About Me

Idea P&P Sains Eksperimen Pasca Pandemik : Eksperimen Ekstrak Minyak Sawit

Memandangkan SOP penjarakan sosial yang perlu dipatuhi, maka aktiviti eksperimen juga ada beza sket lah.

Untuk eksperimen ekstrak minyak sawit nih, saya mulakan dengan perkongsian video menerusi group WhatsApp sehari sebelum. #FlippedClassroom

Video ekstrak sawit
https://youtu.be/PX2GGVLL5Cg





Dalam makmal pulak, murid jalankan secara kolaboratif. Alat pon bukan ada banyak sangat. Jadi agihan langkah tu kena buat dengan teliti, sekalipun mereka buat aktvitii yang sama.

Macam contoh A buat bahagian menumbuk, B pula bahagian memerah. Tapi tetap ada sumbangan masing-masing.

Meskipun agak slow dan memakan masa, tapi peluang untuk setiap murid merasa sendiri pengalaman buat eksperimen adalah lebih tinggi. So feedback mereka pun lebih baik. Sebelum nih banyak yang main tumpang-tumpang saja. @ Smk Jerlun


Catat Ulasan

0 Ulasan