banyak kebaikan kepada insan lain.kegembiraan melakukan perkara yang disukai akan mendatangkan semangat atau passion yang menjadikan pekerjaan kita sentiasa sempurna :)

    BalasPadam