YESTALK PENDIDIKAN PASCA COVID
Hari nih berpeluang berkongsi pengetahuan dengan Students Leader Sekolah Tinggi Kluang bagi tajuk Pendidikan Pasca COVID-19.
Serious satu dialog pendidikan yang sangat menyegarkan. Saya happy sebab digandingkan dengan rakan baik saya Cikgu @jarodyjk dan juga dapat dengar dari perspektif murid yang juga pemimpin muda hebat seperti Elissa dan Farain.
YESTalk Pendidikan Pasca COVID-19 [Students Leader Board Sekolah Tinggi Kluang] |
Antara yang kami bincang kan adalah:
1. Pelibatan murid dalam online learning dan bagaimana untuk terus kekal motivated (buat jadual fleksibel, belajar minimum dan circle positive)
2. Hybrid learning yang memerlukan pendekatan lokal dan setempat (trial and error, dan one size doesn't fit all)
3. Jika sekolah dibuka semula, banyak yang perlu diberi perhatian (jadual waktu, SOP, murid berkumpul dan kaunseling untuk motivasi, emosi, parenting)
4. Kaedah nak urus murid yang tidak sertai online learning (bahan semasa dan selepas, minimum belajar)
5. Peranan guru yang berubah sepanjang pandemik (tingkatkan diri atau terus ditinggalkan)
6. Pendekatan media sosial untuk pembelajaran bagi generasi dengan pendekatan berbeza (FB, Instagram, Twitter dan Tiktok)
7. Ibrah pandemik merupakan ruang untuk peluang baharu (online learning, meaningful learning dan new skills)
8. Guru, murid dan Ibubapa harus adapt dengan pendekatan baharu, memandangkan ini bukan penyelesaian sementara
Sesi 2 jam tersebut memberi kan banyak input baharu kepada saya sendiri sebagai seorang guru. Juga membuka ruang untuk lebih banyak eksplorasi apa yang boleh di buat lagi untuk online learning.
Tahniah buat Sekolah Tinggi Kluang atas inisiatif yang sangat baik. (TQ Cg @wawantology!💐) Semoga ramai yang dapat manfaat dari perkongsian tadi.
P/s: Kagum sungguh dengan kepetahan dan kematangan idea adik Elissa tadi. Tahniah team Johor Student Leaders Council yang berjaya lahir kan pemimpin muda yang hebat macam nih! 👍🏻
0 Ulasan